Saturday, July 13, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 


IniKalilah™

IniKalilah™

Link to IniKalilah™

GEMPAR!! Penting Dan Mesti Dibaca!

Posted: 13 Jul 2013 07:28 AM PDT

PENTING DAN HARUS DIBACA!

Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa
minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan
ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena
Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa
menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena
(dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yang mengandung leptospira.

Kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum
memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan.

SHARE & SEBARKAN!

[Saksikan..] Video Hukuman Pancung Di Arab Saudi

Posted: 13 Jul 2013 01:26 AM PDT

Assalamualaikum dan salam ramadhan.. Hukuman hudud! anda pernah menyaksikan hukuman pancung dijalankan? kalau belum mari kita sama-sama saksikan hukuman ini dijalankan. 

Video di bawah menunjukkan hukuman pancung yang dilaksanakan di Arab Saudi. Di Arab Saudi pada kebiasaannya, hukuman pancung dijatuhkan pada pembunuh dan juga pengedar dadah. 

Semoga kita mendapat iktibar.. Jom kita saksikan...

BONGKAR!!! BN Guna Wang Rakyat Untuk Program PARTI?

Posted: 13 Jul 2013 12:32 AM PDT

Kantoii!! PRK Kuala Besut. Maklumat Bocor : BN guna wang rakyat untuk program PARTI?
Penyelewengan wang rakyat untuk tujuan kepartian
Pagi ini kotak email che'GuBard menerima salinan 3 keping surat sebuah agensi kerajaan iaitu KEMAS. Ini sebuah agensi yang semua kakitangan dan programnya mendapat dana dari wang rakyat.

Namun jika surat di atas benar, maka amatlah kesal kerana ia membuktikan bahawa semangnya tanpa segan silu agensi kerajaan yang sepatutnya menumpunan pembinaan dan kebajikan rakyat menjadi alat politik dan malah menggunakan dana rakyat bagi tujuan kempen pilihanraya. Dari gambar surat helaian ke tiga jelas bukan KEMAS sahaja tetapi perbagai agensi lain turut terlibat.

Persoalanya dimana SPR, buta atau membuta? Soal yang lebih penting SPR yang mengendali PRK K. Besut ini ialah SPR sama yang telah berjaya memainkan peranan menghancurkan sistem pilihanraya Malaysia dengan menjadi penipu utama dalam PRU ke 13 yang lalu.

Kerana itu che'GuBard menyatakan pendirian bahawa sebagai seorang aktivis berpendirian betapa PRK K. Besut ini seharusnya diboikot dan hentaman terhadap SPR harus diperhebat dalam dan luar negara, yakinlah jika SPR yang sama terus diberikan kepercayaan mengadili demokrasi pilihanraya Malaysia PRU ke 14 keadaan bakal menjadi lebih teruk. Walaubagaimanapun selaku anggota biasa Parti Keadilan Rakyat komponen Pakatan Rakyat mengharapkan keajaiban dengan Bn tumbang dalam PRK kali ini.

SAMM juga dengan ini Dato' Hassan Bin Md Amin, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Masyarakat, kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah agar tampil memberikan penjelasan sama ada surat ini benar atau palsu. Jika surat ini benar beliau harus meletakkan jawatan kerana salah guna kuasa dan membazirkan wang rakyat untuk program terlibat kempen politik kepartian. Begitu juga semua penjawat awam yang disebut dihelaian ke tiga surat diatas.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Mesir Isu Semasa: Jerman dan AS Menyeru Mursi Dibebaskan

Posted: 12 Jul 2013 10:21 PM PDT

[Jerman dan Amerika Syarikat Menyeru Mursi Dibebaskan]
Jerman menyeru pada hari Jumaat agar Presiden Muhammad Mursi dibebaskan ditengah-tengah tekanan yang makin meningkat di antara penyokong dan penentang penggulingannya.

"Kami menyeru dihentikan sekatan terhadap keberadaan Mursi," berkata jurucakap Menteri Luar kepada pemberita.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Jen Psaki berkata Amerika Syarikat turut bersetuju dengan seruan Jerman ini dan "secara terbuka" membuat seruan yang sama.

Mursi sedang ditahan di "tempat yang selamat untuk keselamatan beliau" dan belum dikenakan sebarang dakwaan, menurut Menteri Luar Mesir, tetapi sumber tentera dan kehakiman ada menyebut beliau berkemungkinan akan didakwa.

Jurucakap kementerian Jerman menyatakan "institusi berwibawa" seperti Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah seharusnya diberi akses kepada Mursi.

Beliau menyeru semua kumpulan untuk tidak melakukan keganasan kerana Ikhwan Muslimin, kumpulan berpengaruh asal kemunculan Mursi, berikrar akan terus membantah selagi beliau tidak dikembalikan kepada kuasanya.

"Kami dan rakan-rakan kami bersependapat sebarang ketidakadilan di Mesir mestilah dielakkan dan tidak berlaku sebarang penganiayaan politik," beliau berkata. "Ini bukan sahaja merupakan ekspresi prinsip kami terhadap kuasa undang-undang, akan tetapi kami percaya bahawa sebarang penganiyaan politik akan merosakkan masa depan Mesir."

Menurut beliau, "kepulangan kepada demokrasi" di Mesir hanya akan berjaya "sekiranya semua kuasa politik turut terlibat di dalam proses transformasi demokrasi."

Sumber : AlJazeera, AFP
‪#‎mesirkini‬

Dulu Tak Cerdik Masuk Umno. [Saksikan...]

Posted: 12 Jul 2013 06:22 PM PDT

Calon PAS untuk pilihan raya kecil Kuala Besut Azlan Yusof hari ini mengakui pernah bergiat sebagai ketua pemuda Umno cawangan di kampungnya tetapi menegaskan ia dilakukan masa "tidak cerdik"

NONE"Zaman dulu orang kampung saya, orang PAS ada lapan orang sahaja," katanya ketika diminta mengesahkan perkara itu oleh pemberita dalam sidang media selepas penamaan calon hari ini.

Diasak oleh wartawan supaya beliau mengakuinya, Azlan (kanan) berkata:

"Betullah... Tapi sekarang ini orang muda kampung saya boleh dikatakan semua bersama saya. Malam tadi hampir semua orang kampung keluar pasang bendera.

"(Masuk Umno) dulu masa tak cerdik, tapi dah baligh dah. Tapi sekarang dah cerdik dah," katanya sambil diiringi ketawa kecil.

Menurutnya ahli perniagaan dan kontraktor itu, beliau menyertai PAS pada 1997.

Azlan juga berkata beliau bersedia berdepan dengan pelbagai tohmahan kepada beliau sepanjang kempen pilihan raya kecil ini dan menganggap tindakan itu "perkara biasa".

"Kita bersedia, janji kita tak buat benda yang dilarang oleh Allah. Orang kata apa, silakan.

'Harap (kurang tohmahan). Calon sana kita kenal keluarga dia, dia kenal keluarga kita.

"Datuk Idris (Jusoh), kita kenal juga, dia juga sayang dekat kita," katanya yang menolak kempen memburukkan peribadi sepanjang proses berkempen.

NONEPilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Azlan dan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (kiri).

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham A Rahman Mokthar daripada BN menewaskan calon PAS Napsiah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian A Rahman akibat kanser.

Husam tuntut liputan RTM
NONESementara itu, pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kecil Kuala Besut PAS Datuk Husam Musa (kiri) menuntut Menteri Penerangan dan Komunikasi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberi liputan kepada calon PAS di RTM.

"Kita harap mendapat liputan. Jangan footage sahaja, tetapi adalah sikit suara-suara, yang molek-molek," katanya dalam sidang media sama.

"(Tapi) Kita seganlah nak minta, itu eksklusif untuk parti pemerintah," sindir naib presiden PAS itu.


Malaysiakini.

PERKASA, JATI Mahu Pejabat Vatican Malaysia Ditutup

Posted: 12 Jul 2013 06:22 PM PDT

Dua NGO Melayu yang lantang hari ini menggesa perdana menteri agar menutup pejabat wakil Vatican di Malaysia jika beliau tidak menarik balik kenyataannya tentang kalimah Allah dalam masa seminggu.

NGO Jalur Tiga (JATI) dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA berpendapat, Ketua Biskop Joseph Marino tidak wajar menyokong pendirian gereja Katolik Malaysia dan usaha Persekutuan Kristian Malaysia dalam isu itu.

"NGO Islam Melayu seluruhnya meminta duta Vatican itu menarik balik kenyataan itu.

"Ini kerana ia dibuat seorang diplomat yang menyalahgunakan imuniti yang diberikannya dengan menyentuh hal-hal dalam negara kita, hal-hal yang fundamental dalam Perlembagaan, dan menyentuh hal yang majoriti rakyat Islam Malaysia tidak mahu kalimah Allah itu digunakan oleh orang Kristian dan dalam Bible bahasa Melayu.

"Kalau dia tak tarik dalam masa tujuh hari, kita akan adakan satu perwakilan untuk bertemu kerajaan bagi meminta perdana menteri melalui Wisma Putra untuk menutup pejabat Vatican City itu dan meminta duta yang baru dilantik sebulan setengah itu dibawa pulang ke Vatican City," kata Presiden JATI Datuk Dr Hassan Ali mewakili kedua-dua NGO.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui selepas sidang media bersama PERKASA di Kuala Lumpur petang ini.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pula ketika dihubungi Malaysiakini berkata, NGO pimpinannya menyokong dan berkongsi pendirian dengan Hassan dan JATI.

Marino semalam dilaporkan menyifatkan pendirian kumpulan Kristian di negara ini sebagai "logik dan boleh diterima" walaupun menyedari ia adalah urusan dalaman Malaysia.


Malaysiakini.

[Saksikan...] TTP : Apa Untuk Malaysia?

Posted: 12 Jul 2013 04:41 PM PDT

SHAH ALAM - Wacana Sinar Harian Siri ke-22 semalam mengupas isu Perjanjian Perdagangan Antarabangsa : Apa Untuk Malaysia telah menarik  perhatian masyarakat  khususnya golongan profesional dan berkepentingan untuk mengikuti wacana tersebut.

Kebanyakan peserta yang ditemui Sinar Harian Online nyata mahukan pendirian jelas daripada Kerajaan dalam meredakan kerisauan rakyat.

Menurut seorang mahasiwa dari Universiti Islam Malaysia (UIAM), Muhammad Najib Abdurrahim 24, Kerajaan perlu menyatakan satu pendirian bagi mengelak kerisauan dalam kalangan masyarakat terutamanya yang melibatkan kepentingan bumiputera.

"Jaminan yang diberi mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTP) masih tidak jelas.

"Kerajaan sendiri perlu buat sesuatu, kalau diperingkat badan bukan kerahaan (NGO) dan Majlis Perundingan pun tidak jelas apatah lagi rakyat biasa seperti kita," katanya.

Dalam hal ini, beliau berharap kerajaan memuktamadkan perkara ini dan kerajaan perlu beri jaminan seandainya perjanjian ini dimetrai.

"Masih banyak lagi perkara tidak dijelaskan.

"Surat perjanjian perlu didedahkan kepada rakyat, baru perasaan khuatir rakyat akan hilang," katanya.

Sementara itu menurut ahli Persatuan Jihad Ekonomi Muslim, Hamzah Ahmad 42, beliau juga senada dengan Muhammad Najib, baginya perkara pokok yang rakyat mahukan ialah penjelasan intipati perjanjian tersebut.

"Saya rasa perkara yang paling utama ialah penjelasan inipati perjanjian tersebut.

"Apa yang merisaukan saya ialah maklumat yang diterima adalah bersifat berat sebelah.

"Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya intipati perjanjian ini dibukukan bagi mendedahkan maklumat kepada rakyat," katanya lagi.

Sementara itu menurut, Pengarah Fama Selangor, Mansor Omar beliau berpandangan apa yang perlu kerajaan lakukan sekarang ialah memberi penerangan dan kefahaman kepada masyarakat Malaysia.

"Saya rasa apa yang paling penting ialah Kerajaan perlu memberi penerangan yang lebih luas lagi kepada  masyarakat Malaysia.

"Ianya patut dilaksanakan (memberi penerangan) kerana masih ramai rakyat Malaysia yang masih keliru berkaitan isu ini," katanya.

Manakala menurut Pengarah Bahagian Hubungan Awan Puncak Niaga Mohd Sufian Said pula, beliau memuji tindakan Mustapa yang berani merungkaikan salah faham orang ramai  berkenaan isu ini.

"Merungkai kerumitan kesalahan faham orang ramai mengenai perjanjian TTP ini sangat baik.

"Sebelum ini orang ramai agak skeptikal tapi bila menteri beri penerangan bahawa negara kita tetap dijaga, barulah kita rasa lega," katanya.

Tambah beliau, rakyat tidak perlu takut kerana Kerajaan Malaysia akan menjaga kepentingan negara dan rakyat terutama usahawan bumiputera.

Wacana yang berdurasi selama satu jam setengah itu, mengetengahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (Mtem), Mohd Nizam Mashar sebagai panelis.

Sementara itu, moderator yang mengendalikan program tersebut ialah Pensyarah Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar.


SH.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (6)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment