Monday, June 6, 2011

RG2011... ~~~Renungan~~~

 

Kekayaan  yang  dimiliki,  biasanya akan  disusuli  dengan 
ujian  Allah.  Biasanya dalam  keadaan  ini  banyak  orang 
yang  tidak  berupaya  untuk  menahan  ujian  berkenaan. 
Justeru, Islam  sentiasa  memperingatkan  manusia  akan
bahaya harta. Sebabnya cukup jelas iaitu harta berpotensi
menyeret manusia kepada kebinasaan di dunia dan akhirat.
Juga berpotensi melalaikan manusia dari Allah, juga bakal
melupakan manusia dari tujuan hidupnya yang hakiki, iaitu
mencari kesenangan yang sebenarnya di akhirat kelak.

Memang benar kemewahan dan kesenangan mesti diterokai.
Harta mesti dicari selagi kita ada usaha,tenaga, ikhtiar yang
mampu untuk melakukannya.  Namun jangan sekali meletak-
kan keutamaan dalam kehidupan melebihi daripada tuntutan
agama yang diperintahkan kepada kita melakukannya.

Firman Allah yang bermaksud:
"Tuntutlah  dengan  harta  kekayaan yang  dikurniakan Allah
kepadamu  akan  pahala  dan  kebahagiaan  hari akhirat dan
janganlah  engkau  melupakan  bahagianmu  (keperluan dan
bekalanmu) di dunia."
(al-Qasas:77)

Lazimnya  manusia  mencari  kekayaan  dan  harta  benda. 
Malah   kadangkala   kerana  gila  mengejar  harta  dunia, 
manusia   terpengaruhi   oleh  hawa  nafsu  dan   bisikan 
syaitan  sehingga ada yang   sanggup  berbunuh-bunuhan, 
merompak  dan  memutuskan  silaturrahim. Dunia  dicipta 
untuk  menguji  manusia  siapakah yang  paling  bertakwa. 
Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa apa-apa 
erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. 
Hakikat  harta  diterangkan Rasulullah s.a.w  seperti  sabda-
nya yang  diriwayatkan  oleh  Abu Hurairah: "Seorang hamba
(manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal harta-nya
 itu sesungguhnya ada 3 jenis:
(1) Apa yang dimakannya lalu habis. 
(2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. 
(3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. 
Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan 
kepada orang lain". 
(Muslim)

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

090416-greatday.gif picture by Bia_kiran_2009

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment