Wednesday, June 1, 2011

RG2011... Industri ikan hampir lumpuh

 

 
Pak Menteri kata kenaikan harga diesel tidak menjejaskan rakyat.
Pak Menteri juga kata tarif letrik baru juga tidak menjejaskan rakyat.
 
 

Industri ikan hampir lumpuh


SEBAHAGIAN nelayan bot C2 'tersadai' di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuala Perlis berikutan kenaikan harga diesel menyebabkan mereka tidak boleh beroperasi di Kangar, semalam. - UTUSAN/MARZITA ABDULLAH


KANGAR 1 Jun - Industri perikanan laut dalam Perlis hampir lumpuh berikutan tindakan kira-kira 28 pengusaha bot C2 perikanan laut dalam membuat keputusan untuk tidak lagi beroperasi berikutan kenaikan harga diesel sehingga RM1.80 seliter.
Setiausaha Pengusaha Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bot Ikan Kuala Perlis, Lee Yen Leong, 54, berkata, bermula hari ini semua pengusaha bot berkenaan mengambil keputusan untuk 'menambat' bot masing-masing dan merayu campur tangan kerajaan.
Menurut beliau, para pengusaha sudah tidak mampu menanggung beban kos yang tinggi berikutan kenaikan harga diesel sehingga 55 sen daripada RM1.25 kepada RM1.80 seliter untuk pengusaha bot C2 sahaja.
"Kami mengambil keputusan untuk menghentikan operasi 65 buah bot C2 berikutan beban kos dan tekanan yang diberikan oleh pihak berwajib kepada kami," katanya kepada pemberita di Kuala Perlis, di sini hari ini.
Yen Leong berkata, bantahan mengenai kenaikan harga diesel itu diusulkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam lawatan beliau ke negeri ini baru-baru ini dan dalam dialog bersama-sama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom di Kuala Kedah, Kedah, namun sehingga kini tidak mendapat maklum balas.
"Setiap hari pertama kami memulakan operasi kami terpaksa menyediakan modal kira-kira RM70,000 meliputi gaji pekerja, minyak, peralatan menyimpan ikan serta makanan namun sekarang ditambah dengan kenaikan harga diesel, kami hanya menanggung rugi," tegasnya.
Sementara itu, pengusaha bot, Mohd. Fazil Salleh, 46, berkata, berikutan kenaikan harga diesel itu para pengusaha bot terpaksa menambah kos kira-kira RM11,000 sebulan hanya untuk membayar harga diesel itu.
"Baru-baru ini, kerajaan memotong bekalan subsidi minyak kami daripada 30,000 liter menjadi 25,000 liter, kemudian harga diesel dinaikkan pula. Bagaimana kami hendak beroperasi kerana kos sudah melebihi hasil yang diperoleh," katanya.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment