Wednesday, September 5, 2012

Re: RG2011... Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan

 

SYARAT-SYARAT SOLAT

  • Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai.

SYARAT WAJIB SOLAT

  • Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang. 
  • Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:

    1. Beragama Islam.

    2. Baligh.

    3. Berakal.

    4. Suci daripada haidh dan nifas.

    5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak.

    6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.


SYARAT SAH SOLAT

  • Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya. 
  • Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:

    1. Suci daripada hadath kecil dan besar.

    2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.

    3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.

    4. Menutup aurat.

    5. Menghadap ke arah qiblat (Ka'bah).



2012/9/2 JO 9 D <lebak_s@yahoo.com>
 

betul tu sedaara Azzman.... saya pun ada dgr ceramah ustaz ckp gitu... kita di sini je camtu. ustaz ckp, kalo takde tabir pun boleh. lepas solat, muslimah akan keluar dulu.. pastu barulah muslimin.... teringat dulu, kawan saya kena tegur sbb pakai topi terbalik, yg depan lepas belakang.pakcik tu cakap, kalo nk solat mesti pakai kopiah, songkok atau serban aje.kalo takde, takyah pakai... korang rasa camne???....dan camne lak kalo pompuan tu takde kain sembahyang???.... x sah ke kalo x pakai kain sembahyang(yg ni saya dengar sosek2 makcik2 kat kampung saya...)
 
JO 9 D

From: azman <azmans67@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, August 16, 2012 4:07 AM
Subject: Re: RG2011... Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan

 
Sian sungguh korang ni..... sakit hati sungguh tengok orang solat.  Sepatutnya joint sekali.  yelah korang golongan yang hanya solat kat Masjid ngan surau aje. kalau tak de masjid ngan surau atau jauh, tak yah le  solat ye...

Aku pernah dengar ustaz ada bagi tazkirah,  yang tak boleh solat bercampur lelaki dan wanita dalam 1 barisan (selang seli lelaki perempuan). tapi boleh dalam pakatan, pakatan (kumpulanlelaki  dihadapan dan pakatan perempuan/wanita dibelakang (ada jarak antara 2 pakatan/kumpulan wanita dan lelaki). Ustaz kata tak de pemisah dinding atau kain pun tak pe.

tak tau le aku, kalau ustaz tu silap.  

--- On Tue, 8/14/12, dzayu03@yahoo.com <dzayu03@yahoo.com> wrote:

From: dzayu03@yahoo.com <dzayu03@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, August 14, 2012, 3:48 PM

 

Bukan di Putrajaya saja, kat KL ni pun mcm tu. Kaw tu ada 6 block rumah, sebuah surau dan sebuah masjid yg besar. Jarak berjalan kaki lbh kurang 5 ke 10 minit (ikut rentak jalan sesorg tu la) tp dalam bulan puasa ni ada satu kumpulan penduduk yg solat dibawah block dlm keadaan terbuka dan bercampur (lelaki dan wanita tanpa penghadang untuk memisahkan mereka). Melalui pemerhatian mereka ini terdiri dr penyokong parti tertentu. Saya pun hairan kenapa ini boleh terjadi.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
Date: Sun, 12 Aug 2012 22:49:34 +0800
Subject: RG2011... Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan

 

Sunday, August 12, 2012

Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan


PUTRAJAYA, 12 OGOS - Tindakan ahli parti PAS yang mengadakan solat di kaki lima Precint 15, menyebabkan beberapa penduduk tampil meluahkan rasa kekesalan mereka akibat tindakan PAS yang dilihat mahu menunjuk-nunjuk kepada masyarakat sekitar Putrajaya.

Seorang penduduk yang ditemui kruPutrajaya-Online Rashid Manaf 36, mempersoalkan tindakan ahli PAS yang bersolat di kali lima sedangkan terdapat banyak surau serta masjid-masjid di sekitar Putrajaya.

"Solat secara berjemaah memang sesuatu yang dituntut oleh agama, namun tindakan PAS bersolat di hadapan premis perniagaan di Precint 15 ini sebenarnya telah menganggu urusan penduduk, kerana khemah yang dibina telah menghalang laluan pejalan-pejalan kaki"

"Adakah Majlis Perbadanan Putrajaya membenarkan mereka membina khemah di laluan tersebut, kerana tindakan itu sebenarnya menghalang laluan pejalan kaki, malah setahu saya markas mereka (PAS) di tingkat dua terdapat ruang yang luas untuk mengerjakan solat" katanya.

Suria 22 tahun, pekerja kedai serbaneka dalam reaksinya berkata "kenapa mereka solat di kaki lima, setahu saya banyak surau dan masjid yang ada di Putrajaya. Malah jarak dari sini tidak sampai 5 minit perjalananan, perbuatan mereka ini seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk, sedangkan dalam Islam kita tidak digalakkan riak dengan setiap ibadah yang kita lakukan".

Precint 15, Putrajaya yang menempatkan beberapa premis perniagaan serta pejabat-pejabat syarikat swasta itu merupakan lokasi tumpuan warga sekitar Putrajaya setiap kali cuti hujung minggu kerana di kawasan tersebut terdapat premis seperti Mydin, Domino's Pizza serta beberapa restoran lain.

Pemerhatian kru Putrajaya-Onlinemendapati markas PAS di tingkat 2 terdapat ruang yang cukup luas mengadakan solat secara berjemaah manakala terdapat sebuah surau lain berdekatan markas mereka, iaitu Surau Ar-Rahman yang terletak di Precint 16 yang mana hanya memakan masa 5 minit perjalanan. - editor/PjO




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment