Tuesday, September 4, 2012

Re: RG2011... AWAS 2013

 

Kurangkan makan diluar, dan gunakan lebihan duit untuk membeli keperluan asas berupa barangan tahan lama seperti makanan dalam tin, sihatkan badan dan selalu berpuasa..tindakan membeli dan menyimpan stok banyak adalah tidak sihat cuma pihak kerajaan kena mula menggalakan simpanan makanan (bukan sorok) dan menggalakkan pertanian makanan lebih agresif... negara kita boleh menanam jagung, bawang dan pelbagai sayuran penting sebagai pelapis kepada stok yg semakin kurang..Allah telah memberitahu kita dalam Al-Quran tentang ujian kelaparan, makanan berupa biji dan buah2an. Lepas itu sentiasa berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki dan dimudahkan usaha. rancang perbelanjaan dan perjalanan  (jimatkan tenaga dan kos petrol). Anak2 mula bawa bekal makanan ke sekolah. kalau kita lihat kembali ramai antara kita terlebih makan sebenarnya..oleh itu mula berpuasa dan mula menahan diri ubah pemikiran untuk kurangkan makan dan berjalan2 di pasar raya. Lebihan makanan dan tenaga dalam industri akan mengurangkan tekanan inflasi dan memanjangkan tempoh sesuatu stok yang disimpan..ini mungkin baik bagi sesetengah org tetapi mungkin negatif dari sudut lain tetapi kenaikan harga dapat dikekang dengan para pengguna lebih bijak berbelanja. ada duit lebih simpan. lebih penting adalah ditekankan disini untuk sentiasa bersedekah..rujuk ayat at sabak 39. strategi saya sentiasa sedekah RM1 ringgit setiap pagi sebelum pukul 8 am dimana2 tempat yang ada tabung sedekah..sedekah menghalang bala dan Allah berjanji menggantikannya..selamat beramal.


2012/9/4 Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
 

Salam alaik,
Sebagai insan yang sangat lemah dan miskin, saya sentiasa mencuba mengambil langkah pro-aktif dengan pencarian maklumat. Maka, saya selalu mencari berita antarabangsa untuk memantau petanda-petanda baik mahupun buruk. Dari situ saya cuba membuat kesimpulan dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menampung diri dan keluarga.

.. Kali ni saya terjumpa petanda buruk yang perlu dikongsi segera agar kita bersiap sedia jika ditakdirkan berlaku. .


Ia menceritakan KEMARAU TERBURUK DI AMERIKA SYARIKAT SEJAK TAHUN 1956 yang telah merosakkan ladang Jagung, Gandum, Soya dan Beras. 1,000 daerah di dalam 26 negeri di USA telah diistihar darurat kemarau. 30% hasil tanaman musnah. 

MASALAHNYA, Amerika ialah PENGEKSPOT TERBESAR JAGUNG di seluruh dunia, dalam 70 %. Amerika juga mengekspot 40% keperluan soya di dunia. Jagung dan Soya penting kerana kebanyakkannya Makanan Haiwan Ternakan berasaskan kedua-dua ini. 

Secara langsung, ini telah mengakibatkan kekurangan BEKALAN MAKANAN HAIWAN di dunia, lantas harga pasaran telah meningkat sehingga 25%.

Yang menerima padah pertama ialah PELADANG TERNAKAN TEMPATAN yang terpaksa membeli makanan haiwan dengan kos sangat tinggi. Kini saya rasa penternak Ayam, Lembu Feedlot dan Kambing mungkin berniaga di dalam untung ZERO atau sedang menerima kerugian yang banyak. Saya tak pasti.

Yang pasti Para Penternak akan memberi tekanan kepada Kerajaan untuk menaikkan harga borong semua jenis daging di pasaran tempatan. Setelah itu harga pengguna juga akan naik. 

Dalam suasana ini, SEKIRANYA harga minyak naik lagi, maka KOS LETRIK, KOS PENGILANGAN dan KOS LOGISTIKS juga akan meningkat. 

Hasilnya yang menerima PADAH ialah PARA PENGGUNA, iaitu Rakyat Malaysia kesemuanya. 

Soalan saya pada sahabat-sahabat semua : => Apa yang boleh dan patut kita buat tentang hal ini sebagai individu yang bakal menerima tekanan inflasi disamping suasana ekonomi kurang baik ?
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------




--
Xstream-BOP

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment