Wednesday, September 5, 2012

RG2011... Buatlah Kerana Ibadah

 


 
Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Hati manusia itu sememangnya rapuh, malah akan lebih rapuh sekiranya dinding amalannya tidak seteguh karang di lautan. Lebih parah sekiranya ilmu di dada kosong maka agak mudah sekali si syaitan mampir dalam hati gelap + hitam.
Total secara alami menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri mahupun suami pasti akan ada kekhilafan dari dalam diri. Lebih membenamkan diri bila kedua-duanya sibuk dengan urusan kerja masing-masing apabila si suami leka dengan remote control televisyen. Manakala isteri letih terus meleju ke dapur bikin masakan yang enak buat makan malam barangkali.
Manusia yang lemah hatinya akan mudah terjerat dengan bisikan syaitan apabila amukan marah sering di bentak apa perkara yang dilakukan tidak puas hati akan menjadi isu dalam sesebuah rumahtangga. Akan ada pertikaian, perselisihan faham dan mulai rasa tidak puas hati terhadap pasangan antara satu sama lain.
Teringat akan pesan Mak. Baki nasihatnya berbaur begini "Bukankah sesuatu kerja rumah itu satu ibadah, mengapa harus ikut emosi yang celaru. Ingat setiap perkara yang kita lakukan walaupun membasuh cawan, menggosok pakaian, menjaga makan minum suami atau isteri, senyum, menyapu sampah sekalipun itu merupakan kerja yang menuntut satu ibadah malahan pahala begitu banyak jika di titipkan dalam sebuah buku. Jika setahun berapakah jumlah muka surat dan pahala yang berjaya kita laksanakan itu?"
Lakukanlah tugas kalian sebagai isteri mahupun suami kerana semua kerja itu di anggap ibadah bukan sahaja kerna tanggungjwab tapi ia menuntut sebuah kesabaran dan ketaqwaan dalam membina sebuah mahligai yang bahagia.
 
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment