Monday, September 17, 2012

RG2011... Respons RG: Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan (PENUTUP)

 

From: Syahrulazam Sainan Syahrulazam@jkr.gov.my
Betul kata Salina Rosli [pakisbiru@yahoo.com], tak payah sibuk hal org lain ... cuba cek diri sendiri ... SOLAT ADALAH PERKARA UTAMA UTK DIHITUNG ALLAH DI AKHIRAT KELAK ... meh sentuh bab solat ... yg tukang complain byk2 nih ader buat solat 5 waktu berjemaah di surau/masjid? kalau takat jumpa kat surau/masjid bila bulan ramadhan, khamis malam jumaat dan masa solat jumaat je ... perbetulkanlah diri tuh ... teguhkan dulu ibadah ... perbanyakkan ilmu akhirat dulu ... ilmu akhirat fardhu ain/wajib ... xde ilmu akhirat ... senyap (termasuk aku yg bodoh ilmu akhirat ni) ... marilah kita semua solat berjemaah bg setiap waktu di surau atau masjid ... istiqamah ... jgn byk ckp atau tulih tp TAK BUAT IBADAH ... tp kurang bercakap atau tulih tp BYK BUAT IBADAH ... malulah sket ngan ahlul ibadah ... para abid ... para ulama ... wallahhuaklam
 
From: shreddervirtuoso shreddervirtuoso@gmail.com
kalau cina dan hindu pun nak semayang macam tu plak camne? ikut suka dorang nak semayang mana2 pun. ko nak marah? mana boleh marahkan nanti dia cakap org Islam pun boleh semayang kat mana2 saja tempat laluan awam
Wahai puan mida yang bekerja di CIMB dan tinggal di shah alam. Tukang ambil gambar tu tak bodoh. adakah anda tahu yg tu dah jemaah yg keberapa? adakah anda tahu org ambil gambar ni sudah berjemaah ke belum? Kalau orang agama lain sembahyang sesuka hati di kawasan anda, adakah anda rasa terganggu?
Tak malukah nak tunjuk orang Islam tu tak berdisiplin? Masjid berlambak tapi masih nak show off depan orang ramai. Apakata anda ajak orang2 kawasan anda solat berjemaah di luar dari masjid yg tersedia ada ditempat anda. cubalah..
From: maharaja kayyo maharaja_kaiyo@yahoo.com.my
Saya menyokong pendapat En. Suhaili Sahari kerana jawapannya lebih berhemah dari yang lain. Saya juga setuju jika adanya sesuatu program itu dilansungkan, maka solat juga tempat program berlansung. Walaubagaimanapun saya tidak menyokong keputusan memilih bersolat di laluan orang. Sebagai perancang program, seharusnya merancang dengan lebih teliti. Mengambilkira segala faktor atau cadangan. Jika terdapat ruang yang luas di tingkat 2, seharusnya memilih tempat bersolat ditingkat 2. Ianya juga mengenai sikap kewajaran perlakuan kita sebagai manusia serta cerminan diri sebagaimana kita sendiri.
Saya juga tidak menafikan yang solat berjemaah itu syiar Islam dan ianya sangat dituntut. Namun kita juga telah disediakan kemudahan untuk menegakkan syiar islam dan kemudahan tersebut bukanlah sembunyi2 atau tersorok2.
 
salam...
sembahyang kan lebih baik daripda tak sembahyang..
sembahyang yang baik adalah sembahyang di awal waktu..
sembahyang awal waktu yang baik adalah sembahyang awal waktu berjemaah..
sembahyang awal waktu jemaah yang baik..adalah sembahyang awal waktu jemaah yang
ramai...
 
From: Nur Afifah Bte Abd Karim Abd Karim ismi_afifah@yahoo.com.my
agak2 korg kalo org pas ni nk wat pgrm n nak solat beramai2 smni kat masjid@surau, diorg akan dibenarkan ke??haha
apa2 pun kita sangka baik la...org solat bukan wat maksiat...selemah2 iman ialah benci dlm hati bila lihat maksiat/kemungkaran...ni nak sakit hati apa??org solat... dia hanya akan dianggap xbaik/xbetul bila hati kita x cuba utk bersangka baik...huhu...tepuk dada tnye iman...=)
 
Ni citer sebab pas diri solat kat situ.kalu umno bt semua diam.aku org Putrajaya aku tahu la.org pas nak g surau n masjid area situ x bole.sebab semua umno x bg.kalu x caya datang la.semua kawasan Putrajaya di haramkan untuk pas.semua kerajaan punya.org pas pun rakyat Malaysia.Cakap satu Malaysia .nak guna surau untuk solat pun xbole.ape pun tak bole.
 
From: xstream pejal71@gmail.com
Syurkurlah Islam tidak meletakkan solat hanya ditempat ibadat seperti mana agama2 lain. Solat sekejap ajer..tidak akan ganggu jalan..anda berjalan dgn kaki bukan dgn tayar..anda boleh ikut laluan lain..solat tuh 10 minit tak lebih..lepas tuh habis..tiada dosa nak pilih tempat solat..masuk waktu ajer solat.. komen2 yang terlalu banyak diutarakan oleh satu pihak dirasakan tidak berasaskan hukum dan syarat sah solat tetapi lebih kepada parti PAS itu sendiri.. kesian mereka tidak boleh meneutralkan nasihat dalam solat sebagai Muslim dan solat sebagai ahli PAS..saya selalu juga jumpa dimana2 tidak ada bendera PAS pun..org biasa yang ramai2 solat tepi jalan..kita yang lalu merasa malu sebab lambat menunaikan solat dengan pelbagai alasan..hmmm cukuplah..ada program dan mungkin ada pelbagai barang disitu dan lebih selamat solat disitu..tidaklah ia mengganggu jalan pun..ia bukan duri dan halangan bahaya dijalanan yang kita kena kutip dan buang..org tuh solat dan lepas solat..habislah bergerak ke tempat lain..habis..sedangkan kayu , duri , lubang ditgh jalan hanya boleh dibuang oleh mereka yang lalu lalang atau bila sampai sipenurap jalan..dan ia akan duduk disitu menghalang jalan dan membahayakan org ramai sampai ada yang berbuat sesuatu..halang pegun, duri tak ada nyawa dan tak akan bergerak..maka mengalihkannya akan mendapat pahala yang besar..kalau org tgh solat dan semasa ditengah2 rakaat kita menjerit suruh berhenti solat dan arahkan solat disurau atau dimasjid adakah berpahala? solatlah dimana2 sebab kematian menjemput pun dimana2..anda dah solat?
 
From: rio hirowati riorhs@yahoo.com
BERAMAL TANPA ILMU SESAT. BERILMU SAJA DEGIL. KITA PERLU BIJAK DAN ADIL, IAITU BERAKAL UNTUK BUAT SESUATU PERKARA SESUAI PADA TEMPAT YANG SESUAI





 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment