Monday, July 15, 2013

Re: RG2011... FW: Terliur! Sepuluh Makanan Paling Pedas Di Dunia (Menarik!)

 

aku x pernah dengar ada negara nama indon.
kadang2 bila2 pikir2 balik...kita ni biadap gak sebenarnya


2013/7/12 Hashim, Fasriana <fasriana_hashim@apl.com>
 

Haik…

Malaysia takde ke...?

 

Takat nak bagik podeh, masuk je laa sekilo cili padi..

Mau karang laju jer gi toilet.. he he he

 

 

 

 

Shah | February 11, 2013 | 0 Comments

Terliur! Sepuluh Makanan Paling Pedas Di Dunia (Menarik!) | Makanan pedas sememangnya sering menjadi pilihan rakyat Malaysia khususnya orang Melaka dan Negeri Sembilan. Namun dalam kita merasai masakan pedas, pernahkah kita mengetahui sebenarnya terdapat makananyang paling pedas di dunia. Jadi KisahBest.My akan berkongsi dengan anda tentang 10 jenis makanan yang direkodkan antara paling pedas di dunia. Jom lihat gambar di bawah ini.

10. TOM YUM – SIAM

Sup asam pedas dari Thailand ini memang sangat menggoda, aroma yang memikat dan menjanjikan pedas yang menyengat. Variasi dari Tom Yum ini banyak, antara lain adalah Tom Yum Gai (ayam) atau Tom Yum Pla (seafood), rasa pedas yang ada berasal dari cili yang disebut Thai Bird's Eye Chilis, air limau nipis dan daun jeruk purut. Menu ni rasa yang cukup untuk menbuat lidah anda seperti dalam ketuhar.

9. SHRIMP CREOLE – AMERIKA

Masakan ini berasal dari Amerika Syarikat bahagian Selatan, dan merupakan comfort food buat mereka yang stim bila rasa terbakar kat dalam mulut. Campuran bahan makanan ini sederhana, seperti cili, tomato, udang dan ayam, dan rasa pedas makanan ini didapati dari cilii segar dan cayenne pepper.

8. PAPA A LA HUANCAINA – PERU

Makanan ringan seperti salad kentang, yang berisi kentang rebus sejuk, dan disajikan dengan sos Huancaina. Penyajian lengkap makanan ini selalu melibatkan daun salada, buah zaitun hitam, biji jagung, dan potongan telur rebus. Sos Huancaina inilah yang membuatnya ekstra pedas, kerana selain dibuat dari keju, susu kental, garam, salah satu bahannya adalah cili yang disebut Amarillo chili.

7. LOBAK DENGAN LADA SICHUAN – CHINA

Pada umumnya salad disajikan segar dengan sedikit rasa masam, tapi salad yang ini sangat berbeza. Lobak dengan Lada Sichuan dan potongan cili merah. Jadi dalam makanan ini anda akan rasa manis, pedas, dan rangup. Memang makanan yang disajikan dengan hebat dan membakar.Cabai yang digunakan? Bird's Eye Chilis. Jika cabai ini masih kurang, ingat.. ada Lada Sichuan.

6. Kimchi Al Dolsot Bibimbap – KOREA

Bibimbap? Kimchi? nama pelik cuba anda lihat satu persatu. Kimchi adalah acar kobis, yang dicampur dengan bawang putih, bawang merah, cabai, dan halia! Pedas? Sangat! makanan ini juga disediakan panas! Bayangkanlah, rasa pedas bawang dan cibi serta halia yang digabungkan.. pasti menyengat!

Bibimbap adalah makanan klasik korea, yang terdiri daripada nasik, sayor tumis, daging, telur goreng dan semestinya sambal.

5. CHICKEN WING SUICIDE – AMERIKA

Entah kenapa orang Amerika suka sangat dengan sayap ayam yang digoreng kering, kemudian dicampur dengan bahan panas-pedas yang menurut mereka 'boleh membakar perut'. Biasanya bahan-bahan campuran berupa campuran Sos Tabasco, potongan cabai kering, dan cabai segar cincang.

4. JERK CHICKEN – JAMAICA

Bukan ganas sahaja, tapi makanan nijuga best dan sangat mengenyangkan. Bahan campuran khas dari daerah Asia dan Afrika, yang hangat dan beraroma. All spice, cengkeh, kayu manis, daun bawang, pala, thyme dan bawang putih, semuanya ada rasa hangat, yang diperkuat oleh cili Scotch Bonnet yang dikatakan boleh buat orang sasau setelah menelan. Ramai orang kata best

3. WOT – ETHIOPIA

Mungkin ramai orang yg tidak terfikir Afrika juga ada makanan pedas, tapi Ethiopia terkenal dengan Wot (sejenis tumisan). Wot yang paling power musti dicampur satu kilo bawang merah dan bawang putih, beberapa biji halia, dan barbere (campuran bahan kering dan cili kering).

Makanan luar biasa ini dibuat daripada sup ayam, yang diberi bahan seperti di atas, dan direbus selama beberapa jam, sampai semua bahan dapat dirasai. Panas dari cili dan bahan yang ada juga tak ketinggalan sikit pon. Setelah masak, makanan ini disajikan di atas piring roti dan boleh dibelasah ngan telur rebus.

2. VINDALOO – INDIA

Vindaloo pedas sebab daging yang digunakan dalam masakan ini direndam dalam cuka & ditambah ngan cili kering, ketumbar & halia yg pedas. Semuanya akan bekerjasama membuatkan daging yang ada kat dalam menyengat habis!

1. SAMBAL ULEK – INDON

Walaupun ia hanya sekadar menu sampingan untuk melazatkan dan membuka selera. Dan ternyata sambal ini 10 kali lebih pedas daripada Thai Bird's Eye Chili.

Menurut lidah orang barat, sambal ulek ini ultra pedas, dan satu-satunya cara untuk menahan rasa pedasnya, adalah makan makanan lain sebanyak mungkin. uhmm..ada chance yg nih sama cam kat warong penyet the curve tu kot?

 

 

Mariam Bte Yakop @ Mimi

WIM Section

KYOCERA Telecom Equipment ( Malaysia ) Sdn. Bhd.

Lot 7646 ( PLO 6218 ), Mukim Off Plentong,

81750 Masai, Johor Bahru.

Tel : 07-3801351

 




--
HIDUP NI MEMANG BANYAK MASALAH
KALO TAK DE MASALAH
ITU MASALAH NAMANYA

*THE VOICE THAT PIERCES DEEP INTO MY CHEST IS LIKE A CRY OF JOY THAT NEVER STOPS RINGING*

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment