Monday, September 3, 2012

Re: RG2011... Burhanuddin Helmy, PM yang tak pernah kita miliki

 

Salam alaik,

Dah banyak saya baca hal sejarah sebenar Malaya sehingga Merdeka.

Namun artikel ini yang paling ringkas dan jelas.. Terima kasih.

Saya rasa ada tertinggal satu nama pejuang. Beliau lebih dikenali sebagai Mat Indera ( Ahmad bin Indera ). 

Mat Indera seorang Hafiz Quran dan Guru Agama serta Ketua Pemuda PKMM yang aktif. Selepas darurat diistiharkan British dan PKMM diharamkan British dengan kerjasama gerombolan Melayu pro-British, Mat Indera masuk hutan dan sertai Komunis.

Beliau dilabel sebagai Ketua Pengganas Komunis wilayah selatan Tanah Air dan dikaitkan dengan serangan Bukit Kepong. Memang beliau arahkan serangan dengan beberapa syarat kepada anak-anak buahnya berbangsa Cina. Di situlah fitnah berlaku apabila anak-anak buahnya engkar dan melampaui batas. 

Maklumat lebih lanjut berada dibanyak tempat tapi yang ini paling ringkas, rasa saya : http://aduka5.blogspot.com/2011/09/mat-indera-komunis-atau-pejuang.html#axzz25Oqutwev

Jika British tidak haramkan PKMM, saya percaya parti itu yang akan memerdekakan Malaya dengan PMnya Dr Burhanuddin Helmi. Nescaya orang Melayu, termasuk Mat Indera, tidak join komunis. Selepas itu mungkin perkongsian kuasa dengan pihak Komunis. Selepas itu mungkin perbalahan berdarah antara PKMM dengan Komunis. 

Takdirnya pihak British menang strategi. Hari ini kesan baiknya banyak dan kesan buruknya pun banyak. Antara kesan buruk ialah kemunduran bangsa Melayu yang memakan masa yang amat panjang untuk dipulihkan sehinggalah ke hari ini. Juga PUPUSnya tulisan Jawi dan kejatuhan moral yang cukup membahayakan. 

Kesan baiknya, kini telah ramai professional dan pakar Melayu di dalam semua bidang. Jika tidak kerana Tun Razak yang membangun pusat pengajian dan latihan, mungkin majoriti Melayu hari ini sekadar kerani dan peon bawahan sahaja. 

Apa-apapun, ada 2 perkara penting di sini:
=> SEJARAH YANG KINI PENUH DONGENG dan HANYUT DENGAN KESALAHAN PERLU DIPERBETULKAN
=> TAKDIR YANG TELAH BERLAKU WALAUPUN BERPUNCA FITNAH, kita perlu telan dan teruskan hidup dengan baik.

Kerana apa begitu? Ancaman yang lebih bahaya kini ada 2 :
=> Ancaman murtad, masalah sosial dan kerosakan akhlak memuncak kerana kekurangan didikan nilai agama
=> Ancaman Agama Syiah dari kegiatan penganutnya yang menyesatkan budak-budak Melayu, juga kerana kurang didikan agama.

Penyelesaiannya :
INGAT 5 PERKARA SEBELUM DATANGNYA 5 PERKARA
1. Muda sebelum tua
2. Senang sebelum susah
3. Masa senang sebelum masa sibuk
4. Sihat sebelum sakit
5. Hidup sebelum datangnya ajal

Boleh dirangkumkan sebagai memperbetulkan PRIORITI hidup kita semasa kita masih mempunyai 5 sumber tersebut.

Antaranya ialah, jangan buang masa dengan POLITIK. Pilihanraya, pilih berdasarkan AKHLAK calonnya dan bukan berdasarkan partinya.

