Tuesday, September 18, 2012

Re: RG2011... REALITI UMAT ISLAM - BERDEMO HEBAT SOLAT SUBUH BERJEMAAH HANCUR.

Salam alaik,

Hal Pertama : Demo

Rasulullah terok kena kutuk macam-macam termasuklah kena simbah najis dan kena baling batu sehingga cedera berdarah-darah dan patah gigi. Malahan beberapa kali hampir dibunuh. Apabila beliau tunjuk kesabaran dan mohon doa untuk mereka, hampir kesemuanya masuk Islam.

Apa yang Umat Islam lakukan sekarang adalah terbalik dan lebih menunjukkan kejahilan terhadap kisah hidup Rasulullah. Kita boleh bantah tapi tak perlulah sehingga menunjukkan tabiat orang gasar seperti bakar Bendara, Effigy dan Foto. Ada yang sampai menyerang bangunan yang langsung takda kena-mengena dengan penerbit. Ada pendemo yang terbunuh.

Jelas sekali orang Islam yang berdemo tu menunjukkan sikap MARAH ( yang dilarang Rasulullah sendiri dan cukup disukai syaitan ). Perkara yang pendemo tunjukkan HANYA MEMBERI BUKTI kepada orang-orang kafir bahawa Orang Islam itu Kasar kerana Agama Islam itu sendiri. Orang kafir yang nak masuk Islam pun terkedu takut. Sedangkan Rasulullah suruh kita lembutkan hati mereka dengan akhlak yang baik.

Kalau nak bantah sekalipun kepada kaum Kufar dalam apa hal pun, maka JANGAN BELI PRODUK JENAMA MEREKA. Ni sibuk beli seluar Levis, Docker, kereta Chevrolet, iPhone, iPad dan ribuan lagi. Sebaliknya di pasaraya berjenama, cukup ramai yang dok membelek-belek jenama kufar seolah-olah terliur bila terlihatnya. 

Hal Kedua : Solat Jemaah

Di Malaysia solat subuh Jemaah terlalu sedikit. Isya' pun sama. Malahan ada masjid solat Jumaat yang Isya'nya hanya 3 orang ( yang kebetulan saya salah seorangnya ketika menumpang ) dan subuhnya 2 orang, iaitu muazzin sendiri dengan saya ( yang  kebetulan menumpang di situ ). Menurut muazzin, memang dah begitu bertahun-tahun lamanya walaupun ramai penduduk di situ. Dia azan, solat sunat,  dia qomat, solat subuh sendiri, lalu tutup masjid. 

Ada sebilangan masjid yang saya pernah terlihat ramai jemaah subuhnya seperti Masjid Shah Alam, Masjid Damansara, Masjid Bangsar, Masjid Taman Tun Dr Ismail, Masjid Setiawangsa, Masjid Dato' Keramat, Masjid Sri Rampai, Masjid Sri Petaling, Masjid India, Masjid Kg Melayu Ampang, Masjid Kg Baru KL, Masjid Kubang Kerian Kelantan, Masjid Jamek Seremban, Masjid Kapitan Keling Penang dan Masjid Kucing Sarawak. Semoga Allah merahmati jemaah mereka dengan segala kebaikan dunia dan akhirat. Mungkin kerana doa jemaah mereka ini, Malaysia masih terselamat dari bala bencana yang hebat dari langit, laut dan bumi.

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------


From: amri el wahab <amriwahab@gmail.com>
To: Al Falaah Group <al-falaah@yahoogroups.com>; Hidayah Net <hidayahnet@yahoogroups.com>; Ingatan Group <ingatan@yahoogroups.com>; PenawarKu <Penawarku@yahoogroups.com>; Perisik Rakyat <PerisikRakyat@yahoogroups.com>; RG09 group <respeks_group@yahoogroups.com>; SahabatTazkirah <SahabatTazkirah@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, September 16, 2012 7:59 AM
Subject: RG2011... REALITI UMAT ISLAM - BERDEMO HEBAT SOLAT SUBUH BERJEMAAH HANCUR.

 


===================================
Salaam & Regards
Amri el Wahab
My Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com/
=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.



No comments:

Post a Comment