Wednesday, September 19, 2012

RG2011... Kisah professor dengan si pengayuh sampan

 

 
Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: "Kau pandai menulis dan membaca?"
 
"Tidak. Saya  buta huruf." Jawab si pengayuh sampan.
"Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."
 
http://pds.exblog.jp/pds/1/200910/03/45/a0104045_22235318.jpg
 
Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: "Kamu ada membuat simpanan wang di bank?"
 
"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit."
 
"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."
 
Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.
 
Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: "Tuan, apakah tuan pandai berenang?"
 
"Err…errr, saya tidak tahu laaa." Jawab professor dalam keadaan panik.
 
"Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"
.
Apa pengajaran dari cerita ini ?:

Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment