Thursday, December 20, 2012

Re: RG2011... Betul ke belia malaysia sokong kerajaan BN??

 

sbb nak jaga kroni , bila dah inport lebeh , so kena salurkan lah kat mana2 yg patut . hehehe


From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, December 19, 2012 7:03 PM
Subject: Re: RG2011... Betul ke belia malaysia sokong kerajaan BN??

 
HAHAHAHA.... patutlah bila turun jer kat airport LCCT punya banyak belia bangla dan myanmar yg kerja kat situ...seingat aku kerajaan hanya bagi permit kerja kepada warga asing dalam sektor pembinaan dan ladang sawit jer...macam mana boleh lepas jadi jaga dan jadi tukang bersih kat LCCT?

--- On Wed, 19/12/12, sue sweet7 <suesweet7@gmail.com> wrote:

From: sue sweet7 <suesweet7@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Betul ke belia malaysia sokong kerajaan BN??
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: "Kelakar" <Kelakar@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, 19 December, 2012, 1:01 PM

 
ada byk belia sokong BN tapi belia bangla, indon, myanmar, vietnam dan sewaktu dengannya...

2012/12/17 Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
 

Betul ke Belia Malaysia sokong kerajaan BN?

Majoriti belia berumur antara 17 hingga 35 tahun di negara ini menyatakan rasa puas hati dan berikrar menyokong hala tuju yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Perkara itu didedahkan The Asia Foundation menerusi kaji selidik terbaharu mereka ke atas 2,012 belia seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak untuk tempoh April hingga Jun lalu.

Wakil negara The Asia Foundation, Anthea Mulakala berkata, kajian yang bertujuan mengetahui pandangan belia terhadap negara itu mendapati, sebanyak 48 peratus daripada mereka meletakkan kepercayaan Malaysia sedang bergerak ke arah yang betul manakala 88 peratus belia dari Sarawak pula lebih optimis terhadap hala tuju negara.

"Faktor ekonomi yang stabil, aman dan harmoni, kemajuan teknologi, peluang pekerjaan dan kaedah menangani jenayah yang lebih baik adalah punca utama sejumlah 58 peratus belia bersetuju kerajaan hari ini adalah yang terbaik.

"Bagaimanapun terdapat belia beranggapan, jika faktor jenayah dan penderaan, tekanan disebabkan pekara-pekara tertentu dalam kalangan rakyat, sukar mendapat pekerjaan dan sistem pilihanraya yang tidak seimbang terus dipandang remeh, maka sokongan terhadap kerajaan BN boleh menjadi sebaliknya," katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Anthea berkata, kajian sama turut dilakukan ke atas peratusan daftar pemilih dalam kalangan belia yang mendapati golongan berumur antara 21 hingga 22 tahun merupakan kumpulan paling sedikit mendaftar sebagai pengundi.

Namun katanya, lebih menarik sebanyak 73 peratus daripada belia yang terpilih iaitu bermula umur 25 tahun ke atas memperlihatkan peningkatan menjadi pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

Jelas beliau, belia di Utara mencatat jumlah tertinggi penambahan penggundi baharu iaitu sebanyak 60 peratus manakala belia Wilayah Persekutuan dan Timur mencatat jumlah terendah iaitu masing-masing sebanyak 49 dan 44 peratus.

Beliau berkata, menurut hasil kaji selidik itu faktor tertinggi menyebabkan masih ramai golongan belia tidak daftar mengundi kerana tidak mempunyai masa dan benci kepada politik.

"Selain itu, faktor tidak pasti terhadap proses mendaftar dan tidak tahu dimana untuk mendaftar merupakan alasan kedua tertinggi golongan belia gagal menjadi pengundi," katanya.



--
Sila berkunjung ke...
http://serianggunkiosk.blogspot.com// pelbagai produk penjagaan diri


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (6)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment