Tuesday, September 18, 2012

Re: RG2011... Cara untuk kuruskan badan dengan berkesan

 

Salam,terima kasih untuk info ini,,semoga ianya berguna untuk semua rakan rakan dan juga saya
selamat ber diet dan tingkatkan lg amalan kepadaNya...Amin.
 
- Muhamad Kamarul Arifin-


From: Daniena Hakimi <hdaniena@yahoo.com>
To: Daniena Hakimi <hdaniena@yahoo.com>
Sent: Friday, 14 September 2012 9:29 AM
Subject: RG2011... Cara untuk kuruskan badan dengan berkesan

 
 
Ingin saya nyatakan sekali lagi bahawa, saya ni bukanlah perunding kesihatan atau pakar diet yer. Saya hanya insan biasa saja yang berkongsi info yang saya ada. Saya kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh diamalkan untuk berdiet dan kurangkan berat dengan berkesan.
JANGAN BUAT
1.     Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi (ni pantang besar), roti, meehon, keow teow atau mee.

2.    Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula/garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.

3.    Jangan makan frozen food (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.

4.    Jangan atau kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh, kopi dan coklat. Kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.
 
CUBA BUAT
1.     Anda kena minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

2.    Anda kena banyakkan makan sayur dan makanan yang berasaskan soya.

3.    Anda dibolehkan untuk makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tapi ingat, jangan makan nasi atau roti!

4.    Anda digalakkan sangat-sangat untuk bersenam setidak-tidaknya 30 minit sehari (berjalan kaki pun OK)
5.    Sebelum tidur, katakan pada hati dan minda anda bahawa anda akan mengurangkan berat badan. Kalau boleh, usap-usapkan bahagian-bahagian yang banyak lemak seperti perut, peha (usap seperti seolah-olah kita mahu memujuk), sambil mengatakan bahawa ; "Wahai lemak, aku mahu kurangkan kamu supaya badan jadi lebih ringan untuk beribadah pada Allah. Susutlah kamu kerana Allah.

Rajin-rajinlah usap dan bisikkan kata-kata ini pada tempat-tempat yang banyak lemak. InsyaAllah, berkesan.
 
Sekian, selamat mencuba.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment