Thursday, September 20, 2012

RG2011... RE: ENAKMEN HUKUM HUDUD NEGERI KELANTAN

 

PERKARA 11 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MENYEBUT:
 
Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—

  • menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
  • menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
  • memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang undang.
 
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang undangan yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.
 
 
Jelaslah bahawa kebebasan agama tercatat dalam perlembagaan persekutuan, tidak ada sekatan atau sebarang halangan untuk melaksanakan sebarang jenis upacara keagamaan di Malaysia. Malah pembinaan kuil atau tempat beribadat adalah dibenarkan. Jadi rakyat Malaysia yang berbilang agama terlindung di bawah perlembagaan yang ini. 
 

Bererti Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan ini memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud.

 

Di atas faktor ini lah maka Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan.

Siapakah yang terlibat didalam penggubalannya? Anda mengenali mereka?

1. Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim
2. Dato Paduka Seri Setia Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman.
(Dua nama besar dalam perundangan Islam pada ketika itu)
3. Tun Salleh Abbas
4. Dr Abdullah Abu Bakar
5. Dato' Hasbullah Mohd Hassan
6. Haji Wan Mutalib Embong
7. Dato' Harun Taib
8. Dato' Daud Muhamad
9. Dato' Abdul Halim Abdul Rahman
 

Jumaat, 07 Okt 2011 08:08

HARAKAH DAILY KOTA BHARU, 7 Okt: Wacana Perlaksanaan Hudud di Negeri Kelantan semalam antara lain merumuskan bahawa Kelantan berhak dan boleh melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) 1993.

Malah, menurut Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad salah seorang panel wacana itu berkata, undang-undang itu perlu dilaksana segera kerana sudah 20 tahun diluluskan tanpa perlaksanaan.

Tambah beliau lagi, bagi mencapai hasrat itu Kelantan perlu segera mewujudkan dua mahkamah iaitu Mahkamah Syariah Khas tiga hakim dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas lima hakim.

"Bagi perlaksanaan hukum ini, pihak kami sudah bersedia dan hanya menunggu keputusan kerajaan Kelantan sahaja dan ia bukannya mudah untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah kerana pesalah atau yang dituduh perlu melalui beberapa proses seperti saksi yang cukup dan sebagainya," katanya di dewan Teratai Kompleks Darulnaim, di sini.

Selain beliau, wacana tersebut turut menampilkan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohammad Daud Iraqi dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abd Aziz Bari.

Tambah beliau lagi, Akta Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1985) juga tidak wajar dijadikan halangan untuk melaksanakan hudud di negeri itu.

Mengulas dakwaan perlaksanaan hudud bertentangan dengan perlembagaan, Daud pula berkata, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud.

Malah, ujarnya sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai.

"Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana," katanya.

 

 



To: respeks_group@yahoogroups.com
From: yusri762002@yahoo.com
Date: Tue, 18 Sep 2012 05:49:17 -0700
Subject: 답장: RG2011... ENAKMEN HUKUM HUDUD NEGERI KELANTAN

 

amri. lu ada jawab tak yang gua tanya tentang perkara 11 perlembagaan persekutuan tu?/ kalau dah jawab aku nak cari email tu. 


nak tengok sapa yang munafik.


--- 12/9/14 (금)에 amri el wahab <amriwahab@gmail.com>님이 쓰신 메시지:


보낸 사람: amri el wahab <amriwahab@gmail.com>
제목: RG2011... ENAKMEN HUKUM HUDUD NEGERI KELANTAN
받는 사람: "Al Falaah Group" <al-falaah@yahoogroups.com>, "Hidayah Net" <hidayahnet@yahoogroups.com>, "Ingatan Group" <ingatan@yahoogroups.com>, "PenawarKu" <Penawarku@yahoogroups.com>, "Perisik Rakyat" <PerisikRakyat@yahoogroups.com>, "RG09 group" <respeks_group@yahoogroups.com>, "SahabatTazkirah" <SahabatTazkirah@yahoogroups.com>
날짜: 2012년 9월 14일 (금요일) 오전 7:04

 
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan.
Siapakah yang terlibat didalam penggubalannya? Anda mengenali mereka?

1. Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim 
2. Dato Paduka Seri Setia Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman. 
(Dua nama besar dalam perundangan Islam pada ketika itu)
3. Tun Salleh Abbas
4. Dr Abdullah Abu Bakar
5. Dato' Hasbullah Mohd Hassan
6. Haji Wan Mutalib Embong
7. Dato' Harun Taib 
8. Dato' Daud Muhamad
9. Dato' Abdul Halim Abdul Rahman



(Kiriman : Naim Qlate)



===================================
Salaam & Regards
Amri el Wahab
My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com
My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com
=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment