Monday, September 3, 2012

Re: RG2011... Fw: BN Adalah Syaitan.. Ini Buktinya

Salam alaik,

Bila cuba terjemah ungkapan ( proverb ) Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu secara transliterasi, jadilah terpalit maksudnya.

Setiap Bahasa dalam dunia terikat pada budaya tempatannya.

"Better the devil you know than the angel you don't. " bermaksud =>  lebih baik kita berurusan dengan orang yang kita kenali walaupun tidak berapa untung daripada mengambil risiko berurusan dengan orang yang kita tak berapa kenal. 

Antara ungkapan atau frasa yang paling saya benci dalam bahasa Melayu ialah " Adik Beradik Anjing " walaupun maksudnya ialah adik beradik tiri satu emak lain bapak. Bunyinya " Adik Beradik Anjing macam amat celaka, hina dan buruk sekali martabat orang tu. 

Kalau saya buat terjemahan transliterasi frasa " Adik Beradik Anjing dari Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Inggeris, jadilah " DOG SIBLINGS atau DOG BROTHER atau DOG SISTER". 

Agaknya dalam situasi di Imigresen Australia, apabila seseorang Mamat Melayu tu ditanyakan, "What is your relationship with this girl you're visiting?" ... Mamat tu lalu menjawab " Oh .... she is my DOG SISTER ".  Omputih yang mendengarnya boleh mati kaku dalam masa 10 minit atau ketawa sebulan tak berhenti.

Itulah akibat transliterasi UNGKAPAN atau FRASA tanpa mengambil kira Budaya Tempatan, iaitu bila ambilpakai logik para politikus.

Ada frasa di dalam Bahasa Inggeris yang bunyinya lagi lembut untuk "Adik Beradik Anjing", iaitu "Paternal Half-Brother atau Paternal Half Sister. ". Lebih bermarwah bunyinya. 

Akhirkata, jika ke Pantai Timur, pastikan anda mencuba kuih istimewa yang bernama Tahi Itik dan mencuba minuman Tuak. Kalau bawa kawan Muslim dari Australia, persilakan dia dengan berkata, " My friend. Please eat this Duck Shit. Very nice. Don't worry, this Duck Shit is halal. And try this cold Toddy. This drink is halal. " . Agaknya dia akan terkebil-kebil tengok wajah anda.

Semua bahasa tidak perfect, termasuklah bahasa Melayu. Bila transliterasi, jadilah entah hapa-hapa. 

Point saya ialah, tak payahlah kita nak layan sangat permainan perkataan mana-mana orang politik.  

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------


From: M_ Nasir Isma_il <m_nasir_i@hotmail.com>
To: Group hu <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, August 29, 2012 4:53 PM
Subject: RE: RG2011... Fw: BN Adalah Syaitan.. Ini Buktinya

 
Kadang2 hendak gelak tengok orang2 yg hendak cari kesalahan Tun Mahathir. Dalam tulisannya, Dr Mahathir menulis "Better the devil you know than the angel you don't" yang didefinasikan oleh sesetengah org tu "Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali" . Benda inilah hendak dijadikan gula2 utk hentam Tun. Mereka katalah seperti apa yang ada dibwah ini . Cukup-cukuplah memfitnah orang, ini nampak sungguh kebodohan sebahagian orang2 tersebut dan kecetekan ilmu mereka. Sedar2lah apa yg Tun cakap tu peribahasa/idiom orang Inggeris yg membwa maksud 'it is often better to deal with someone or something you are familiar with and know, even if they are not ideal, than take a risk with an unknown person or thing.' Kalau tidak paham jangan ckp lebih2. Masa interview pun Tun cakap dalam bahasa Inggeris  so kena paham dalam bahasa Inggerislah.Kalau hendak direct translation tanpa memahami kenyataan dan niat yg hendak disampaikan hilanglah maksud ayatnya. Ingat2lah diakhirat kelak kebanyakan org masuk neraka bukan kerana NIAT perjuangannya tetapi CARA mereka melaksanakan perjuangan tersebut. Henti2kanlah memFITNAH

To: melayucyber@yahoogroups.com
From: rienacom@yahoo.com.sg
Date: Tue, 28 Aug 2012 00:44:05 +0800
Subject: RG2011... Fw: BN Adalah Syaitan.. Ini Buktinya

 

 

Kenyataan Mahathir bahaya – TG Nik Aziz

agendsai.blogspot.
Dicatat oleh Agen DSAI 
 
 
MACHANG: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengenali syaitan berbanding malaikat.

Katanya, umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat.

"Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan," ujarnya.

Beliau menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai bahaya sambil mengingatkan umat Islam supaya mengenali kedua-duanya agar tidak terpesong dengan bisikan syaitan.

"Kenyataan sedemikian memang bahaya," ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa baik menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali dua hari lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan yang bakal melanjutkan pengajian masing-masing ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Ulama PAS (Madu), dekat sini tengah hari tadi.

Sementara itu ketika diminta mengulas kes anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mohd Isa, beliau enggan mengulas.

Katanya, keputusan anggota Parlimen itu biar diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS.

"Saya tak mahu ulas tentang tu, biarlah Majlis Syura sendiri yang tentukan, tak boleh saya," ujarnya./HarakahDaily

 

Sah!! BN Adalah Syaitan.. Ini Buktinya


Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN."Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.
 
Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya.Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan.

"Jika anda berubah kepada sesuatu yang lebih teruk, anda akan menyesalinya," kata Mahathir yang menambah, pembangkang akan terus berusaha untuk terus menang sekiranya berjaya membentuk kerajaan.Beliau menjelaskan pepatah bahasa Inggeris "lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal" yang disebut dalam tulisan di blog chedet.cc pada hari Rabu lalu.

Tulisan itu menggesa pembacanya supaya tidak menyokong Anwar yang disifatkannya sama dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.Obama, kata Mahathir banyak menjanjikan perubahan tanpa jaminan untuk menunaikannya.
~mkini



No comments:

Post a Comment