Taniah bina leboh raya ke syurga tak pakyah lagi pergi padang marsha. Jisim manusia begitu lah kehendaknya yang hancurkan mereka 3 TA, yang menyelamatkan mereka 3 shad. Fikir2kan lah. Sahadat kita dengan Allah Taala, Quran kitab kita, Kiblat yang satu, oleh itu buat penilaian yang betul. Jangan sesekali kita kafirkan atau murtad orang itu sewenang2 atau orang ini tanpa kehadiran. Pengecut dan bacul namanya. Saya baru kenal alif , ba , ta.
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, November 29, 2012 12:30 AM
Subject: RG2011... Fw: Lebuhraya Kelantan Lebuhraya Akhirat
Bismillah
Kelantan dan Lebuhraya
Rakyat Kelantan adalah antara mangsa yang dizalimi Kerajaan Pusat bernama BN. Rakyat Kelantan adalah pembayar cukai sama seperti rakyat di negeri-negeri yang maju dari aspek pembangunan materialnya namun tidak mendapat hak samarata dengan pembayar cukai di negeri-negeri lain. Keadaan di anaktirikan seperti ini saya saksikan sejak lebih suku abad. Itu saya!… yang belum sempat merasai usia separuh abad. Bagaimana dengan generasi ibubapa yang sudah melangkau usia separuh abad? Dan mereka yang lebih berusia lagi?
Setiap kali cuti sekolah atau cuti raya atau cuti umum yang lain, boleh dirasakan peritnya beratur di atas jalanraya bermula di Kuala Lipis atau Raub jika dari Kuala Lumpur. Memasuki Merapoh, para kereta sudah pun boleh berlumba dengan kura-kura. Kura-kura boleh menang berkali-kali dibandingkan berlumba dengan arnab. Mereka yang mengambil jalan melalui Perak pun boleh sampai dahulu ke Kota Bharu walhal jalan itu lebih jauh.
Akhirnya berkat fikiran dari pemimpin yang 'jjuruh' dan rakyat sentiasa dihatinya, satu usaha 'berdikari' dilancarkan iaitu kutipan derma untuk membina lebuhraya secara sendirian berhad. Rakyat Kelantan yang matang dek latar belakang dan persekitaran universiti Islam yang ada segera menyahut dan memberi respon positif terhadap usaha ini. [Kecuali ada sesetengah yang berfikiran singkat dan busuk hati menyindir usaha ini. Lepas ini kita tengok, mereka akan pilih jalan mana bila lebuhraya sudah siap, insya Allah].
Selepas hak-hak cukai tidak diperolehi, rakyat masih sanggup 'membayar lagi' membantu kerajaan Islam yang dikasihi membina lebuhraya untuk mereka. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
'Bravo' rakyat Kelantan! Alhamdulillah, rakyat Kelantan sanggup bersusah sedikit di dunia kerana keyakinan mereka terhadap kehidupan akhirat. Dengan itu mereka lebih sanggup bersama Kerajaan Islam walaupun dianak tirikan dalam banyak perkara. Biar dianak tirikan oleh Kerajaan Pusat asalkan tidak di'anak tiri'kan oleh Allah, pemilik Deen al-Haneef ini. Teruskan usaha mempertahankan hak-hak Allah di Bumi Serambi Mekah…
Moga 'Baldatun toyyibatun wa Rabbun ghofuur' itu sentiasa dihidangkan buat generasi hari ini dan generasi mendatang.
Derma Rakyat Kelantan untuk lebuhraya Kelantan insya Allah menjadi aset lebuhraya akhirat menuju syurga abadi. Bukankah mereka yang berharta dan habis hartanya untuk agama Allah dan maslahah umum akan cepat menuju syurga? Tender membina lebuhraya akhirat ini juga terbuka kepada sesiapa jua yang bukan dari kalangan rakyat Kelantan walau di mana mereka berada.
Ini aset kekal selepas mati insya Allah. Selagi lebuhraya ini digunakan umum dan sebanyak mana kenderaan yang melaluinya, semua pahala masuk terus menerus ke akaun peribadi penyumbangnya.
Sebelum Ada Yang Bertanya…
Bagaimana jika yang menggunakan lebuhraya ini, niatnya berbuat maksiat di sesuatu tempat?
Untuk persoalan ini, kita sambung ke rancangan lain, insya Allah.
Lebuhraya Akhirat
Ramai orang memilih menggunakan lebuhraya jika mahu cepat sampai ke destinasi. Jarang orang mahu menggunakan jalan kampung yang sempit, banyak simpang dan bengkang bengkok.
Namun bila masuk bab-bab akhirat, ramai pula yang suka [tanpa disedari] 'jalan kampung' yang banyak persimpangan, bengkang bengkok dan sempit.
Jika mahu sampai ke destinasi akhirat dengan selamat, hanya lebuhraya Islam berpandukan al-Quran dan sunnah sahaja jawapannya.Sambil menikmati keselesaan memandu di lebuhraya, selalu ingat ini juga
Ummu Abbas
Melbourne/ 140am.
One thought on "Lebuhraya Kelantan Lebuhraya Akhirat"
MP PAS Pasir Puteh: Lebuhraya KB – Kuala Krai dalam RMK-11 ??
by Pelapor
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN [ KAWASAN PASIR PUTIH ]
TARIKH : 15 OKTOBER 2012 (ISNIN)
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN [ KAWASAN PASIR PUTIH ]
TARIKH : 15 OKTOBER 2012 (ISNIN)
SOALAN : 4 Minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jenis bantuan yang diberikan bagi membantu Kerajaan negeri Kelantan membina lebuh raya Kota Bharu – Kuala Krai dan sebuah stadium bola sepak yang bersesuaian dengan keperluan negeri itu sekarang.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Projek membina dan menaik taraf jalan dari Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan ialah sebahagian dari skop projek menaik taraf Jalan Persekutuan Central Spine. Jajaran JalanCentral Spine ini melibatkan skop menaik taraf jalan dari Simpang Pelangi,Bentong,Pahang hingga ke Kota Bharu,Kelantan sepanjang 463.5 kilometer.
Tuan Yang di-Pertua,
Projek membina dan menaik taraf jalan dari Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan ialah sebahagian dari skop projek menaik taraf Jalan Persekutuan Central Spine. Jajaran JalanCentral Spine ini melibatkan skop menaik taraf jalan dari Simpang Pelangi,Bentong,Pahang hingga ke Kota Bharu,Kelantan sepanjang 463.5 kilometer.
Untuk makluman yang berhormat, Kementerian Kerja Raya tidak pernah membatalkan cadangan pelaksanaan projek Jalan Kota Bharu – Kuala Krai. Sebaliknya ia ditangguhkan untuk membolehkan kementerian ini menilai semula dan mencari alternative yang lebih baik berbanding cadngan skop asal projek berkenaan.
Berdasarkan perancangan semula,projek menaik taraf Jalan Kota Bhura – Kuala krai Kelantan akan diberikan keutamaan dan dipertimbangkan untuk dilaksanakan dalam tempoh RMKe_11.
Manakala isu mengenai cadangan pembinaan stadium bola sepak yang baru di Kelantan pula terletak di luar bidang kuasa kementerian ini.
Sekian terima kasih.


No comments:
Post a Comment