Friday, January 27, 2012

RG2011... Fw: Gagal Membina Kompleks Maahad Tahfiz

 

----- Original Message -----

"Barisan Nasional" Masih Gagal Membina Kompleks Maahad Tahfiz
 
selatanonline
Blog Yusuf Wahab

Hasrat "Barisan Nasional" membina sebuah Maahad Tahfiz untuk Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) masih belum tertunai walaupun tarikh untuk menyiapkan kompleks tersebut telah tamat 31 Disember 2011 yang lalu.

Perhatikan betul-betul papan tanda tersebut, ianya ditulis "Satu Lagi Projek Barisan Nasional
 
 
Wah! begitu banyak wang nampaknya Barisan Nasional ingin menghadiahkan sebuah kompleks bangunan untuk Majlis Agama Islam Melaka. Harap-harap cadangan pembinaan kompleks bangunan tidak disiasat oleh Jabatan Audit Negara kerana ianya dibina oleh sebuah parti politik.

Kompleks tersebut sepatutnya dibina atas lot 19451, Mukim Bukit Katil agak ganjil kerana sebuah parti kompenen Barisan Nasional berhasrat membina Maahad Tahfiz untuk diserahkan kepada MAIM. Ianya seolah-olah mengambarkan Barisan Nasional memungut derma daripada ahli-ahlinya yang terdiri daripada MCA, MIC, GERAKAN dan UMNO bagi membina sebuah kompleks maahad tahfiz untuk MAIM.

Walaupun hasrat "Barisan Nasional" begitu "murni", bangunan tersebut masih gagal dinaikkan walaupun seketul bata.

Kedudukan papan tanda ini berada tidak jauh daripada Bilik Gerakan Barisan Nasional Parlimen Bukit Katil yang terletak hanya kira-kira 100 meter, mungkin pengerusi Barisan Nasional Melaka mempunyai jawapan untuk papan tanda dan projek ini.

Walaupun "Barisan Nasional" sehingga sekarang masih gagal membina bangunan ini, kerajaan mereka "Kerajaan Barisan Nasional" dikatakan beria-ia mengambil alih
Maahad Tahfiz As-Solihin yang berada di Merlimau untuk dijadikan tahfiz baru di bawah kelolaan MAIM.
 
Posted by aya

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment