Saturday, September 22, 2012

RG2011... Re: Penghinaan Ditanggapi Dengan Membagi Al Quran dan Biografi Nabi + Ceramah Agama

 


Salam

Rasul SAW MELARANG Abu Bakar ra membalas cercaan.. kerana membalas cercaan HANYA menimbulkan bencana..

Secara rasionalnya.. Apakah Rasul SAW mahu ummatnya membalas cercaan terhadap dirinya SAW???

Nabi SAW tetap mulia disisi Allah SWT... Walaupun sekelian manusia membencinya... Kerana dia adalah kekasih Allah SWT..

Begitulah juga, Islam tetap mulia disisi Allah SWT... Walaupun sekelian manusia meminggirkannya... Kerana dia adalah agama yang diredhai Allah SWT..

Dari Jabir bin Sulaim ra :
Rasulullah SAW bersabda :
Janganlah engkau mencaci maki seseorang, dan janganlah engkau meremehkan yang makruf sedikitpun sekalipun hanya pembicaraan dari saudaramu yang disertai muka manis dan ceria. Dan angkatlah kakimu hingga setengah betis, dan tidak boleh bagimu menghulurkan ( melampai mata kaki ), kerana ia menunjukkan kesombongan. Jika ada orang mencela atau mencacimu, dengan cacat cela yang engkau miliki, janganlah engkau membalas dengan mencaci memaki melalui cacat cela nya yang engkau ketahui, sesungguhnya perkara itu menimbulkan bencana.


Dikeluarkan oleh Ahmad dan At-Tabarani daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki telah mencerca Abu Bakar r.a.
 
Ketika itu, Rasulullah SAW juga sedang duduk di sana.
 
Baginda SAW tersenyum dan kehairanan melihatkan keadaan lelaki tersebut.
 
Apabila lelaki itu mula bersikap kurang ajar terhadap dirinya, Abu Bakar r.a. pun membalas beberapa kata lelaki tersebut.
 
Dengan yang demikian, Rasulullah SAW menjadi amat marah lalu bangun dan diekori oleh Abu Bakar r.a..
 
Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW:
 
Lelaki itu bersikap kurang ajar terhadap diriku, oleh kerana itu aku membalasnya. Apabila aku mula membalasnya, kamu meninggalkan kami di tempat itu.
 
Rasulullah SAW bersabda:
 
Apabila kamu tidak membalas kata-katanya, terdapat malaikat yang membalasnya untuk kamu.
 
Walau bagaimanapun apabila kami mula membalas kata-kata kesatnya itu syaitan mula mengambil tempat dan duduk di antara kamu.
 
Oleh yang demikian, aku tidak mahu duduk bersama-sama dengan syaitan.
 
Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi:
 
Ya Abu Bakar ! Terdapat tiga perkara yang benar iaitu:
 
1) Apabila seorang hamba itu dizalimi dengan satu kezaliman, maka dia meninggalkan tempat itu semata-mata kerana Allah, Allah akan menguatkan dan membantunya.
 
2) Apabila seseorang itu membuka pintu kedermawannannya dan memberi hadiah, maka Allah akan menambahkan kekayaannya.
 
3) Apabila seseorang itu mula meminta-minta untuk menambahkan kekayaannya, maka Allah akan mengurangkan kekayaannya

Amat menghairankan,

Ada manusia sanggup mengembeling umat Islam memprotes cercaan terhadap Nabi SAW..

Sedangkan mereka sendiri ingkar terhadap seruan dan ketetapan Nabi SAW..

Malah mereka menghalang manusia dari melaksanakan undang-undang yang ditetapkan Allah SWT dan RasulNYA SAW..

Pengacara - Sekiranya anda menjadi ketua pemuda UMNO, apakah anda akan memperjuangkan perlaksanaan hukum hudud??

Khairi Jamaluddin - Secara jelas, Kita akan teruskan apa yang ada.. Itu adalah dasar Barisan Nasional...

http://www.youtube.com/watch?v=Ra_kBT3eV5U
WAllahua3lam



From:
Yuniarko Sukendro <sukendroyuniarko@yahoo.com>
Subject: Penghinaan Ditanggapi Dengan Membagi Al Quran dan Biografi Nabi

Dari: Ali Budiman <alibudiman@yahoo.co.id>
Judul: [MasjidRayaBintaroJaya] Penghinaan Ditanggapi Dengan Membagi Al Quran dan Biografi Nabi

 
Sebuah foto menarik......

Penghinaan terhadap Nabi Muhammad Shalallahualaihasalam melalui film yang dibuat oleh kaum kuffar, sejatinya bisa kita jadikan peluang, bukan malah membuat orang lari.

Menanggapi penghinaan terhadap Nabi Muhammad Shalallahualaihasalam yang marak akhir-akhir ini, kaum muslimin di London membagi-bagikan 110.000 Alquran terjemah dalam bahasa Inggris dan buku sirah/biografi Nabi Muhammad kepada masyarakat kota London.

Kreatif dan simpatik tentu saja....

sumber foto: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3798062674292&set=at.1247182503882.2035944.1359012657.1393764260&type=1&relevant_count=1&ref=nf

Regards,

Ali Budiman
KreatifMarketer.com
Jasa Pembuatan Website Bintaro BSD Serpong








__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment