Sunday, June 26, 2011

Re: RG2011... Pendidikan seks mula diajar di sekolah November ini

Maka bertambah lagi lah beban untuk guru. Jika KSSR menuntut fail bagi setiap pelajar untuk setiap subjek, maka bertambahlah lagi satu fail untuk subjek baru ini dan harus dimiliki oleh setiap pelajar di sekolah.. sekolah akan dipenuhi dengan fail.. dahlah bilik untuk pengajaran dan pembelajaran berkurang lantaran peningkatan jumlah pelajar. Alamatnya terkorban satu bilik lagi untuk fail-fail ini. Letak dalam bilik guru? banyak sekolah khususnya sekolah rendah bilik guru pun tak ada.. kalau ada pula berhimpit dan berkongsi meja.. kerani kat jabatan dan kementerian pelajaran lebih selesa, mereka ada ruang paling kurang 8 x 8 kaki siap partition lagi, meja seorang, komputer sebiji, kerusi empuk, almari atau kabinet menyimpan fail dan stor fail. Begitulah yang berlaku dalam kementerian pelajaran. Setiap perubahan tidak diikuti dengan perubahan keperluan yang lainnya. 
 
1000 murid x 11 subjek = 11000 fail... mana nak letak yer?
Berapa bilikkah yang diperlukan oleh setiap sekolah? Dan berapa bilikkah yang ada bagi sekolah yang wujud sejak tahun 60-an? Adakah jumlah bilik yang ada cukup untuk menampung keperluan pembelajaran dan subjek yang sering berubah?
 
1.    Bilik guru (untuk menempatkan antara 50 - 150 orang guru)
2.    Bilik panitia
3.    Stor Pendidikan Jasmani dan alatan sukan
4.    Pusat Akses
5.    Bilik muzik dan stor peralatan muzik
6.    Bilik Kemahiran hidup dan stor peralatan / bahan
7.    Pusat sumber
8.    Kelas tahun 1 hingga tahun 6 / tingkatan 1 hingga pra-U (tingkatan 6)
9.    Bilik gerakan
10.  Stor lain-lain peralatan
11.  Bilik Ko-Kum
12.  Bilik Kaunseling
13.  Bilik J-Qaf
14.  Bilik SAL
15.  Makmal Sains
16.  Bilik tayangan (AV)
17.  Pejabat
18.  Bilik pentadbir
19.  Surau / bilik Pendidikan agama Islam
20.  Bilik pemulihan.
21.  Bilik SPBT (stor buku teks)
22.  Bilik Lembaga Disiplin
23.  koperasi sekolah
24.  Bilik Lukisan
25.  Bilik ERT
26.  Bilik Pergigian / rehat bagi pelajar yang sakit
27.  Lain-lain...
 
belum memperincikan bilik kelas dan pentadbiran.
 
jika tahun 1 ada empat kelas maknanya perlu ada sekurang-kurangnnya 12 kelas bagi sekolah dua sesi, atau 24 kelas gai sekolah satu sesi. Bilik pentadbiran Pengetua / GB, Penolong kanan (3 atau 4) Ketua kerani, pembantu tadbir, stor peralatan pejabat, bilik cetak.. dan lain-lain..
 
Percaya masih ada sekolah yang mempunyai bilik kurang daripada 20 bilik?
Percaya tak sekolah ini terletak berhampiran dengan bandar-bandar besar?


From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
To: ReSpeKs2008 <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "TemanHidup@yahoogroups.com" <TemanHidup@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 22 June 2011 23:58:28
Subject: RG2011... Pendidikan seks mula diajar di sekolah November ini

Modul Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) untuk pelajar sekolah akan mula diperkenalkan kepada murid tahun satu bermula November ini.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk, Pembangunan dan Keluarga Negara (LPPKN),

Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas modul tersebut dapat diterima dengan baik oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang kini didedahkan dengan PKRS.

Menurutnya, pelajar sekolah rendah dan menengah akan mengikuti modul yang berbeza berdasarkan tahap usia mereka.

"Berdasarkan tinjauan dan maklumat balas yang diterima daripada pelatih PLKN seluruh negara ternyata mereka sangat gembira dengan kandungan modul itu yang mula dipelajari sejak dua hari lalu.

"Menurut mereka, modul yang dipelajari itu sangat berguna dan tidak pernah dibincangkan dengan keluarga sebelum ini,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke PLKN Benum Hill Resort dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Menurut Aminah, modul tersebut akan mula diajar kepada murid tahun satu selepas selesai peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Katanya, pendidikan itu bukan perkara baru kerana ia mengambil modul sedia ada yang diperbaharui dan digubal semula.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, para pelatih PLKN memberikan reaksi positif terhadap kandungan modul tersebut kerana mereka mendapat maklumat dengan kaedah yang betul.

"Modul tersebut lebih kepada membentuk golongan remaja yang sihat, berdaya tahan, berakhlak, bertanggungjawab serta berupaya menghadapi cabaran perubahan dalam kehidupan masa kini,'' katanya. - Utusan
--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

Maka

No comments:

Post a Comment