Saturday, September 15, 2012

RG2011... SKMM Minta Google Buang Klip Video Anti-Islam

 


PETALING JAYA: Pelopor enjin carian internet - Google menerima aduan rasmi dari Malaysia yang meminta membuang klip filem kontroversi anti-Islam Innocence of Muslimsdaripada laman YouTube.

Ketua Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof berkata, mereka menerima aduan dan permintaan rasmi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan mengesahkan kedua-dua pihak sudah mengadakan perbincangan untuk tindakan selanjutnya.

"Google berpegang teguh kepada undang-undang di setiap negara. Jadi (kita) akan bertindak berdasarkan aduan rasmi daripada badan kawal selia," katanya.

Zeffri bagaimanapun berkata badan kawal selia berkenaan perlu menyatakan butiran undang-undang atau peraturan kecil sedia ada yang dilanggari apabila membuat aduan.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi mengesahkan bahawa suruhanjaya itu telah membuat aduan rasmi kepada Google.

"Kami telah berbincang dengan Google dan meminta mereka untuk membuang klip berkenaan," katanya.

Sedutan filem, Innocence of Muslims arahan Sam Bacile, yang disiarkan di YouTube mencetuskan kontroversi apabila menggambarkan Nabi Muhammad tidur dengan ramai wanita, pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama.

Filem tersebut turut dilaporkan akan digunakan oleh ekstremis anti Islam, Terry Jones yang pemah mencetuskan kontroversi cuba membakar Al-Quran untuk kempen membenci Islam di Amerika Syarikat.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment