Friday, September 21, 2012

RG2011... isu persenda Rasulullah

 

wa tengah tengok DVD "Leftwings".. kisah perjalanan rock band.. menarik gak filem ni.. tp direct kurengggg..
 
wa bukan nk story pasal filem tu tapi wa nk tarik perhatian kengkawan berkenaan isu kapir laknat persendakan Rasulullah melalui filem "Innocence of Islam".. habis semua umat Islam diseluruh dunia angin satu badan! memang kita patut angin pun!! takkan kita nk berdiam diri apabila Rasulullah yg kita cintai dipersenda!! Jihad beb!!
 
hingga timbul lak suara sumbang pemimpin DAP persoalkan kenapa umat Islam bazir tenaga marah-marah??
Bangang!! tapi.. dia memang kapir pun.. apa yg nk dipelikkan!! dan dia dh mintak maap secara terbuka..
 
tapi yg peliknya.. ada lak pemimpin kita yg beragama Islam persendakan Rasulullah suatu ketika dulu.. tp hingga la nie blom lg mintak maap.. malah masih ada yg menyanjungnya..
apa beza pemimpin tu dgn kapir laknat yg buat filem tu??
dua-dua hina Rasulullah!!
Sewaktu isu syahid sedang hebat diperbahaskan ekoran kes di Memali, Kedah, 15 tahun lalu, pemimpin negara tu turut mempertikaikan hukum syahid dlm Islam. Dia malah mengatakan, Saidina Hamzah yg gugur di Uhud tidak dimandikan sbb xde air (bukan krn syahid), krn terkorban di tgh2 padang pasir. Sedangkan Rasulullah S.A.W. telah bersabda, penghulu bg org yg mati syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dan (hingga akhirnya). Apakah pemimpin itu yg benar atau sabda Rasulullah S.A.W. yg kita hendak pakai?
Tidak cukup setakat itu, hinggakan sunnah Baginda menyimpan janggut juga turut dipersoalkan. (Pemimpin tu, dlm Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 pernah cakap; "siapa tahu janggut nabi macamana? Siapa pernah tengok? Ada gambar ke? Kita tidak tahu. Ada pula kata janggut mesti sampai ke pusat. Apakah kita hendak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut ikut sunnah nabi? Kita tak tau! Kita taulah dia ada janggut tapi tak tau janggut dia macamana. Zaman itu nak cukur mudah? Bukan ada gillette. Zaman nabi ada gillette? Tak ada! Pisau cukur pun tak ada masa tu."
Kita bimbang, sekiranya logik itu yg diterimapakai, maka akan tiba suatu ketika seluruh ajaran Islam akan diabaikan terus. Tak mustahil 10 thn akn dtg, akan ada pula org yg mempersoalkan hadith Nabi S.A.W., 'sembahyanglah sebagaimana kamu melihat aku sembahyang'. Kalau mengikut logik di atas, akan ada pula persoalan baru berbunyi, "siapa tahu nabi sembahyang macamana? Siapa pernah tengok? Ada gambar ke? Kita tidak tahu." Maka konklusinya, kita tidak payah sembahyang! Logik bukan? Jika itu yang berlaku, maka antara manusia paling gembira ialah Abu Lahab. Kerana, walau pun dia telah lama ditelan bumi, namun legacy nya tetap diteruskan oleh umat manusia hingga akhir zaman. Kita mohon dijauhkan Allah daripada takdir seumpama itu, lebih-lebih lagi di saat kita masih mengingati Maulidur Rasul S.A.W.
kata Tan Sri Harussani Haji Zakaria haram hukumnya bagi umat Islam yang mengundi atau menyokong wakil rakyat yang menghina nabi Muhammad SAW dan agama Islam dalam pilihanraya... ha.. ha.. ha..
tepuk dada tanya iman... apa peranan kita sbg umat Islam dlm menegakkan syiar Islam??
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment