Wednesday, September 19, 2012

Re: RG2011... Najib tidak ada pilihan, beliau akan terpaksa meletakkan jawatan selepas PRU13 [AX-1348120536216]

 



Apa yang aku nampak macam PR yang akan tumbang lebih teruk lagi.
bukan stakat tumbang sahaja malah ranap...
Ini dari pandangan aku sebagai rakyat biasa la..
 
----- Original Message -----
Sent: Wednesday, September 19, 2012 12:49 PM
Subject: Re: RG2011... Najib tidak ada pilihan, beliau akan terpaksa meletakkan jawatan selepas PRU13 [AX-1348120536216]

 

apahal la kau orang nie....dah cantik dah negara kita nie...sikit2 telagah tu biasa la..sedangkan lidah lagi tergigit...BERSYUKUR  KAN LEBIH BAIK..JGN MENDOAKAN KEBURUKAN SESAMA INSAN...
 

From: A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, September 18, 2012 3:52 PM
Subject: RE: RG2011... Najib tidak ada pilihan, beliau akan terpaksa meletakkan jawatan selepas PRU13

 
Dah lebih 55 tahun beb….lama nya proses nak tumbang…heheheh…
 
Yang kelakar…yang cuba banyak yang dah tumbang….sampai meroyan nak jadi PM…
Dan ramai perasaaan nak dan rasa layak jadi PM..
 
 
 
 
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of roslan mohd
Sent: Friday, 14 September, 2012 6:12 PM
Subject: RG2011... Najib tidak ada pilihan, beliau akan terpaksa meletakkan jawatan selepas PRU13
 

Oleh Aspan Alias

 
Kerana permainan pemimpin-pemimpin besar UMNO berpecah belah ahli-ahli serta pimpinan keperingkat bawahan. Akhirnya ahli-ahli di bawah hanyalah diperguna untuk menjadi 'kuda pelejang' pimpinan yang di atas. Nampaknya seperti tenang tetapi hakikatnya pergolakan ini berlaku di antara pimpinan yang hendak terus berkuasa dan pemimpin yang sudah terkelior untuk merasa nikmat menjadi orang nombor wahid dalam UMNO. Maklum sajalah secara konvensyennya Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri Malaysia.
 
Itulah sebabnya saya selalu bercakap yang UMNO itu akan akhirnya kecundang bukan oleh kerana pihak-pihak lain tetapi oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri.. Kepada siapa yang berpengalaman lama dalam permainan ini mereka hampir kesemuanya telah tidak bergiat lagi dan tidak mengambil indah tentang parti mereka yang kian hari kian menguncup itu. Mereka yang kekal hanyalah mereka yang merasa nikmat dari parti kerana berjaya dalam meloloskan diri dalam percaturan politik yang sangat 'complicated' dalam UMNO itu.
 
Siapa yang menjadi korban dari permainan kotor politik oleh pemain-pemainnya ini? Yang menjadi korban ialah parti dan pemimpin-pemimpin berwibawa yang selalunya tertumpas dalam permainan politik kotor ini. Hasilnya negara ditadbir dan dikuasai oleh mereka yang hanya tahu membina kekayaan dan kepentingan keluarga mereka semata-mata dan mereka selalunya akan disokong oleh mereka yang tiada sisek politiknya. Mereka akan menjadi pemimpin untuk mendukung pimpinan yang memerlukan sokongan tanpa mengira mereka-mereka ini berguna atau sebaliknya untuk negara dan parti.
 
Perbuatan Mahathir yang memulakan politik memecah dan mengeksploitasi di antara pemimpin-pemimpin yang berpontensi ini lama-kelamaannya menghasilkan parti dan pimpinan yang kita lihat pada hari ini. Mereka yang mewarisi kepimpinan Mahathir ini merupakan mereka-mereka yang datang dari acuan yang sama dan siapa juga dari mereka ini menjadi pemimpin tidak akan membawa faedah kepada negara. Kesemua yang ada di dalam barisan kabinet dan pimpinan UMNO (majlis tertinggi) itu merupakan kumpulan yang sudah hilang arah dan tujuan perjuangan dan mereka hanya mementingkan wang ringgit yang merupakan matlamat utama mereka.
 
Oleh itu permainan politik di antara pemimpin besar negara pada hari ini akan menambahkan bencana kerana kejayaan mana-mana pihak pun tidak akan membawa apa-apa faedah kerana seperti yang saya sebutkan tadi mereka datang dari acuan yang sama. Jika mereka datang dari acuan yang sama sesiapa yang mengambil alih kepimpinan negara tidak akan membawa apa-apa kebaikan lagi.
 
Kali ini pilihan pimpinan negara mesti datang dari pemimpin yang datang dari acuan dan budaya yang berbeza dari kumpulan yang ada. Itulah yang menyebabkan orang ramai tidak lagi mempunyai rasa kasih dan hormat kepada UMNO seperti dahulu kala. Malahan ahli-ahli UMNO sendiri tidak menghormati pimpinan mereka dan selalu sahaja memberikan sokongan kepada pembangkang dalam senyap senyap. Lebih ramai lagi akan memberikan sokongan kepada parti-parti bukan BN dalam peti undi dan saya amat merasai keadaan itu akan berlaku.
 
Jika Najib kekal dengan kemenangan kecil Najib terpaksa meletakkan jawatan dan yang mengambil alih beliau jika datangnya dari mereka yang ada dalam barisan kepimpinan UMNO itu ia akan membawa UMNO ke penghujung usianya tanpa ragu-ragu lagi.
 
Pendeknya apa pun yang akan berlaku UMNO tidak akan menjadi relevan lagi. Apabila UMNO tewas lebih banyak kerusi kali ini ia merupakan saat UMNO yang akan dipandang sepi dan tidak berdaya lagi untuk maju kehadapan.
 
Ramai yang faham mengapa Muhyiddin beriya-iya meminta Pak Lah berhenti kerana beliau tahu yang akan mengambil tempat Pak Lah ialah pemimpin yang dengan senang boleh di ketepikan oleh beliau. Muhyiddin tahu Najib mempunyai 'baggage' yang berat tetapi beliau (Muhyiddin) sendiri mempunyai 'baggage' seberat yang di bawa oleh Najib.
 
Muhyiddin mungkin berjaya mengenepikan Najib tetapi UMNO itu akan terus kecundang bersama beliau (Muhyiddin) jika beliau yang mengambil alih dari Najib. Keadaan ini merupakan salah satu dari penyebab mengapa UMNO semakin hari semakin berkurangan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Apa pun, jika UMNO menang dengan margin yang kecil dari yang di capai oleh Pak Lah dahulu Najib akan di paksa meletakkan jawatannya sebagai PM oleh partinya sendiri. Itu pun pelan Dr Mahathir. tetapi untuk mendapat kemenangan itu ramai yang berpendapat ia sudah 'predictable'. UMNO akan jatuh dan kehilangan kuasa.

5 comments:

baretta said...
Amiiiiiiiiiiinnnnn Ya Robb.... Moga diperkenankan Allah apa yang AA tuliskan tu... A
Anonymous said...
Sekarang ni nak cari orang umno yang menyokong membabi buta seperti 30 tahun lepas cukup susah kerana mereka tahu yang dapat nikmat adalah orang yang sama diberi berulang2 kali.Di NS dari zaman Rais dan Isa dan Mat hasan penanugerahan harta rakyat kepada orang tertentu dan berulang2 kali cuma dikelirukan menggunakan nama samaran.Mereka yang terima nikmat tersebut ramai dah muflis dan ada beberapa telah meninggalkan umno selama2nya.Orang biasa dan juga orang umno bawahan menyedari itu kini menjauhkan diri dari umno kerana kecewa dan kini giliran mereka untuk kecewakan pemimpin.Pemimpin pula sekarang dah malu nak jumpa penyokong kerana masa berkuasa dulu utamakan beberapa orang tertentu sahaja.Saya yakin UMNO akan tumbang kerana sikap pemimpin sendiri yang beranggapan orang melayu tak ada pilihan dan tetap pangkah umno tidak menjadi.Semua ni back fire dan tidak ada ubatnya melainkan terima kekalahan dan rebut semula diPR 14 nanti.Yang muda2 dengan beban PTPTN memang dah tak ada menyokong umno kerana sahabat2 mereka anak2 YAB DAN YB bermegah2 dengan kekayaan melalui sumber pendapatan tak tahu dari mana.Wakil cawangan umno kemesyuarat perwakilan bahagian Seremban nampak layu ,tak bermaya jika dibandingkan 30-40 tahun lalu jadi semua ini menggambarkan UMNO telah jumpa jalan turun cuma tunggu masa sahaja lagi.Setiap ahli UMNO dululah mempunyaai harapan yang tinggi terhadap pemimpin tetapi ragam ,sikap dan ego YB2 ini memaksa ahli2 UMNO untuk mengambil pendekatan balas dendam dengan menyokong pembangkan.Fakta menunjukan PR berjaya buktikan kemampuannya disamping tidak ada penyelewengan,ketirisan,kezaliman ,fitnah memfitnah ,salah guna kuasa dalam takbir aset negeri .Orang bertambah yakin PR akan menang apabila PM beri berbagai alasan untuk tangguhkan PR13 .UMNO dah kehabisan modal untuk diskredit PR kerana semua tuduhan PR tidak bolih dijawab olih UMNO .Sekarang ni umno gunakan tektik kotor tetapi semuanya back fire dan menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO.Semua yang dibuat tak menjadi seperti saham FGV yang diapungkan kini telah jatuh bawah harga IPO .Kalaulah kerajaan dengan dana yang cukup besar masih gagal untuk lonjakkan harga saham bermakna harga IPO adalah terlalu tinggi atau kerajaan dah tak ada duit nak pertahankan harga saham.Mahukah peneroka felda menyokong UMNO kalau untung asal rm800 kini merudum dan mungkin dilelong olih bank untuk tutup hutang.Jawabnya Assalamualaikum kepada UMNO untuk berubat dan fikirkan pendekatan baru untuk ambil alih semula PR14 nanti.Bila keadaan tidak menentu secara sendirinya penyokong UMNO meminggirkan umno supaya bila berpindah kerajaan ahli umno itu bolihlah masuk parti komponen PR.Chua sui lek pula banyak bercakap melekehkan islam yang ini mencepatkan menambahkan kebencian orang melayu kepada umno.Saya berpendapat bahawa kalau umno kalah ianya tidak mungkin dapat ambil kuasa semula kerana PR akan pastikan pemimpin umno berpecah belah ,harta dirampas,pemimpin dibawa kepengadilan file penyelewengan dibuka dll.Saya tak nampak jalan keluar kepada pemimpin umno kalau umno kalah harap2 janganlah ada pemimpin umno gantung diri seperti yang dilakukan olih menteri penuh jepun bila ada ura2 nak sebarkan maklumat kepada umum atas affair luar nikahnya.Keadaan ini adalah baik untuk rakyat kerana mereka berebut untuk beri khidmat kepada rakyat.
Haji Kampung said...
Assalammualaikum Sdra AA ~ Memohon izin meluahkan perasaan di Laman sdra,

Saya percaya masih ramai orang Melayu menyayangi UMNO, walaupun diketahui agak terserlah akan kerakusan kebanyakan pemimpinnya. Pemimpin yang telah bersara pun semacam sahaja.

Dulunya kami memuja UMNO atas perjuangan, kebolehan dan wawasan mereka. Saya pasti kesediaan sdra berjuang dalam UMNO dahulu juga di atas landasan yang sama. Malang bagi kita, UMNO hingga kini kepimpinnannya masih mahu diwarisi keturunan golongan yang sama dengan bersenjatakan 'mengenang jasa'. Seolah-olah dalam jutaan rakyat yang ada hanya keturunan tertentu sahaja yang layak dijadikan Ketua.

Pemujaan terhadap pemimpin pemerintah dan membiarkan sesetengah NGO membuat onar sebagai contoh, membukitkan lagi kebencian rakyat terhadap kerajaan. Ditambah dengan tahap kecekapan yang lembab di kalangan kebanyakan Ketua-Ketua jabatan kerajaan. PDRM, SPRM namakan apa sahaja, seolah-olah mereka yang diamanahkan ini mahu mengkhianati kewibawaan perancangan pemerintah dan kewibaan petugas bawahan mereka. Ini telah menyempitkan lagi peluang UMNO/BN mencapai kemenangan. Setegar-tegar pesara yang saya kenali, kini bersama mengubah haluan dengan mengundi parti yang dulu dianggap seteru.

UMNO kini bukan sahaja dilihat lemah, malah dikatakan telah hampir kepenghujungnya. Namun pemimpinnya tetap angkuh dengan tidak mahu menerima dan mengakui kelemahan sedia ada dengan menghalalkan celaan yang keterlaluan terhadap pembangkang di kaca TV dan media lainnya. Yang berpenyakit dibiar tidak dirawat, yang cergas mahu didengkutkan kakinya. Janji dan sumpahan pemimpin UMNO kini dianggap rakyat hanya lakunan untuk mempertahan kuasa dirinya sendiri. UMNO tetap masih mahu menobatkan manusia yang dilihat rendah keperibadiannya sebagai pemimpin. Saya percaya tentunya sdra masih dapat melihat apa yang ada tersembunyi di sebalik tembok kaca di seberang sana walaupun sdra tidak lagi bersama mereka sekarang. Dan dari kata-kata TPM baru-baru ini dapat juga dihidu segala kecelaruan dalaman UMNO. Bagi kami yang dikatakan totok, tetap kecewa dengan keangkuhan mereka.Ditambah ....., lagi banyak TDM melontar kata-kata nyanyok, lagi tinggi meluatnya rakyat kepada parti itu sendiri. Mustahil TDM tidak menyedari hakikat ini atau sengaja mahu mensabotaj UMNO bagi kali keduanya.

Persoalan kita di PRU~13 nanti, apakah jaminan yang dapat kita yakini dengan memenangkan PR ?. Adat orang politik biasa saja. Bila berkuasa, kalau tidak keluarga tentunya hanya kroni yang akan dibela. Lihat sahaja keadaan sekeliling rumah rakyat di Lembah Kelang. Dari longgokan sampahnya sahaja sudah mampu kita tafsirkan betapa perihatinnya pemerintah dan pihak berkuasa terhadap mereka sebenarnya !. Amatilah, tanda jalan dan lorong mana yang tidak ditampal iklan. Iklan Haramjadah lakunya. Kalau Datuk Bandarnya tak nampak mustahil tidak pegawai atau pekerja lainnya.

Walau apapun kita, adalah waras kalaupun tidak wajib bagi kita menggantikan tangga yang bukan sahaja buruk di pandang malah reput untuk dipijak. Ada akei ke dengan 'Janji Ditepati' dicanang pagi dan petang!. Wassalam.
Anonymous said...
Anon 23:17 dan AA

Memang betul 100% ada yang nikah 2 ke 3 orang,sampai bini no1 gila.... ada yang kena penyakit kulit sampai satu ketika takada orang ambil tahu sudah nya mati duduk atas kerusi,pada hal satu ketika dahulu dia ni bolih dianggap jutawan,bolih baling duit atas lantai dihotel Alson Kelana Seremban,isteri no3 belajar lagi,tak duduk dalam kampus tapi sewa bilik hotel.....wow........
Apa jadi! mampos juga.....inilah dia macai Isa kinzir....satu ketika dahulu polis pun takut dengan dia..kereta single plate... belajar tak setinggi mana PMR pun lingkup,pasal jawatan dalam UMNO sanggup tumbuk pak saudara sendiri dalam mesyuarat UMNO...nilah dia orang didikan Mamak dari kerala.entahlah UMNO kalau melayu tak faham lagi lebeh2 lagi peneroka felda! jahanam lagilah melayu.ABU
Anonymous said...
Saudara AA dan bloggers,

Semalam gelagat puak MCA amat memalukan apabila Chua Tee Yong enggan berdebat dengan wakil kerajaan
negeri Selangor. Sikap samseng penyokong-penyokong MCA memberi azam kepada kaum Cina untuk menolak MCA selama-lamanya.

Salam.
Observer

"For Business, For Growth, For Life"

The information in this e-mail and any attachments is confidential and may be legally privileged. It is intended solely for the addressee or addressees and any disclosure of the contents of either is unauthorized and may be unlawful. If you are not the intended recipient, please delete the message and any attachments and notify the sender of miss-delivery. No undertaking, guarantee or other obligation contained in this e-mail will be binding on the Bank or the individual officers of the Bank unless it is confirmed via letter on the Bank's letterhead signed by an Officer of the Bank. Any views expressed by an individual within this e-mail which do not constitute or record the Bank's official position do not necessarily reflect the view of the Bank.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment