Friday, September 14, 2012

Re: RG2011... CEUPACS minta Singapura jangan diskriminasi pekerja Malaysia

 

Apa erti NAFI tu Surinah asan? Kejam sangat ke kerajaan Malaysia kalau bagi insentif kemenangan hanya sebanyak RM200,000???? Kalau buat liputan live paralimpik pun saya rasa berapa kerat aja yang follow. Itu kenyataan. Kita sendiri pun kurang follow tiba2 nak jadi hero plak??

2012/9/14 surinah asan <drsurinah@yahoo.com>
Di Msia,

Diskriminasi terhadap OKU, Pemenang Sukan Paralimpik dinafikan kebolihannya????

--- On Tue, 9/11/12, shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com> wrote:

From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
Subject: RG2011... CEUPACS minta Singapura jangan diskriminasi pekerja Malaysia
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com, jarum_emas@yahoogroups.com, respeks_group@yahoogroups.com, Idaman_Group@yahoogroups.co.uk, pakbelang@yahoogroups.com, MalaysiaNews@yahoogroups.com, SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Tuesday, September 11, 2012, 4:45 PM

 

pada 11-09-2012 03:09 Ditulis Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz




SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) menggesa kerajaan Singapura mengkaji semula kedudukan rasmi mereka yang melarang lelaki berumur bawah 35 tahun, dari Sabah dan Sarawak  bekerja di negara jiran itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata kerajaan republik itu perlu mengkaji dasar diskriminasi yang tidak sepatutnya dilakukan oleh negara tersebut yang disifatkannya berat sebelah.
 
"Ini macam ada unsur diskriminasilah. Perkara ini perlu dikaji semula supaya perkara itu...takkanlah sehinggakan hendak menghukum rakyat Sabah-Sarawak tidak boleh masuk ke negara itu.
 
"Mesti dikaji secara menyeluruh. Jangan oleh kerana perkara-perkara yang tidak menyeluruh, hinggakan menghalang segala-galanya," katanya lagi kepada AntaraPos ketika dihubungi sebentar tadi.
 
Laporan akhbar tempatan semalam mendakwa kerajaan Singapura menolak visa pekerjaan semua lelaki berumur bawah 35 tahun, dari Sabah dan Sarawak secara automatik sejak kebelakangan ini untuk bekerja di negara jiran itu.
 
Perubahan polisi tersebut dipercayai berpunca daripada peningkatan kes jenayah dan pergaduhan yang melibatkan rakyat pribumi Sabah dan Sarawak di republik itu.
 
Insiden terbabit termasuklah melibatkan kes pembunuhan di sekitar kawasan Ang Mo Kio Avenue, Kallang, dan juga Geylang.
 
Bagaimanapun, Omar berkata dasar "diskriminasi" republik itu yang melarang lelaki berumur bawah 35 tahun, dari Sabah dan Sarawak tidak akan mampu menyelesaikan masalah keselamatan di negara jiran itu.
 
Katanya lagi, Kerajaan Singapura perlu mencapai matlamat keselamatan dalaman mereka tanpa menggunakan cara yang drastik dan tidak spesifik.
 
"Kita bimbanglah kalau ada tafsiran yang tidak baik semua, kalau boleh saya berharap perkara ini dapat disemak semula dengan cepat.
 
"Kalau ia pun, takkan sampai dihalang pula lelaki berumur bawah 35 tahun, dari Sabah dan Sarawak masuk bekerja di Singapura kerana ini melibatkan seluruh rakyatkan.
 
"Takkan kerana satu dua tiga kes yang berlaku di sana keseluruhan rakyat lelaki berumur bawah 35 tahun itu kena hukum...tidak adillah," ujarnya lagi.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment