Monday, September 3, 2012

RG2011... Fw: Adik Ibrahim Ali Disaman RM1juta

 

 

Adik Ibrahim Ali Disaman RM1juta Kerana Memfitnah AKSB

Kota Bharu: Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Che Ali (gambar) kini berdepan tuntutan saman berjumlah RM1 juta ekoran mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Kenyataan itu disiarkan The New Straits Times (NST) pada 29 Mei bertajuk "Kelantan Misused RM600m in Loans" dianggap tidak benar, memfitnah kerana menuduh plaintif menyalahguna sebahagian dana RM600 juta membiayai perjalanan di luar negara oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Azmi dalam kenyataan itu mendakwa mereka yang turut serta dalam perjalanan tersebut termasuk anggota Exco dan beberapa pegawai kerajaan negeri serta wakil AKSB.

AKSB dalam tuntutannya menyebut Azmi bersama empat lagi defendan bertanggungjawab menyebabkan tersiarnya artikel tersebut, di mana secara jelas menyebut berita tidak benar dan tidak berasas dikaitkan dengan plaintif.

Turut dinamakan sebagai defendan iaitu MTRK; Pengarang Urusan Kumpulan NST, Abdul Jalil Hamid; Penyunting Kumpulan NST, Syed Nadzri Syed Harun dan New Straits Times (M) Bhd.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, kes terbabit ditetapkan untuk pengurusan kes sebelum bicara pada 19 September ini. Defendan belum lagi melantik peguam.

Hisham berkata, tulisan yang disiarkan akhbar tersebut secara jelas bermaksud bahawa plaintif terlibat dengan korupsi sehingga gagal dalam tanggungjawab menggunakan wang pinjaman tersebut.

Sebelum ini plaintif melalui peguamcara mengemukakan notis tuntutan kepada defendan-defendan menuntut supaya menarik balik artikel tersebut, memohon maaf secara terbuka kepada plaintif dan membayar gantirugi.

Namun defendan-defendan enggan berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi.

Selain itu plaintif juga menuntut defendan menyiarkan permohonan maaf tersebut sebagai berita utama di muka surat hadapan dalam NST, mengiklan permohonan maaf tersebut dalam akhbar Utusan Malaysia atau Berita Harian.

AKSB juga menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi melampau, ganti rugi punitif. -HD

 

comments:

 

Anonymous said...

sejuta je?? ciss.. puak2 bangsat ni kena saman 20juta baru dia serik.. alang-alang nak saman kasi terduduk terus.

benci betul aku dgn kaki fitnah ni.

Anonymous said...

patut 100juta..sbgai pengajaran..

ahmadyani said...

Perangai 2 beradik ni sama sahaja.

Anonymous said...

Sorang katak pisang sorang lg katak puru

Anonymous said...

kesian ibu melahirkan keduanya..

mengharapkan anak menjadi insan berguna...alahai..

Anonymous said...

haaaaa... terus terusan aku tergelak besaq bila mmbaca 'katak pisang & katak puru'.

Anonymous said...

"Saman RM1 billion pun takpo gu..bkn duit 'ambo' pun wak bayar" ..

wau78 said...

Aku luicu betol tengok muka adik Brahim nie. Nampak pun tau bukan berapa cerdik sangat. Daripada cara dia bercakap pun kita dah boleh agak dah yang dia ni bodoh bodoh sikit tetapi dah dia yang mahu bercakap, berani celupar, tu yang dia diberi kepercayaan.... he he lawak laa.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment