Wednesday, September 19, 2012

RG2011... Fw: Ambil Tindakan Undang2 Andai Berdegil !

 

Isu Langat 2: Kerajaan Selangor 'Terpaksa' Ambil Tindakan Undang-Undang Andai Pusat Berdegil !

pahangdaily.blogspot

PETALING JAYA, 17 Sept - Kerajaan Negeri Selangor tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya Kerajaan Pusat bertegas meneruskan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2). Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar (foto) berkata hanya peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara boleh digunakan sebagai langkah akhir bagi menghalang Kerajaan Persekutuan meneruskan projek tersebut termasuk untuk tidak memberikan Perintah Pembangunan (DO). "Kerajaan negeri memang tidak akan berikan DO bagi projek ini. Kita harap Kerajaan Persekutuan bertindak mengikut Perlembagaan kerana isu tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. "Kita akan ambil tindakan mahkamah sekiranya mereka (Kerajaan Persekutuan) meneruskan tanpa kebenaran...hanya undang-undang boleh menghalang kalau terus berdegil," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pengulangan pendirian tegas Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek Langat 2 walaupun ditentang hebat kerajaan negeri. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata keputusan untuk tidak berganjak daripada meneruskan projek itu bukan sekadar tekad tetapi azam Kerajaan Pusat demi kebaikan rakyat di Selangor dan Lembah Klang. Sebelum ini Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan, projek Langat 2 masih boleh dilaksanakan meskipun Kerajaan Selangor berkeras tidak membenarkan pembinaannya dan enggan memberikan kelulusan DO.

[Amat menghairankan apabila Kerajaan Pusat beriya-iya benar mahu mengadakan projek tersebut sedangkan ia tidak disokong oleh Kerajaan Negeri Selangor yang lebih bertanggungjawab tentang tanah di negeri terbabit. Soalnya, kenapa mereka begitu teruja untuk membinanya? Apakah kerana mahu wang untuk menampung Pilihanraya Umum Ke-13 nanti atau sebaliknya. Kenapakah pusat tidak boleh mengikut peraturan dan perlembagaan yang telah ditetapkan?. Inilah yang memusykilkan sebahagian besar rakyat Malaysia sebenarnya. Bukankah telah termaktub dalam Kanun Tanah Negara bahawasanya hal ehlwa tanah adalah tertakluk kepada kerajaan negeri. Makanya, tindakan cuba melanggar dan memperlehkan undang-undang akan menyebabkan rakyat semakin benci kepada UMNO BN sebenarnya. Oleh itu, berhati-hatilah dan hormatilah undang-undang negara jika mahu rakyat hormati kerajaan yang terbabit].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment