Monday, September 3, 2012

Re: RG2011... Penganjur Sendiri Seru Peserta Kibarkan Bendera Sang Saka Malaya

bawah akta apa nak dakwa kesalahan mengibar bendera sang saka?

On 03/09/2012, shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com> wrote:
> Penganjur Sendiri Seru Peserta Kibarkan Bendera Sang Saka Malaya
> Published by AIDC <http://www.anwaraidc.com/?author=2> on September 3, 2012
> | 0 Comment <http://www.anwaraidc.com/?p=27215#respond>
>
> AIDCNews – 03/09/12 – kenyataan pemilik blog Singa
> Selatan<http://singaselatan.blogspot.com/2012/08/mengapa-kami-kibarkan-sang-saka-malaya.html?zx=4f42bf4da7205838>
> yang
> turut disiarkan oleh Sinar
> Harian<http://www.sinarharian.com.my/politik/isu-bendera-mengaku-tidak-wakili-parti-1.81241>tidak
> dapat memadamkan fakwa bahawa pengibaran bendera Sang Saka Malaya itu
> digalakkan oleh pihak penganjur sendiri.
>
> Kenyataan itu seolah-olah mahu menyempitkan skop dengan meletakkan
> kesalahan kepada satu kumpulan anak muda, walhal ianya dirancang secara
> sistematis oleh pihak penganjur.
>
> Salah seorang penganjur utama, Hishamuddin Rais menyiarkankenyataan media
> Gabungan Janji, 29 Ogos 2012,
> dalam
> blognya<http://tukartiub.blogspot.com/2012/08/dataran-merdeka-jam-11-malam-ini.html>,
> tukartiub.blogspot.com yang meminta agar bendera Sang Saka Malaya
> dikibarkan pada malam itu.
>
> "Kibarkan Sang Saka Malaya, Merdeka dari jajahan UMNO," seru Hishamuddin
> dalam blognya.
>
> Blog itu juga turut menyiarkan bendera Sang Saka Malaya yang dimaksudkan
> itu iaitu bendera yang sama dikibarkan pada malam sambutan kemerdekaan
> ke-55 itu.
>
> Mohd Shuhaimi Embong dalam bukunya, "Di Sebalik Tabir Politik Kampus",
> Pustaka Generasi Baru, 1994 memperkenalkan Hishamuddin Rais sebagai
> Setiausaha Agung PMUM (Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya) pada tahun
> 1974 dari kumpulan yang dilabel sebagai sosialis.
>
> Hishamuddin dikatakan terlibat aktif dalam Kelab Sosialis Universiti
> Malaya.
>
> "Hassan karim (1984) mendakwa tahun 1972 merupakan tahun kemerosotan
> pengaruh sosialis kerana pada tahun itu juga Hishamuddin Rais, seorang
> tokoh pelajar sosialis yang dinamik telah ditumbangkan dari kerusi
> Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM).
>
> "Tetapi pada tahun 1973, Kelab Sosialis telah disusun semula dan kembali
> menjadi tenaga penting dalam politik Universiti Malaya setelah berjaya
> menguasai kembali PMUM dengan menempatkan Hishamuddin Rais sebagai
> Setiausaha Agung PMUM yang baru," dedah pengarang buku itu.
>
> Menurut buku gerakan pelajar itu, hishamuddin melarikan diri ke luar negara
> pada tahun 1974 untuk mengelakkan dirinya ditahan ISA.
>
> "Ekoran peristiwa Disember 1974 ini (Demonstrasi pelajar), ramai pemimpin
> mahasiswa Universiti Malaya yang ditangkap dan ada yang ditahan di bawah
> ISA.
>
> "Tetapi Hishamuddin Rais (Setiausha Agung PMUM) berjaya melepaskan diri
> dari tahanan ISA kerana berjaya melarikan diri ke luar negara tanpa dikesan
> oleh pihak berkuasa.
>
> "Beliau hanya muncul semula setelah berbelas tahun berada di perantauan dan
> kembali semula ke negara ini pada 18 November 1994, setelah hampir 20 tahun
> menjadi 'pelarian politik'," dedahnya lagi.
>
> Menurut rekod, Hishamuddin kembali ke tanahair ketika Datuk Seri Anwar
> Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
>


------------------------------------

" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
respeks_group-digest@yahoogroups.com
respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments:

Post a Comment