Saturday, July 13, 2013

Re: RG2011... Fw: Makanan berkhasiat untuk sahur

 

saya dah amalkan bersahur hanya makan kurma 3 / 5 biji dengan segelas susu semenjak lebih 10 tahun lalu. AlhamduLillah badan sentiasa sihat dan tidak penat. Malah petang selepas solat asar boleh berjogging lagi.

2013/7/9 -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
 

 

Makanan berkhasiat untuk sahur

TupaiBy Ashraf Nasser | Tupai 
 

Begitu pantas masa berlalu dan bulan Ramadan bakal menjelang kurang daripada sebulan lagi.

Berpuasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai daripada terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

Oleh itu, pemilihan makanan berkhasiat ketika bersahur amat penting kerana ia mampu memberi tenaga kepada anda untuk melakukan aktiviti seharian.

Anda disarankan mengambil sayur-sayuran ketika bersahur kerana ia dapat melambatkan proses penghadaman sekaligus melambatkan keinginan untuk makan dan juga baik untuk kesihatan perut.

Pengambilan makanan berkarbohidrat seperti roti daripada bijirin juga akan membuatkan anda lambat lapar. Kurangkan makan nasi sebaliknya lebihkan pengambilan lauk berasaskan daging dan ikan kerana sumber protein akan memberi tenaga ketika anda bekerja.

Selain daripada itu, anda juga boleh variasikan menu sahur anda dengan memakan kekacang seperti kacang dal atau minum air barli.

Sebelum waktu sahur berakhir, anda digalakkan mengambil buah tamar atau kurma kerana ia merupakan makanan penuh khasiat dan vitamin yang baik untuk kesihatan anda, malah ia merupakan sunnah Nabi ketika berpuasa.

comments

  • sy dah try last puasa. ambil 5 biji kurma campur dgn oat. SIYES tak rs lapar smpi pukul 4 petang...tapi sebelum mkn tu diiringi dgn selawat 7 kali.
  •  
    Nur  •  
    Ramadan nak dekat, tpi puase xhabis ganti lagi..sehari je lagi...kuatkan semangat aku Ya Allah..
  •  
    Mhi Otai  •  
    Wahai para sahabat dan muslimin semua... hati2 dengan kurma yang disira dengan gula ye.. Kandungan gulanya amat tinggi dan dikuartiri akan mendatangkan mudarat kepada pesakit2 yang mengidap diebetes ( kencing manis ). Apa2pun kurma yang asli adalah sumber makanan dan buah yang baik spt amalan Rasulullah saw....
  •  
    Ain  •  
    xsabar tnggu tibanya bln ramadhan...mkn kurma wktu sahur,berbuka brsama kluarga....
  •  
    Judika  •  
    Memang tak sabar nak tunggu Ramadhan tahun ni, thanks for this useful tips. Harap tuhan panjangkan umurku utk menemui Ramadhan ini tahun.
  •  
    Ferman  •  
    Ramadhan..the best month of all the months..Khurma..the best fruit of all the fruits.
  •  
    Ferman  •  
    Mafhumnya....tanda-tanda ahli syurga...sukacita akan kedatangan bulan Ramadhan.!
  •  
    Azmi Bahari  •  
    Bulan Ramadhan bulan yang paling indah..
  •  
    Toni  •  
    Kurma - Sunnah Nabi SAW. Ikut sahaja perkara baik. Sains dah buktikan. Diri sendiri boleh rasakan. Jangan terlalu fikirkan pasal makanan dalam bulan Ramadhan. Cuba lupakan kebiasaan kita tu. Selamat berpuasa. Selamat datang Ramadhan
  •  
    Nenek Sungkung  •  
    I love kurma, I prefer the one from Iran as it's soft & tastety (berlemak rasanya)
  •  
    sir judim  •  
    bulan puasa nanti ada balik la iklan macam ni..yusufffff taiyoobbbb(whispering)


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment