Tuesday, December 4, 2012

RE: RG2011... Doa hancur Umno demi selamatkan agama dan negara

 

Alasan-alasan yg dikemukakan agak lemah, dekat dunia hampir semua negara2 maju dan sesetengah negara membangun mengenakan cukai barangan kepada rakyatnya. Canada pun kena 15% cukai barangan tetapi ada pelepasan untuk barangan tertentu. Tapi rasanya Malaysia masih belum laksanakan GST lagi, tu pun dah kata kerajaan zalim. Tunggulah bila dah dilaksanakan dulu.
          Keuntungan untuk kroni? mungkinlah..kroni2 yg ada mungkin sesetengah ahli2 UMNO, MCA, MIC dan sesetengah ahli2 yg terdapat didalam BN dan sesiapa yg kenal akan mereka. Kalau pakatan pembangkang memerintah pun sama juga. Contohnya di Selangor dan P.Pinang kebanyakan projek2 dan kerja2 anak syarikat kerajaan negeri dimonopoli syarikat2 yg kepentingan ada dipegang oleh sesetengah ahli pembangkang atau mereka yg mengenali mereka. Hendak cakap tender terbuka ker or ape2 pun takde benda pun yg berubah mungkin cuma frontman shj yg berubah. Akhir sekali, cuma mereka yg kenal orang yang berkuasa shj yg akan dipilih dan orang yg berkuasa akan mengggunakan cara sebegini untuk mendapatkan dana bagi mengekalkan kuasa mereka.
          Menyerahkan beban hutang kroni kepada rakyat..haha kasilah peluang kepada untung2 kroni yg berjaya dicukaikan untuk rakyat. Ada kroni BN yg gagal dan ada yg berjaya. Yg telah berjaya, sudah tentu cukai akan dikenakan dan akhirnya kembali kepada rakyat juga. Cuma peluang itu tak semua yg dapat. MAYBANK, CIMB, PETRONAS, GENTING, KENCHANA, MMHE, MAXIS, CELCOM, ASTRO  antara syarikat2 yg kroni2 BN mulakan dan ada didalamnya. Agak besar juga cukai yg dikenakan kepada mereka, ada yg sampai berbilion. Cubalah adil dalam menilai sesuatu.
          Royalti Kelantan ini, patutnya tidak selalu dihebohkan kerana ia mewujudkan perasaan agak tidak selesa kepada rakyat dalam negeri2 yg tiada hasil petroleum. Agak cemburu juga tengok negeri2 yg kaya ni boleh tubuhkan Yayasan sendiri dan boleh beri banyak bantuan dan biasiswa kepada anak negeri mereka, anak negeri yg dapat UPSR 5A pun boleh kasi wang saguhati, belum PMRnya, SPMnya. Tapi kalaupun hendak kata kerajaan zalim pasal isu nipun, ianya hanyalah terhadap rakyat kelantan shj, itu pun ada sebahagian yg menerimanya melalui saluran wang ehsan. Tapi agak kurang bijak hendak salahkan seratus peratus kekurangan pembangunan dan kemudahan di Kelantan disebabkan kerajaan negeri tidak dapat wang royalti atau kerajaan pusat tidak memberikan dana yg mencukupi. Negeri2 yg tiada hasil minyak pun boleh membangun tanpa royalti dan ada negeri terpaksa berhutang kerana wang diperuntukan oleh kerajaan pusat tidak mencukupi.
          Namun begitu, jika kita hendak bandingkan Malaysia dengan negara dunia lain yg setaraf, Malaysia boleh dikira antara yg terbaik. Kalau tak mana ada negara yg hendak belajar dengan kita. Hendak bandingkan dengan negara Indonesia, Filipina, or Thailand, Malaysia jauh lagi baiklah. Dekat Asean pun, Singapura yg dikatakan negara yg terbaik, kebanyakan rakyatnya terpaksa pergi ke Johor Bahru untuk beli brg2 keperluan harian mereka kerana taraf kehidupan di Singapura agak tinggi. Kalau hendak compare Arab Saudi, Mesir, Syria, UAE boleh cubalah nilai. Kalau hendak banding dengan UK, US, France & Jerman pula agak tidak adillah. Tapi yg paling bagus dekat Malaysia ni adalah berkaitan kemudahan kesihatannya. Tidak banyak negara didalam dunia yg dapat mengekalkan kos perubatan semurah Malaysia terutamanya dengan hanya kos RM1 untuk sekali rawatan pesakit luar dan itu termasuk ubat sekali dan harga itu tidak berubah hampir 20tahun. Tahukah bahawa kos perubatan naik 5-10% setiapa tahun.
         Saya setuju terdapat beberapa kelemahan kerajaan BN tetapi hendak kata zalim belum sampai tahap lagi. Kerajaan masih boleh memperbaiki kelemahan dan pemimpin masih boleh mendengar pendapat rakyat walaupun tidak keseluruhannya. Jangan terlampau taksub dengan kepartian sehingga buta tentang kenikmatan yg sedang dinikmati.

To: respeks_group@yahoogroups.com
From: lah68_ripen@yahoo.com.sg
Date: Sat, 1 Dec 2012 19:57:39 +0800
Subject: Re: RG2011... Doa hancur Umno demi selamatkan agama dan negara

sudah banyak isu yg didebat, diperkatakan dan dibincang berkaitan kezaliman UMNO terhadap rakyat...malangnya masih ada yg tidak mengetahuinya..mungkin pada sesetengah orang kezaliman itu merujuk kepada tindakan seperti tindakan kejam rejim isreal kepada rakyat palestine? Salah satu k3zaliamn UMNO ialah penindasan cukai barangan, mengaut keuntungan untuk kroni dan menyerahkan beban hutang kroni kepada rakyat. Buatler homework insyaAllah kamu akan dapat jawapannya jika kamu benar2 ikhlas untuk mencari kebenaran.

--- On Fri, 30/11/12, lailiy bannu <lailiy_bannu@yahoo.com> wrote:

From: lailiy bannu <lailiy_bannu@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Doa hancur Umno demi selamatkan agama dan negara
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Friday, 30 November, 2012, 3:50 PM

adakah benar2 rakyat malaysia  teruk dizalimi  oleh umno?
From: tok_busu <azidusop@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 29 November 2012, 9:12
Subject: Re: RG2011... Doa hancur Umno demi selamatkan agama dan negara
 
Pada 26 November 2012 9:27 PTG, Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com> menulis:
 
 
Tok Janggut,
Pada mulanya tersentak juga penulis apabila membaca kenyataan beberapa pihak akan doa yang dibaca dalam solat hajat anjuran PAS di Kelantan baru-baru ini. Antara yang didoakan ialah minta agar Allah tumbang dan hancurkan Umno kerana kezaliman yang lakukan sudah sampai ke kemuncaknya tanpa boleh dinasihat atau sudah tidak nampak tanda-tanda yang Umno ini akan insaf dan kembali ke jalan Allah dan Rasul. Tidak timbul PAS mendoakan kehancuran kepada saudara seagama denganya. PAS hanya berdoa terhadap orang yang zalim dan PAS adalah golongan yang dizalimi dan ditindas selama ini. Bukankah Nabi pernah bersabda "takutilah kamu akan doa orang yang dizalimi kerana doa mereka tidak ada hijab dengan Allah". Hal ini bermakna jika kita dizalimi, kita boleh berdoa kepada Allah untuk dihancurkan golongan zalim itu demi untuk keamanan, keselamatan dan kemakmuran kita. Islam tidak pernah membenarkan kita melakukan kezaliaman sesama sendiri hatta dengan orang bukan Islam pun kita dilarang melakukan kezaliman. Tetapi Umno tidak peduli semua itu, apatah lagi mereka sentiasa dibela dan dipertahankan oleh ulama upahan, puak mufti dan tok guru mereka sedangkan golongan agama mereka ini tidak pernah pun dilihat menegur Umno melakukan kezaliman dan penindasan terutamanya terhadap PAS dengan merampas royalti dan menafikan hak yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat yang meyokong PAS. Dalam al-Quran Allah telah memberi amaran "Janganlah kamu cenderung kepada golongan yang zalim, kelak kamu akan disambar api neraka". Ini bukan sahaja membuktikan bahawa bukan sahaja golong yang zalim akan ke neraka bahkan sesiapa yang cenderung, menyokong dan menjadi sebahagian daripada mereka juga akan disambar api neraka. Zalim hendaklah dilihat daripada kaca mata Islam, bukan daripada kacamata parti atau menggunakan logik akal. Kazaliman yang paling besar dan nyata ialah apabila sesebuah kerajaan yang mengaku beragama Islam itu tidak melaksanakan syariat Allah sebagai undang-undang tertinggi negara malahan mereka mempersendakan, memperlekeh dan mempermain-mainkan pula syariat Allah itu. Selain itu, kezaliman dalam menafikan hak rakyat atas alasan tidak menyokong kerajaan yang memerintah juga adalah satu kezaliman. Hal ini kerana apa-apa sahaja rezeki yang ada di muka bumi adalah milik Allah, bukan milik kerajaan yang memerintah. Antaranya menafikan hak royalti minyak yang sudah pun mempunyai perjanjian dan persetujuan bersama tetapi telah dikhianati atas dasar dendam dan iri hati. Dalam Islam, mungkir janji yang telah dibuat melalui lisan sahaja pun sudah dianggap melakukan kezaliman, apatah lagi yang telah pun dibuat perjanjian yang melibatkan hak sejumlah besar rakyat yang berhak ke atas royalti itu. Bagaimana pula penafian dari segi peruntukan yang telah disahkan dalam undang-undang negara, menafikan hak mendapatkan biasiswa, tanah, rumah dan berbagai-bagai lagi. Semua itu termasuk dalam istilah zalim yang Allah janjikan neraka kepada mereka yang melakukanya. Tidak timbul isu berdoa seperti ajaran sesat atau tidak boleh berdoa untuk kehancuran terhadap saudara seagama kerana doa ini terpaksa dilakukan terhadap golongan yang sudah terlalu jauh sesat dan juga tidak mungkin mereka akan melakukan kezaliman jika mereka merasakan mereka itu adalah saudara seagama. Apabila sudah banyak nasihat, teguran dan kritikan diberikan agar Umno kembali ke jalan Allah tetapi mereka tetap dengan kesombongan, bongkak dan dengan sikap takburnya, maka tiada jalan lain kecuali berdoa kepada Allah agar Umno ini tumbang dan hancurkan demi untuk menyelamatkan lebih 20 juta rakyat.
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)
-- himpunan hadith :
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asphttp://sigir.uitm.edu.my/webhadis/http://hadis.feryco.com/

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (10)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment