Thursday, June 16, 2011

RG2011... Minggu ini penuh dengan kehinaan

 

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Unversiti Malaya (PMIUM), Muhammad Safwan Anang menyifatkan minggu ini sebagai minggu yang penuh dengan 'kehinaan'.

"Saya khuatir sekiranya tiada tindakan tegas diambil terhadap segala yang berlaku pada minggu ini," katanya.

Safwan dalam kenyataannya menyatakan sedemikian merujuk kepada beberapa rentetan peristiwa yang sedang heboh diperbincangkan masyarakat ketika ini.

Sabtu lalu, katanya selepas perlawanan Piala FA, kecoh tentang isu rakyat menghina Yang di-Pertuan Agong.

Dua individu dipercayai penyokong pasukan bola sepak tanah air bertindak kurang ajar apabila sanggup menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerusi laman sosial Facebook.

Mereka dikenali sebagai Nik Rabani dan Kay Shakila.

"Dan semalam kecoh tentang isu sebuah akhbar tempatan hina hukum Allah," tambahnya merujuk karikatur dalam Utusan Malaysia yang menghina hukuman kes rogol.

Tambahnya, perkataan 'jihad' juga dihina oleh penganut Islam sendiri.

Belau merujuk kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ail yang memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan 'perang jihad' jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Tambahnya, wang rakyat juga 'dihina' dengan begitu rakus sekali yang merujuk kepada perbelanjaan RM1.8 juta semata-mata untuk menyelenggara satu Facebook.

"Saya lihat beberapa isu yang berlaku kebelakangan ini adalah berpunca daripada kesilapan kita sendiri.

"Kita selaku yang faham tentang Islam dan tahu serba-sedikit tentang sifat hormat-menghormati serta akhlak baik perlulah bertanggungjawab turun ke lapangan masyarakat," ujarnya lagi.

Safwan sedia turun ke lapangan masyarakat adalah berkenaan dengan usaha penyebaran dakwah dan pemahaman tentang Islam kepada seluruh lapisan masyarakat.

"Kita yang perlu turun menyedarkan mereka dan sebar fahamkan apa yang kita faham tentang Islam serta perkara-perkara berkaitan," katanya.


 
 

Rock sokmo..

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment