Sunday, June 5, 2011

RG2011... FW: PANDAI boleh tapi jangan MEMANDAI

 

Setiap ciptaan Allah pasti ada hikmahnya.
Begitu juga dengan setiap ciptaan makhluknya yan berada dimuka bumi ini iaitu kita sebagai manusia yang diciptakan dengan sebaik-baik ciptaaan.
Kita sedar akan kejadian Allah ini yang sangat unik untuk kita sama-sama mengkaji dan meneliti setiap keunikan yang Allah ciptakan ini.
Dan salah satu keunikan itu adalah ilmu yang yang kita perolehi samaada secara langsung atau pun tidak secara langsung melalui kelas pengajian dan sebagainya.
Kerana semakin tinggi ilmu seseorang itu makan tinggilah kepandaianya dan semakin ramai orang ingin mendekatinya tidak tidak faktor umur dan usia.
Orang pandai ini sentiasa berada dimana-mana sahaja.Dan orang yang mandai-mandai ini juga sentiasa berada dimana-mana.
Pandai boleh ditakrifkan sebagai bijak, cekap, mahir, cerdik dan pintar, manakala memandai-maidai ditakrifkan sebagai membuat sesuka hati, mengikut fikiran sendiri. Dan ia boleh menyebabkan sesuatu masalah bertambah parah bukan bertambah selesai.
Dan ilmu inilah yang menjadi satu kayu pengukur sejauh mana kita sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran dapat membezakan antara maksud pandai dan mandai-mandai ini.
Firman Allah dalam Al-Quran:
“Sesunguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Al Mukmin Ayat 57)

Orang yang pandai mempunyai pelbagai keupayaan yang tidak dimiliki oleh individu dan orang yang lain. memandai-mandai ini juga mempunyai pelbagai keupayaan yang tidak dimiliki oleh individudan orang lain juga.
Sifat-sifat memandai-mandai inilah yang selalu kita takuti sering sahaja terjadi. Kadang yang paling ditakuti apabila berlaku dalam urusan agama. Sangat bahaya kepada masyarakat!
Maka, ramailah sekarang ini yang berlagak seperti seorang yang bijak pandai tetapi padahal hanyalah memandai mandai. Tidak tahu apa yang dibuat itu salah tetapi tidak mahu untuk bertanya kepada yang lebih tahu.
“Jangan nak memandai-mandai…” ’berlagak pandai padahal tidak tahu apa yang dibuat’
Kita sebagai manusia ada silapnya. Tidak semua manusia terlepas dari melakukan kesilapan kalau tak tahu sesuatu perkara, mengakulah dengan hati yang ikhlas memang tidak tahu apa yang dibuat dari awal lagi.
Bukan sudah terkena baru nak mengaku! itu salah dan ini betul..
Kadang-kadang kita selalu mengakukan diri kita macam tahu segalanya dalam semua perkara, padahal bukan semua ilmu kita boleh tahu dalam satu masa.
Hatta doktor atau professor tidak semestinya mereka tahu segalanya juga kan!
Jika kita seorang yang pandai sekalipun tidak semestinya kita tidak tahu segalanya. Jangan berpura-pura tahu. Buruk padahnya. Pastinya ada yang lebih tahu dan arif dari kita.
Kepandaian dan ketinggian ilmu itu tidak mengira darjat, umur, jantina mahupun pangkat kerana ilmu itu sentiasa tidak cukup bagi seorang makhluk yang bernama manusia. Semakin kita belajar semakin banyak kita tidak tahu. Itu hukum alam!
Ilmu Allah itu sangat luas kerana Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:
Katakanlah, “Sekiranya lautan itu menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habisnya ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun datangkan tambahan sebanyak itu pula“. (Surah Al-Kahf : Ayat 109)
Ingatlah! Buatlah setakat mana yang kita tahu dan mampu. Selebihnya kita serahkan apa yang kita tidak tahu kepada mereka yang tahu atau sekurang-kurangnya bertanyalah kepada mereka yang tahu.
shakshaf : Malu bertanya sesat jalan.. masuk lubang biawak, padan muka!

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment