Tuesday, September 18, 2012

Re: RG2011... Fw: Terkejut harga roti canai biasa RM1.80

Setuju dengan Mann Trex - kalau tak boleh padamkan roti canai dari senarai makanan kebiasaan / kegemaran kita, kurang-kurangkan lah memakan roti canai tu. Kajian terkini mendapati bahawa karbohidrat yang diproses adalah punca utama obesiti. Ini merangkumi sebarang jenis roti, kek, kuih-muih dan sudah tentu roti canai juga. Makan nasi kini dikatakan jauh lebih selamat dari makan roti. Wallahualam


From: Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, September 15, 2012 7:46 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Terkejut harga roti canai biasa RM1.80

Salam alaik Sheikh Abu Hassan,

Nasihat you di terima dengan baik dan perspektif you amat menarik sekali. Semoga Allah merahmati you sekeluarga dengan rezeki yang luas lagi barakah.

Saya bersetuju bahawa kita perlu lihat kepada "kemungkinan". Pemikiran strategik seperti ini sangat penting untuk membaca trend di dalam dunia darul asbab ini dan seterusnya mengambil langkah yang sesuai. Mari kita bertukar pandangan mengenai "kemungkinan".

"Kemungkinan" mempunyai beberapa sifat. Kita ambil 2 sifat yang penting untuk mempermudahkan diskusi, iaitu :
1. Kemungkinan Besar ( tinggi )
2. Kemungkinan Tipis ( rendah )

Kebiasaannya, AHLI PERNIAGAAN ( termasuklah pengilang ) amat sensitif kepada perubahan di pasaran. Apa yang pasaran suka ( demand ), mereka akan cuba sediakan ( supply ). Jika menurun demand untuk sesuatu barangan, mereka lekas-lekas mengambil tindakan merubahsuai untuk menyediakan produk demand tinggi. Jika mereka ingin melawan arus pasaran kerana stock yang banyak, mereka akan membuat kempen diskaun besar-besaran atau auction untuk pasaraya negara ketiga. Ini merupakan statement amat ringkas, kerana sistem dan proses perniagaan di dalam industri pengilangan farmasi dan makanan adalah lebih complex.

Bagi industri FARMASI, research mereka amat tinggi kosnya, tapi MARGIN mereka sangat tinggi untuk setiap produk "anchor", iaitu berlipat kali ganda dari kos production. Lagipun, pasaran mereka amat besar sudah berdekad-dekad lamanya. Oleh itu, RESERVE mereka sangat tinggi untuk menampan sebarang perubahan dan membuat penyesuaian di pasaran.  Kita sendiri boleh lihat bagaimana mereka dapat merubah SUPPLY untuk UMAT ISLAM yang semakin ramai inginkan ubat yang halal serta merubah SUPPLY akibat kesedaran PENGGUNA terhadap side-effect dadah. Secara ringkas, KEMUNGKINAN RENDAH untuk perniagaan mereka menghadapi impak negatif dalam konteks yang kita perbincangkan. Lantas, kemungkinan kehilangan pekerjaan dalam hal ini adalah tipis sekali.

Bagi industri PENGILANGAN TEPUNG, research mereka rendah kosnya, MARGIN mereka dikawal kerajaan, namun PENGGUNAAN TEPUNG di pasaran AMAT LUAS SEKALI dan sentiasa berkembang. Terlalu banyak produk makanan siap diproses dan separa siap menggunakan tepong. Hatta berpuluh-puluh jenis kopi tempatanpun yang popular menggunakan tepong, sebagai contoh. Makanan roti bungkus dan kek bagaikan makanan ruji terkini semua kaum di Malaysia. Dalam pada itu, ada sahaja entrepreneur tempatan yang mengeluarkan produk-produk baru berasaskan tepung. Secara ringkas, KEMUNGKINAN RENDAH untuk industri tepung menghadapi impak negatif dengan kehilangan ROTI CANAI dari pasaran. Lantas, kemungkinan kehilangan pekerjaan dalam hal ini juga tipis sekali.

TETAPI bagi sesiapa saja yang badan mereka lebih berat dari yang patut, BERKEMUNGKINAN BESAR untuk menghadapi banyak penyakit kelak. Dan BUDAYA ROTI CANAI dan TEH TARIK adalah di antara penyumbang kepada berat badan berlebihan atau obese. Kita boleh lihat sendiri apabila kita berjalan-jalan di Pasaraya. Setiap 3 atau 4 orang yang kita bertembung, pasti ada seorang yang bulat dan comel.

TOPIK masih tidak berubah, cuma kita lihat topik ini dari pelbagai perspektif. Pada pandangan saya, agak sia-sia untuk sesiapapun berkorban masa dan berkorban tenaga untuk menurunkan harga ROTI CANAI. Lebih baik padamkan roti canai dari senarai makanan kita. 

HALAL sahaja tidak cukup. Ia perlu didampingi dengan 2 sahabatnya, iaitu BERSIH dan SIHAT. Sebab itu namanya HALALAN TAYYIBAN.

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------


From: abu hassan <hassanisma5485@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, September 13, 2012 10:25 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Terkejut harga roti canai biasa RM1.80

Salaam.
 
Sdra Mann Trex, kita setakat boleh nasihatkan tapi kalau orang tak mau terima, apa nak buat. Lagi satu kalau semua orang sihat :
 
1. Ubat tak laku, syarikat farmaseutikal akan kehilangan revenue
2. Syarikat ini akan tutup
3. Ramai orang akan kehilangan kerja, pengangguran berlaku
4. Potensi peningkatan jenayah akan terjadi
 
Perkara yang sama jika semua orang tak makan roti canai :
1. Tepung tak laku
2. Syarikat ini akan tutup
3. Ramai orang akan kehilangan kerja, pengangguran berlaku
4. Potensi peningkatan jenayah akan terjadi
 
And the cycle goes on and on..

From: Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, September 11, 2012 10:01 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Terkejut harga roti canai biasa RM1.80

Salam alaik,

Wow ! Mesej dihantar dari Samsung sIII. Peralatan mobil yang hebat dan canggih tu....... 

Namun begitu, OTAK tak perlu canggih ... untuk fahami mesej saya yang amat mudah, di mana para pelajar sekolah pun boleh fahami dengan cukup senang.

Dalam jawapan awalan saya, saya telah sarankan JANGAN BUANG MASA dan JANGAN BUANG TENAGA untuk komplen pasal Roti Canai yang dijual dengan harga Mahal.

Maksud saya ialah perbuatan itu adalah sia-sia disebabkan ROTI CANAI itu banyak mudarat.

Maka, adalah lebih baik tinggalkan saja Roti Canai dan pilih makanan alternatif yang lebih sihat. Ini akan membantu anda menjadi lebih sihat dan panjang umur. 

Tapi sekiranya anda suka kepada imej bulat dan "comel" dari Zat Hebat Roti Canai, teruskanlah selagi anda bahagia. Tiada paksaan. 

Dalam hal gula putih pula ( oleh kerana anda yang bangkitkannya ).

Tahukah anda berat badan boleh menurun dengan lebih mudah sekiranya anda mengurangkan penggunaan gula putih sebanyak 50%. di dalam jangkamasa 1 bulan sahaja ?

Mengurangkan penggunaan gula putih adalah salahsatu langkah penurunan berat badan secara natural tanpa berlapar.

Tahukah anda akibat badan terlebih berat?

=> Jantung terpaksa bekerja lebih keras dari normal untuk sampaikan darah ke tempat-tempat spare tyre pada badan. Jantung jadi penat dan cepat tua sehingga jadi lemah walaupun umur masih muda
=> Tulang-belulang anda terpaksa menampung beban dan tekanan lebih dari normal. Boleh sakit lutut, sakit tumit, sakit sendi dan hilang calcium dgn banyak. 
=> Gula putih yang berlebihan dalam darah adalah makanan sel-sel CANCER. Mengurangkan gula putih dalam darah boleh membantu untuk membantutkan sel-sel cancer dari merebak. 

Saya sekadar beri nasihat baik. Kalau suka ikut, tak suka toksah ikut.  

Kalau tak sure, sila buat rujukan di tempat-tempat lain yang lebih munasabah. 

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://malaysiaku.com/

---------------------------------------------------------------------------------

From: cengkonah <cengkonah@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, September 10, 2012 5:11 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Terkejut harga roti canai biasa RM1.80

 
Yg komen suruh makan makanan lain selain roti canai yg 'byk mudaratnya' night umpama salakan pihak tertentu ketika hrg gula naik mereka  kata jgn makan makanan bergula byk nt kencing manis..obes bla bla...bengong...org ckp isu lain awak bw isu lain
cengkonah
sent from my samsung sIII
On Sep 8, 2012 9:59 PM, "Mann Trex" <manntrexe@yahoo.com> wrote:
Salam Ustadz,

Nak buat apa Roti Canai? Kalau dah banyak marjerin dan garam di dalamnya, itu namanya MAKANAN BAWA PENYAKIT, walau tepong apa pun. Marjerin itu sendiri mempunyai bahan hexane yang punya risiko membengkakkan saluran darah atau menyumbatkan pembuluh darah. 