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------


From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Thursday, August 30, 2012 7:57 PM
Subject: RG2011... Burhanuddin Helmy, PM yang tak pernah kita miliki

 

Amin Iskandar adalah penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) bagi sesi 2009-2010. Beliau memblog di www.aminiskandar.blogspot.com dan "berkicau" di www.twitter.com/aminiskandar.
30 OGOS ― Di atas robohan kota Melaka,
Kita dirikan jiwa Mereka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Pantun Dr Burhanuddin bin Muhammad Nur Al Helmy atau dikenali sebagai Burhanuddin Helmy semasa galak melawan penjajah British melalui parti pimpinannya, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
Insan ini adalah insan hebat dan istimewa yang berjaya menyatukan rakyat pelbagai kaum pada ketika itu melalui Putera–AMCJA (gabungan Pusat Tenaga Rakyat dan All Malayan Council of Joint Action) menawarkan Perlembagaan Rakyat sebagai persiapan untuk mengambil alih Malaya dari British.
Perlembagaan Rakyat setebal 60 muka surat, hasil usaha Pak Sako yang dirumuskan dan diluluskan pada bulan Ogos 1947.
Sebahagian daripada kandungannya ialah:
• Persekutuan Tanah Melayu merdeka termasuk Singapura.
• Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dipilih oleh rakyat.
• Kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan.
• Bendera dan Lagu Kebangsaan ditetapkan.
• Taraf warga negara samarata kepada semua penduduk yang taat setia.
• Melayu sebagai nation (negara bangsa) bukan Malayan.
• Agama Islam ditadbir oleh Majlis Mesyuarat Khas.
Putera–AMCJA melancarkan Hartal selepas British menolak gagasan mereka menyebabkan Malaya ibarat "dilanggar Garuda".
British yang takut dengan perkembangan ini mengisytiharkan darurat.
Putera-AMCJA diharamkan.
Termasuklah pergerakkan politik lain seperti PKMM, PKM, API AWAS, GERAM dan banyak lagi.
Ramai ditangkap termasuklah Dr Burhanuddin dan Ahmad Boestaman.
Gagallah satu usaha progesif yang mahu memerdekakan Malaya.
Dr Burhanuddin terus keluar masuk penjara walaupun selepas Merdeka.
Dituduh komunis dan menjadi ancaman negara.
Malaya gagal untuk hidup dibawah pimpinan seorang tokoh hebat yang diiktiraf dunia dan terus dibelenggu masalah perkauman selepas 55 tahun Merdeka.
Fakta kemerdekaan
Walaupun sudah 55 tahun merdeka, penjelasan perlu dibuatkan tentang salah tanggapan yang meluas mengenai sejarah negara.
PKMM adalah parti pertama buat orang-orang Melayu, bersifat progresif dan anti penjajahan.
Dr Burhanuddin bersama-sama dengan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Musa Ahmad, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Abu Bakar Bakir, Abdullah CD dan ramai lagi bergerak aktif memperjuangkan kemerdekaan Malaya bersama parti yang ditubuhkan pada tahun 1945 itu, sebelum United Malay National Organization (Umno) ditubuhkan.
Tidak tepat jika Umno mendakwa mereka mempelopori perjuangan kemerdekaan.
Lebih tepat jika Umno katakan, British lebih selesa kemerdekaan Malaya dipimpin oleh Umno berbanding PKMM.
Mengapa? Kerana PKMM mahukan kemerdekaan penuh daripada British.
Ertinya, jika PKMM menang dalam perlawanan memerdekakan Malaya dan Dr Burhanuddin menjadi Perdana Menteri pertama Malaya, semua kepentingan British di Malaya akan lenyap.
Lihatlah apabila Malaya merdeka ditangan Umno, syarikat seperti Guthrie hanya berjaya diambil alih kembali oleh anak tempatan pada tahun 1980an.
Selagi penulisan sejarah tidak ditulis semula untuk memberikan keadilan semua pejuang tanpa mengira latar belakang politik, selagi itulah semangat patriotik rakyat tidak akan kuat.
Minggu lalu di sebuah kedai kopi di Brickfields saya dan dua orang teman memerhatikan bagaimana hanya dua kereta yang meletakkan Jalur Gemilang melalui dari pukul 11 malam sehingga pukul tiga pagi.
Tidakkah kita merasakan ada masalah tentang patriotisme disini?



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment