Sunday, June 5, 2011

Re: RG2011... Antara Sultan dan Khalifah ~ Yang mana satu penyelamat ummah?

Just my 2 cents opinion....
 
Khalifah lah Penyelamat Umah kerana Beliau "representative" Allah Ta'ala dimuka bumi. Jadi sewajarnya Sultan berfungsi sebagai Khalifah. Jika melihat kehidupan Para Sultan dan Pimpinan hari ini....maka tiada apa yang dapat diharapkan.
 
HBI
From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
To: Malaysianews <MalaysiaNews@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 3 June 2011 10:01 PM
Subject: RG2011... Antara Sultan dan Khalifah ~ Yang mana satu penyelamat ummah?

by MAHAGURU58
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Soalan cepumas buat umat Islam di Malaysia. Antara Sultan dan Khalifah ~ Yang mana satu penyelamat ummah?


Ada yang berani menjawab?


Ini bukannya kuiz 'Who Wants To Be A Millionaire?' atau 'Ganda Wang Anda' yang popular pada suatu kala dahulu.


Soalan saya ini berdasarkan realiti semasa.


Kita semua maklum dan mengaku sedang hidup di Akhirul Zaman. Keadaan umat Islam didalam negara mahupun diluar sana tidak begitu memberangsangkan.


Ada sahaja musibah dan masaalah yang menimpa kita dan umat Islam ini kelihatan bagaikan tidak mempunyai juara atau jaguh yang bersemangat jantan berani membela nasib kita tidak seperti di zaman dahulu semasa kita dibawah perintah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dan kemudiannya dibawah pimpinan Khulafa Ar Rashidin.


Ya, memang itu hakikatnya.


Walau Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dan para sahabat baginda hidup dizaman tidak ada kemajuan sains dan teknologi, peralatan perang yang canggih dan kelengkapan ketenteraan serba dahsyat seperti yang ada sekarang, umat Islam ketika itu hidup dengan penuh maruah dan tidak ada mana mana pihak yang berani memperlekehkan mereka kerana mereka hidup dibawah pimpinan insan insan terpilih yang hanya takutkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan tidak kepada mana mana makhluk apatah lagi terhadap kaum kaffirin dan munafik laknatullah!


Zaman ini, kita hidup dibawah perintah para sultan sultan dan raja Melayu tetapi suasana penghinaan dan caci maki kaum kaffirin dan munafiqun laknatullah al harami terhadap agama kita dan ummat kita berada ditahap yang paling terlampau didalam sejarah peradaban manusia segala zaman.


Ini realiti keadaan semasa didalam Mamluk al Malaisie ini dan setiap manusia yang masih waras dan tahu serta faham akan apa yang sedang saya perkatakan disini tahu bahawa ianya benar dan benar belaka tanpa sebarang keraguan atau salah tafsir.


Saya rindukan keadaan lampau dizaman kegemilangan pemerintahan para Khalifah Ar Rasyidin. Setakat membaca buku buku dan kisah kisah sejarah lampau sahaja tidak memuaskan hati saya ini.


Saya pernah membaca akan kisah kehebatan pemerintahan Sultan Alaudin Ri'ayat Shah, salah seorang Sultan Melaka dahulu.


Almarhum Baginda dikatakan begitu patuh terhadap suruhan Allahu Ta'ala dan baginda sendiri pernah beberapa kali menjalankan misi anti jenayah di waktu malam di Melaka bersama sama pasukan keselamatan baginda, menangkap para pencuri dan penyamun yang menghuru-harakan Melaka pada ketika itu.


Musuh musuh Islam gerun akan umat Islam ketika itu kerana mereka yang terdahulu dari kita bersatu sebagai satu gagasan Muslimin dibawah Khilafah yang tegas dan berani bukan bercempera seperti sekarang ini.


Mungkinkah kita melihat mana mana Sultan dan Raja Melayu sekarang berpeluang menegakkan kembali zaman kegemilangan Sultan Melaka seperti dizaman Sultan Alaudin Ri'ayat Shah yang menyerupai zaman pemerintahan Khulafa Ar Rashidin?
--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.



No comments:

Post a Comment