Lebih baik Capati yang dibuat dari tepong wholegrain, air dan sedikit minyak. Tapi kena makan dengan kuah kari ...lah ... baru power !

Capati boleh juga dimakan dengan sayur sawi goreng hancur sama telor goreng hancur. Sangat lah sedap.

Kari memang sedap dan sihat sekiranya menggunakan SANTAN KELAPA dan kurang masin. 

NOTA : SANTAN KELAPA sangat baik untuk kesihatan kerana lemaknya yang segera digunakan oleh badan sebagai tenaga pengkhadaman makanan lain. Ia juga punya banyak mineral natural seperti Calcium dan Potassium, vitamin C,E dan B serta fiber. Lagi power dari susu lembu kerana ZERO KOLESTEROL. Perlu yang diperah dikedai atau diblend dirumah dari KELAPA ASAL. BUKAN SANTAN SEDIA DALAM KOTAK DI PASARAYA. 

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://malaysiaku.com/

---------------------------------------------------------------------------------

From: insan manusia <insanmanusiakini@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, September 3, 2012 4:35 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Terkejut harga roti canai biasa RM1.80

 
bagus idea mann trex apa kata jadi pioneer di malaysia jual roti canai pakai tepung wholemeal guna minyak carotino untuk menebar dan memasaknya mesti sedap,cecah kuah kacang hitam high serat...baru logik rm1.80 sekeping.amacam?

2012/8/29 Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
Salam alaik,

ROTI CANAI ialah makanan untuk sesiapa yang ingin menaikkan risiko OBESE serta penyakit berkait seperti SAKIT JANTUNG, DARAH TINGGI, KENCING MANIS dan SAKIT LUTUT.

Tidak memakan roti canai adalah lebih baik daripada buang masa dan tenaga untuk pergi buat komplen.

Capati dan lain-lain roti wholegrain lebih sihat dimakan. 

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://malaysiaku.com/

---------------------------------------------------------------------------------

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, August 26, 2012 11:56 PM
Subject: RG2011... Fw: Terkejut harga roti canai biasa RM1.80

 

 

HARGA SEKEPING ROTI CANAI RM1.80 LEBIH MAHAL DARIPADA HARGA SEKILO TEPUNG...

nizar-coretanku.blogspot
Posted by Nizar
 
Terkejut harga roti canai biasa RM1.80: Sinar Harian

KUALA TERENGGANU – "Tidak masuk akal jika sekeping roti canai kosong dijual dengan harga RM1.80 sedangkan selama ini saya biasa beli dengan harga RM1 sahaja," luah seorang pengguna yang terpaksa membayar lebih ketika membeli roti canai di salah sebuah restoran di bandar ini.

Pengadu, Khairul Azhar Ismail berkata, pada mulanya dia menyangka peniaga restoran itu tersilap mengira harga perlu dibayar, tetapi sangkaannya meleset kerana di papan tanda jelas tertera roti canai biasa dijual berharga RM1.80.

"Saya tidak sempat bertanya sebab ramai pelanggan lain ingin membayar, tetapi saya keliru kerana harga pada papan tanda itu ditulis itu menggunakan pen yang boleh dipadam dan ditulis semula.

"Saya cuba ambil gambar papan tanda harga menggunakan telefon bimbit tetapi tidak begitu jelas dan kabur untuk dijadikan bahan bukti," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia tidak berpuas hati kerana harga tepung gandum  di pasaran lebih rendah berbanding sekeping roti canai yang dijual peniaga berkenaan.

"Perbuatan peniaga yang ambil kesempatan meletakkan harga sesuka hati sempena musim perayaan begini adalah tidak adil dan menganiaya pengguna, tambahan pula kualiti roti canai yang dijual tidak setimpal dengan harga yang dikenakan.

"Kalau dikira, berapa banyak dia (peniaga) boleh kaut untung. Saya harap mana-mana pengguna lain yang berdepan kes peniaga jual dengan harga tidak munasabah ini segera memaklumkan kepada pihak berkuasa," katanya.

Khairul Azhar yang bertugas di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, dia ingin melaporkan kes itu ke bahagian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), namun tergendala kerana pejabat ditutup disebabkan cuti umum panjang.

Dia yang pulang berhari raya di Terengganu amat kesal dengan sikap sesetengah peniaga di negeri ini yang dikenal pasti mengambil kesempatan./~SH
 













No comments:

Post a Comment