Monday, June 6, 2011

RG2011... Fw: Penipuan Syariah Oleh Perbankan Islam?

 

 
Penipuan Syariah Oleh Perbankan Islam?
 
selatanonline
Kiriman gelang_2girl

Kini hampir semua bank konvensional di negara kita membuka kaunter syariah. Kaunter riba kekal macam dulu-dulu juga. Kalaulah benar bagus
amalan syariah, apa muslihatnya lagi kaunter riba dibuka kepada para pelanggan. Orang bukan Islam pun sudah ramai melanggani perkhidmatan Bank Islam. Kalau kaunter syariah banyak membawa untung, sewajarnya pihak bank menutup sahaja urusan riba. Apabila kaunter riba terus kekal, tentu ada sesuatu yang kita tidak fahami. Maklumlah kita bukan orang perbankan dan bukan pula orang bisnes.

Apa yang mahu dibicarakan ini berkait dengan intro di atas. Penulis baru perasan. Beberapa tahun lepas, penulis ada membuat personal loan dengan Bank Rakyat mengikut syariah. Lalu diadakan sesi penjelasan dan akad jual-belinya yang ditaklidkan sebagai membeli sebuah computer daripada bank. Nampaklah syariahnya berdasarkan penerangan jual-beli oleh pegawai bank dan akadnya.

Setelah habis pinjaman peribadi itu, penulis membeli sebuah kereta juga melalui kaunter syariah di sebuah bank terkemuka. Borang yang diitandatangani menunjukkan bahawa penulis telah memilih sewa-beli mengikut syariah. Yang anehnya ialah tiada apa-apa penjelasan sewa-beli dan akadnya. Betul-betul macam berurusan di kaunter riba sahaja. Hanya borang sahaja berbeza. Begitulah juga pada tahun lepas apabila penulis membeli sebuah kereta terpakai untuk anak sulung. Sama sahaja pelaksanaannya.

Persoalannya sekarang ialah adakah pelaksanaan perbankan mengikut syariah yang diamalkan oleh institusi kewangan benar-benar menepati disiplin dan syariat Islam? Adakah amalan yang dilakukan di kaunter melanggar panduan dan nasihat yang telah digariskan oleh panel syariah yang dilantik oleh bank? Adakah pelanggan-pelanggan bank telah ditipu oleh pihak bank dengan bermodalkan nama syariah dan Islam?

Kita mengharapkan pihak kerajaan, Persatuan Pengguna Islam dan alim ulama mengambil berat dan menyiasat perkara ini. Kita tidak izinkan penipuan berlaku dan sikap mempermainkan hukum-hukum Islam berleluasa. Umat Islam yang prihatin mestilah bertindak untuk mendedahkan tipudaya ini. Kalau perlu, boikot institusi kewangan yang mempersendakan Islam.
 
 
Posted by tok_aji

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment