Saturday, May 26, 2012

RG2011... Fwd: Tok Guru, apa hukum mungkir janji?

 


Jumaat, 13 Mei 2011 23:45

nik_azizOleh Nik Hashim Nik Mustapha

KOTA BHARU -"Jika Mahathir letak jawatan hari ini, esok saya juga akan letak jawatan." Itu merupakan ungkapan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau beria-ia mendesak Mahathir letak jawatan tetapi selepas hampir 10 tahun Mahathir berhenti Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan masih kekal di sini.

Apakah itu satu janji? Jika janji apakah hukumnya jika  dimungkiri?. Hari ini, Nik Aziz yang sering uzur dan lanjut usia mengemumkan untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Daripada bertanding lebih baik,  Nik Aziz berehat di rumah kerana sekarang dia tidak mampu untuk  duduk lama dalam mesyuarat dan tidak mampu untuk berjalan jauh. Bagaimana seorang ketua  membuat keputusan jika dia. sendiri tidak mampu untuk meninjau projek dan hadir dalam mesyuarat. Penyudahnya dia akan ditipu oleh orang harapan sendiri kerana tidak tahu hujung pangkal.

Contoh paling mudah bagaimana menantunya, Abdul Ariffahmi yang juga bekas CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menipu dalam projek Bazar Tok Guru sehingga Kerajaan Pas Kelantan mengalami kerugian RM50 juta. Itu wang rakyat, wang sebanyak itu boleh dibina 1,250  buah rumah untuk golongan miskin tegar (50 juta ÷ 40000).

Inilah akibatnya jika tubuh badan tidak sihat dan tidak mampu untuk mentadbir negeri.

Cukuplah, beri peluang kepada Husam Musa pula untuk mentadbir negeri ini. Sudah sampai masanya negeri ini ditadbir oleh orang muda yang lebih kreatif. Ingat kembali kata-kata dahulu, kalau ia satu janji, apakah tidak takut diri tergolong dalam golongan munafik. -KELATEKITO.NET



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment