Saturday, June 4, 2011

RG2011... RM6 Bilion Bagi Bina Sekolah Tahun Ini

 

TEMERLOH, 4 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM6 bilion untuk membina sekolah baru pada tahun ini bagi menampung pertambahan jumlah pelajar di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata selain itu, pembinaan sekolah berkenaan juga sebagai persediaan ke arah persekolahan satu sesi pada masa depan.

"Kementerian berusaha memastikan lebih banyak sekolah mengadakan persekolahan satu sesi supaya proses pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan lebih efisyen," katanya ketika berucap merasmikan bangunan tambahan bernilai RM2 juta Sekolah Kebangsaan Lebak di sini.

Turut hadir Anggota Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah dan Pengarah Pelajaran Pahang Datuk Mazlan Mohamad.

Mohd Puad berkata pada masa ini, hanya 8,372 sekolah melibatkan 6,888 sekolah rendah dan 1,484 sekolah menengah kebangsaan daripada 10,000 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh negara mengadakan persekolahan satu sesi.

Pelaksanaan secara menyeluruh persekolahan satu sesi itu hanya dapat dicapai jika projek pembinaan sekolah baru dilaksanakan dalam tempoh terdekat, katanya.

Bagaimanapun, Kementerian Pelajaran mengalami masalah mendapatkan tapak bagi membina sekolah terutama di kawasan bandar dan negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

"Sebagai contoh, kita sukar mendapat tapak di Selangor kerana pemimpin di negeri itu tidak menyokong pembinaan institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti awam," katanya.

Sumber: BERNAMA


IlyTrolak:

Disamping proses pembinaan yang ditumpukan, pemantauan dalam pembinaan perlu dilaksanakan untuk memastikan kualiti pembinaan sekolah tersebut menepati kualiti sebenar. Benarkah kerajaan negeri yang diterajui PR sukar untuk memberi ruang untuk pembinaan sekolah tersebut?



--
Dicatat Oleh IlyTrolak ke ::::: Aku Budak Trolak ::::: di 6/04/2011 05:10:00 PM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment