Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Mesir dan pergolakan politik Islam
Oleh: KARIM RASLAN
Tarikh: July 16, 2013
MENJATUHKAN kerajaan dipilih secara sah sememangnya satu rampasan kuasa – tidak kira kita melihat kejadian ini dari sudut mana sekalipun. Mengamalkan demokrasi bermakna menerima apa jua keputusan tidak kira baik atau buruk.
Penggulingan Presiden Mursi di Mesir dan tindakan ganas ke atas Muslim Brotherhood hanya akan membawa kepada tragedi lebih buruk. Penyokong liberal sekular pasti menyesal dengan tindakan awal mereka untuk menjatuhkan Mursi kerana kini, kebenaran, kepercayaan awam dan undang-undang hancur kerana situasi di Kaherah.
Mereka yang anggap politik Islam perlu dikekang dengan apa cara sekalipun – sama ada mengikut undang-undang atau sebaliknya – salah sama sekali. Apabila kita bersetuju untuk melaksanakan demokrasi melalui peti undi, kita tidak boleh berpaling arah sewenang-wenangnya apabila keputusannya tidak menyebelahi kita.
Jalan pintas politik hanya akan membawa kepada penyelesaian jangka pendek yang tidak mampan, seterusnya membawa kepada kezaliman lebih serius.
Mungkinkah perkara berlaku di
Pada masa sama, banyak parti Islam di seluruh dunia – pewaris konsep Ikhwanul-Muslimin di Mesir – akan merasakan bahawa demokrasi sememangnya bukan untuk mereka walaupun mempunyai sokongan besar untuk memenangi pilihan raya.
Malah, parti-parti Islam ini makin yakin bayang-bayang pengaruh Amerika, Eropah, puak liberal, pembiaya kewangan dan kuasa Yahudi global akan terus campur tangan bagi merampas kuasa. Parti Islam melihat diri mereka sebagai mangsa situasi. Walaupun mungkin mendapat simpati pengundi, ini juga membuat pemimpin parti-parti ini berasa mereka tidak perlu perbaiki diri dari aspek rasuah, salah tadbir dan sifat eksklusif.
Sememangnya kerajaan Mursi dilanda pelbagai kegagalan. Ramai meletakkan harapan tinggi pada beliau ketika diundi masuk pada Jun 2012. Beliau dijangkakan mampu untuk menonjolkan imej moderat bagi Mesir setelah berdekad-dekad di bawah pemerintahan autokratik, Presiden Hosni Mubarak.
Malangnya, ini tidak menjadi kenyataan. Mursi gagal dengan teruk: ekonomi Mesir tidak berkembang dan saham di bursa saham jatuh 31.2 peratus untuk
Pada masa sama, Mursi meminggirkan komuniti sekular dan liberal. Golongan moderat dan Kristian Koptik cukup kecewa hingga mereka memulaukan proses perangkaan perlembagaan pada Disember 2012 – yang dikritik kerana tidak melindungi kebebasan beragama dan hak wanita – diakibatkan kegagalan kerajaan Mursi untuk berunding.
Sementara itu, politik Islam cenderung mengalami kekecewaan termasuk di Asia Tenggara sendiri. Di Indonesia, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) kini dilanda pelbagai krisis apabila beberapa skandal timbul dan merosakkan imej suci dan anti-rasuah mereka.
Malah di Malaysia sendiri, Pas kini perlu merenung dan bermuhasabah diri setelah keputusan yang kurang memberangsangkan pada Pilihan Raya Umum 2013 – di mana mereka hilang kuasa di Kedah.
Rampasan kuasa di Mesir hanya akan memperkuat lagi prasangka parti-parti ini bahawa mereka perlu berwaspada dengan demokrasi. Kesimpulan ini mungkin ada logiknya tetapi tidaklah sempurna kerana hampir kesemua kegagalan mereka tidak mempunyai kaitan dengan demokrasi. Sebaliknya, ia disebabkan pentadbiran yang lemah, rasuah dan kegagalan untuk memahami pentingnya pendekatan yang inklusif dan seimbang.
Malangnya, dengan jatuhnya Mursi, konspirasi ini akan terus merebak. Rundingan dan kesepakatan merupakan aspek kritikal dalam pentadbiran yang baik.
Seorang lagi ikon politik Islam, Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki (yang kini sedang menangani protes di negaranya) pernah menyangkal pendapat bahawa demokrasi adalah seperti sebuah bas yang akan kita tinggalkan setelah tiba di destinasi.
Mungkin bas yang dimaksudkan Erdogan bakal terbabas dan mencederakan semua penumpang di dalamnya, daripada puak liberal kepada tentera dan golongan Islamis dek kerana tuduhan demi tuduhan terus dilemparkan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Hasil jualan lebih RM90,000
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 16, 2013
KUALA PING - Hasil jualan peniaga di Bazar Ramadan Kuala Ping, pada tahun ini secara keseluruhannya dijangka mampu melebihi RM90,000 bagi tempoh sebulan Ramadan melibatkan jumlah peniaga seramai 90 orang.
Pengerusi Bazar Ramadan Kuala Ping, Mohd Razali Ismail berkata, pihaknya optimis dengan jangkaan itu berdasarkan hasil jualan diperoleh tahun sebelum ini, apatah lagi setiap hari bazar berkenaan menerima kehadiran pengunjung hampir 3,000 orang setiap hari.
"Bazar Ramadan Kuala Ping ini diuruskan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Ping sejak 2004 yang ketika itu hanya melibatkan 14 peniaga sahaja. Jumlahnya semakin meningkat sehinggalah kini hampir 100 orang.
"Walaupun permohonan diterima meningkat saban tahun, namun ia dihadkan kepada 100 gerai sahaja berikutan keluasan tapak yang terhad," katanya.
Menurutnya, berdasarkan pengalaman tahun sebelum ini, secara puratanya peniaga menerima hasil jualan kasar melebihi RM300 setiap hari.
Oleh itu, katanya, melihat kepada faktor inilah, dilihat keseluruhan hasil jualan pada tahun ini sepanjang Ramadan mampu menjangkau RM90,000.
"Senario pengunjung di sini juga berbeza kerana jumlahnya terus bertambah apabila pertengahan Ramadan berikutan peningkatan jumlah kenderaan di atas jalan raya.
"Tambahan pula, lokasi bazar ini terletak di laluan Jerangau Jabor-Sungai Tong," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian yang mengadakan tinjauan di Bazar Ramadan Kuala
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Razali berkata, antara elemen diberi perhatian agar ia sentiasa dilaksanakan peniaga bazar berkenaan ialah harga berpatutan, kebersihan serta kejujuran iaitu tidak menjual makanan yang tidak habis dijual semalam.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Ayam: Kerja orang tengah?
Oleh: ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
Tarikh: July 16, 2013
SHAH ALAM – Kenaikan harga ayam bukan disebabkan oleh penjual dan pengeluar semata-mata tetapi berpunca daripada orang tengah yang mengambil kesempatan apabila permintaan meningkat.
Timbalan Presiden, Gabungan Persatuan Pengguna
"Bukan peruncit sengaja menaikkan harga, tetapi apabila pengedar meletakkan harga tinggi maka mereka terpaksa menjualnya dengan harga yang tinggi juga.
"Bagaimanapun, ada hubung kait di antara pengeluar, orang tengah (pengedar) dan peruncit yang boleh menjadi penentu kepada kenaikan harga ayam," katanya.
Katanya, pengguna berkuasa menghalang kenaikan harga barang. Undang-undang sahaja tidak mampu menyekat secara keseluruhan.
"Kita tidak boleh bergantung kepada penguatkuasaan sahaja. Pengguna perlu boikot atau kurangkan pembelian agar penjual dan pengedar lebih bersikap adil kepada pembelinya," katanya.
Tindakan seumpama itu, katanya, mampu memberi kesan jangka panjang.
"Semua perlu bersatu bertindak pada pasaran bagi memastikan harga itu mampu dikawal di tangan pengguna sendiri.
"Orang kaya walaupun mampu beli ayam dengan harga RM10 sekilogram, juga perlu boikot sama sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada orang miskin," katanya.
Tambah beliau, kerajaan juga perlu menyokong pendekatan ini dan memberi penerangan yang lebih meluas agar situasi sama tidak berulang apabila menjelang musim perayaan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Cari punca harga naik
Oleh: NOOR AZURA SAHRIL
Tarikh: July 16, 2013
SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mencari mekanisme berkesan dalam menangani masalah kenaikan harga ayam yang saban tahun berlaku sehingga membebankan pengguna terutamanya menjelang musim perayaan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kementerian perlu bertindak tegas dan serius bagi mengenal pasti punca sebenar kenaikan harga ayam, adakah disebabkan dominasi harga keterlaluan oleh pihak tertentu atau faktor lain.
Menurutnya, jika itu berlaku, kementerian dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menjalankan satu siasatan untuk memantau jika terdapat suatu pakatan monopoli di kalangan penternak dan pengeluar yang menentukan harga ayam meningkat.
"Dengan ini, tindakan boleh diambil terhadap pihak yang memonopoli dan menstabilkan kembali harga ayam, memastikan harga ayam bebas daripada ditentukan golongan tertentu," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Nadzim berkata, setelah melalui pelbagai perayaan setiap tahun, kementerian seharusnya arif dengan apa yang berlaku dan sudah ada jalan penyelesaian sama ada penyelesaian jangka panjang atau pendek untuk mengatasinya.
Pada masa sama katanya, rakyat ingin tahu dengan jelas mengapa harga ayam naik.
"Dari mana punca kenaikan itu bermula. Jika pembekal apa rasionalnya? Maka perkembangan ini sudah pasti perlu diambil serius dan ditangani secara bijak kementerian dan agensi terlibat.
"Ini kerana isu kenaikan harga barangan isu paling sensitif dan boleh menyebabkan kemarahan rakyat.
"Ini kerana isu kenaikan harga barangan isu paling sensitif dan boleh menyebabkan kemarahan rakyat," katanya.
Beliau berkata, yang menjadi tanda tanya setiap kali tiba musim perayaan, paling ketara apabila umat Islam mahu menyambut Aidilfitri, kenaikan harga barangan termasuk ayam berlaku.
"Adakah benar-benar ini faktor permintaan terlalu tinggi menyebabkan bekalan berkurangan dan kesukaran untuk mendapatkannya. Atau mereka ini hanya sekadar mahu main tarik tali untuk mengaut keuntungan lebih," katanya.
Beliau berkata, isu kenaikan harga ayam bukan diatasi dengan sekadar menerima saranan beberapa pihak supaya orang ramai memboikot barangan yang naik itu.
"Bila harga ayam naik, boikot jangan beli ayam, bila harga gula naik, jangan makan gula. Tetapi perlu ada mekanisme atau jalan penyelesaian oleh pihak terbabit agar masalah ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Jenazah dihurung langau
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 16, 2013
KEMAMAN – Dipercayai akibat gemar berfoya-foya dengan wanita di
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebuah kampung di daerah ini yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah Musa berkata, kejadian yang berlaku pada 11 tahun lalu itu benar-benar menginsafkan.
Menurutnya, pendulang emas berusia 52 tahun ketika itu yang juga peneroka tinggal berdekatan dengan rumahnya, meninggal dunia selepas terjatuh dalam tandas ketika sedang minum di sebuah kedai makan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi.
"Apabila mendapati arwah tidak keluar dari tandas, pelayan kedai itu pergi memeriksa sebelum menemui arwah terbaring dengan mulut berbuih. Kes dilaporkan kepada polis, namun polis mengesahkan tiada unsur jenayah.
"Walau telah dilap, buih pada mulut arwah masih keluar dan ketika memandikan jenazahnya, secara tiba-tiba, datang beberapa langau dan menghurungnya," katanya yang membantu memandikan jenazah.
Bercerita lanjut, katanya, kerja-kerja pengebumian sedikit terganggu apabila liang lahad yang digali digenangi air kerana hujan lebat turun selepas selesai kerja-kerja menggali kubur dilakukan penduduk.
"Jenazah dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 5 petang. Air dalam liang lahad waktu itu paras lutut. Biarpun ditimba berkali-kali, tetapi air tidak berkurang dan kami terpaksa juga semadikan jenazah dalam keadaan begitu," katanya.
Kata Abdullah, sepanjang hayat, arwah hidup mewah kerana dia pakar mendulang emas, selain memperoleh hasil dari ladang kelapa sawit yang diusahakannya.
Difahamkan, setiap kali mempunyai wang banyak, arwah akan pergi berhibur ke Selatan
"Apabila orang kampung tanya buat apa pergi ke
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
'Nak balik cepat, dia rindu saya'
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 16, 2013
MARANG – "Kira-kira jam 10.15 pagi tadi, mungkin setengah jam sebelum kejadian itu (arwah) suami sempat telefon, dia kata nak balik cepat sebab dia rindu saya," kata Suraiti Suhaibah, 23, isteri kepada Allahyarham Muhamad Saifol Safarizam Mat Ripin, 27.
Dalam kejadian antara jam 10.30 hingga 11 pagi itu, suaminya itu meninggal dunia selepas jengkaut yang dikendalinya tergelincir lalu terbalik ketika melakukan kerja pembersihan kawasan hutan di Kampung Tertak Batu, di sini, semalam.
Muhamad Saifol yang baru dua hari bekerja di situ cedera pada bahagian dalam kepala apabila kepalanya dipercayai mengalami hentakan kuat selepas jentera berat itu tergelincir lalu terbalik di kawasan hutan kampung berkenaan.
Suraiti yang baru sahaja mendirikan rumah tangga 30 Mei lalu dengan mangsa, tidak menyangka perubahan sikap suami yang pendiam sejak belakangan ini adalah sebagai petanda bahawa suaminya itu akan pergi meninggalkannya.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Zamri Awang Long ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan itu berkata, mangsa berjaya dibawa keluar dari kawasan hutan berkenaan kira-kira jam 1.15 tengah hari.
Menurutnya, sepasukan 12 anggota dari dua Balai Bomba dan Penyelamat Marang dan Wakaf Tapai berjaya membawa mangsa keluar dari kawasan hutan untuk dibawa ke hospital dan kes itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu semalam.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi Unit Forensik, HSNZ ketika ibu mangsa keluar dari bilik mayat dengan linangan air mata berikutan kematian anak sulungnya.
Rohana Salleh, 45, ditemani suami, Mat Ripin Ali, 51, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian menimpa anaknya itu kira-kira jam 11 pagi semalam, lalu bergegas ke HSNZ bersama ahli keluarga lain.
Rohana yang menetap di Kampung Kubang Palas, ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka akan mendapat berita buruk pada bulan mulia ini malah arwah dilihat ceria ketika bersahur bersama keluarga itu di Kampung Kubang Palas, semalam.
"Sudah pasti kami sekeluarga bersedih namun kami perlu tabah dalam menghadapinya.
"Sukar melupakan kehadiran arwah kerana dia anak yang baik dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga walaupun sudah berkahwin," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Sorok 4 pek berus gigi dalam seluar
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 16, 2013
KUALA TERENGGANU - Taktik licik seorang penganggur yang menyorokkan empat pek berus gigi dan satu set mesin pemotong rambut yang dicuri dari Pasar raya Nirwana di dalam seluar dipakainya tidak menjadi apabila dicekup pengawal keselamatan bertugas.
Perbuatan Zulhelmi Zulkifli, 29, yang tergamak mencemarkan kemuliaan Ramadan dengan melakukan jenayah mencuri menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Selain itu, Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi turut mengarahkan Zulhelmi dipenjara dua minggu lagi jika gagal menjelaskan denda.
Kesemua hukuman itu diputuskan selepas Zulhelmi mengaku bersalah mencuri empat pek berus gigi dan satu set mesin pemotong rambut bernilai keseluruhan RM102.50 di Pasar raya Nirwana, Jalan Kuala Berang, Kampung Wakaf Mempelam, di sini, pada 11 Julai lalu, kira-kira jam 6.30 petang.
Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala Zulhelmi tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, gerak geri Zulhelmi yang memasuki pasar raya berkenaan diperhatikan oleh pengawal keselamatan bertugas.
Pada awalnya, Zulhelmi ke ruang barangan mandian sebelum bertindak memasukkan empat pek berus gigi di dalam seluarnya, kemudian dia ke ruang barangan elektrik dan bertindak mengambil satu set mesin pemotong rambut ke dalam seluar.
Melihatkan situasi itu, pengawal keselamatan bergegas menunggu Zulhelmi di pintu keluar dan menahannya sebelum diserahkan kepada polis.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Pelanggan Celcom terima ganjaran
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 16, 2013
SYARIKAT penyedia telekomunikasi Celcom Axiata Bhd (Celcom), memberi baucar membeli belah bernilai RM10,000 kepada seorang pelanggan bertuah yang memenangi peraduan Celcom Frenz.
Melalui peraduan yang bermula 14 Januari hingga 28 April lalu, pemenang berpeluang memenangi baucar itu untuk membeli belah di pasara raya pilihan mereka dengan cara menambah minimum seorang rakan di dalam senarai Celcom Frenz.
Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, Celcom Frenz adalah direka khusus untuk memenuhi keperluan pelanggan iaitu pekerja asing dengan memberi panggilan percuma di kalangan pengguna Celcom Frenz selain kadar IDD terbaik.
"Peraduan ini juga adalah sebagai memberi ganjaran untuk kesetiaan dan sokongan berterusan yag diterima selama ini.
"Dengan Celcom Frenz, pelanggan boleh menambah sehingga 50 rakan untuk menikmati lima jam panggilan percuma antara mereka setiap hari. Malah, mereka juga akan mendapat bonus masa udara untuk setiap RM10 yang digunakan untuk panggilan IDD dan SMS hanya 0.15 sen,"katanya dalam satu kenyataan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
'Tertekan lepas kematian ayah'
Oleh: RUBIAH OMAR
Tarikh: July 16, 2013
KUALA TERENGGANU - "Saya terlibat dengan dadah kerana tertekan selepas kematian ayah. Saya benar-benar menyesal dan tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang, saya harap mahkamah dapat meringankan hukuman," demikian rayuan seorang pengait kelapa sawit kepada Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan menjatuhkan hukuman penjara 34 bulan dan tiga sebatan terhadap Muda Mat Lawi @ Mohamad, 30, selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis heroin dan morfina pada April lalu.
"Saya harap dengan hukuman ini, awak insaf dan gunakanlah masa di penjara nanti untuk beribadat serta mendekatkan diri dengan ALLAH, apatah lagi ketika ini kita berada dalam bulan
Ramadan yang penuh berkat," kata Mohd Yazid sebelum membuat keputusan itu.
Terdahulu, Muda yang masih bujang itu mengaku bersalah memiliki dadah berbahaya iaitu heroin dan monoacetylmorphines seberat 3.77 gram di sebuah rumah di Kampung 100 Felda Neram 1, Kemaman, kira-kira jam 3.30 petang, 3 April lalu.
Dia mengaku bersalah di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi manakala Muda tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis daerah Kemaman membuat Ops Tapis Khas di sebuah rumah sebelum Muda tiba dengan menaiki motosikal.
Sebaik memperkenalkan diri, Muda ditahan di hadapan pintu belakang bahagian dapur lalu merampas beg sandang sebelum pemeriksaan menemui dadah heroin seberat 2.19 gram dan monoacetylmorphines seberat 1.58 gram.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Kebersihan makanan di bazar dipantau
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 16, 2013
PASIR MAS – Di bulan Ramadan, kebanyakan penduduk mengambil peluang bergiat dalam perniagaan baik bidang makanan, pakaian mahupun persiapan berhari raya.
Namun peniaga tidak boleh mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengikut peraturan keselamatan penyediaan agar ia tidak membebankan pengguna.
Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Datuk Ahmad Mahir berkata, pihaknya akan meningkatkan pemantauan kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan serta dijual sepanjang Ramadan.
"Ramadan tahun lalu sahaja, jabatan ini mengambil 250 sampel pelbagai jenis makanan dan minuman bagi tujuan analisa tahap kebersihan.
"Didapati 130 sampel atau 52 peratus daripadanya mengandungi bakteria seperti E.coli, Staphylococcus aureus, Bacillus cereus dan juga Salmonella," katanya.
Justeru beliau berkata, Jabatan Kesihatan mengingatkan semua peniaga di bazar Ramadan agar mematuhi tahap kebersihan makanan sebelum menyajikannya kepada pengguna.
Ini katanya, akan mengelakkan juadah berbuka menjadi punca jangkitan penyakit berjangkit seperti deman kepialu, taun dan keracunan makanan.
Menurutnya, Jabatan Kesihatan akan memeriksa tapak bazar Ramadan di pelbagai sudut agar kebersihan berada di tahap cemerlang.
"Sekiranya kami mendapati tahap kebersihan kurang memuaskan, peniaga boleh didakwa di bawah Akta Makanan 1985 malah premis makanan mereka akan ditutup," katanya.
Amaran ini katanya, dikeluarkan berdasarkan laporan yang diterima oleh jabatan ini, pada setiap kali Ramadan.
Sajian paling kerap dikesan kurang memuaskan
Dr Ahmad Razin berkata, sebelum ini kes melibatkan penyakit berjangkit bawaan air sering meningkat.
"Antara makanan yang paling kerap dikesan mempunyai tahap kebersihan yang kurang memuaskan adalah melibatkan kuih yang menggunakan santan mentah dan kelapa parut seperti kuih onde-onde serta ulat bulu," katanya.
Selain itu beliau juga berkata, penggemar minuman berais perlu berhati-hati ketika membeli air minuman bancuhan seperti air jagung,
Beliau berkata, makanan yang mempunyai banyak proses penyediaan atau tidak dimasak sepenuhnya seperti kerabu, nasi kerabu dan rojak juga berisiko sebagai bawaan penyakit.
"Minuman perahan seperti tebu dan soya serta minuman menggunakan santan kelapa mentah, cendol mempunyai kebarangkalian berlakunya pencemaran silang.
"Ini kerana sajian tersebut tidak dimasak sepenuhnya dan memerlukan kaedah penyediaannya serta pengendalian yang banyak," katanya.
Peringatan kepada peniaga, pengguna
Peniaga diingatkan supaya menjual makanan dalam bekas bertutup atau dibungkus dengan sempurna, bagi tujuan mengelak pencemaran silang seperti habuk, lalat dan semut.
Beliau berkata, pengendali makanan yang belum menerima suntikan pelalian typhoid, diminta mengambil suntikan berkenaan di Pejabat Kesihatan daerah berhampiran.
Dr Ahmad Razin menambah, Kad Perakuan Pengendalian Makanan perlu dipamerkan sebagai bukti telah menjalani latihan pengendalian makanan, pemeriksaan kesihatan dan menerima suntikan typhoid.
"Jabatan menasihatkan pengguna supaya membeli makanan dari penjual yang mengamalkan cara pengendalian makanan yang bersih.
"Mereka perlulah memakai apron, penutup kepala, menggunakan penyepit serta menjaga kebersihan alat-alat yang digunakan," katanya.
Beliau berkata, elakkan membeli makanan atau kuih-muih yang dijual dalam keadaan terdedah atau tidak ditutup dengan sempurna.
Bagi pemilihan air katanya, pengguna perlu memilih penggunaan ais kiub kerana ia didapati lebih bersih.
"Pengguna perlu memanaskan semula makanan yang dimasak sebelum dimakan, terutamanya makanan yang disediakan melebihi empat jam," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Stesen NGV tak cukup
Oleh: ASYRAF MUHAMMAD
Tarikh: July 16, 2013
PETALING JAYA - Bilangan stesen minyak yang menawarkan perkhidmatan gas asli untuk kenderaan (NGV) di sekitar kawasan ini dilihat tidak mencukupi dan membebankan penggunanya.
Keadaan itu dirasai kebanyakan pemandu teksi yang beralih kepada penggunaan NGV .
Pemandu teksi, Mohd Zaidi Abas, 50, berkata, stesen yang menyediakan perkhidmatan NGV di sekitar Petaling Jaya perlu ditambah memandangkan kebanyakan pengguna NGV harus menunggu lama bagi mengisi gas asli itu.
"Banyak kenderaan seperti lori dan van juga beralih kepada penggunaan NGV dan keadaan ini menyebabkan pengguna perlu menunggu lama bagi mengisi gas asli itu," katanya.
Menurut Zaidi, kebiasaannya, sebuah kereta akan mengambil masa selama kira-kira lebih kurang 10 ke 15 minit bagi mengisi keperluan NGV.
"Namun, kenderaan berat seperti lori mengambil masa lebih lama.
"Malah ada juga stesen yang menyediakan perkhidmatan NGV tidak mempunyai pekerja mencukupi dan masih perlu meningkatkan mutu perkhidmatan," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Pemandu Teksi Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kamialin Yahya berkata, masalah itu perlu diatasi memandangkan pengguna tidak boleh mengisi NGV sesuka hati kerana caranya tidak sama seperti petrol.
"Prosedur bagi mengisi NGV perlu dilakukan pekerja stesen terbabit memandangkan mereka telah mendapat latihan terlebih dahulu.
"Isi NGV ini tidak sama seperti petrol dan jika pekerja tidak cukup, keadaan ini akan membuatkan pelanggan perlu menunggu lama," katanya.
Kamialin berkata, memandangkan pertambahan kenderaan menggunakan gas asli ini, stesen NGV perlu ditambah di sekitar Lembah Klang khususnya Petaling Jaya.
Menurutnya, cadangan terbabit perlu diberikan perhatian oleh pihak berwajib bagi menangani kesulitan yang dialami pengguna NGV, terutama pemandu teksi.
"Di Petaling Jaya, saya anggarkan hanya dua stesen NGV disediakan.
"Jadi, ada pemandu terpaksa pergi stesen yang jauh dari kawasan mereka dan keadaan ini akan menyebabkan pelbagai masalah kepada kita," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Senario lepas PRK paling dinanti
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 16, 2013
KUANTAN - Rakyat tidak hanya beri tumpuan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pada siri kempen dijalankan, tetapi yang lebih dinantikan adalah senario selepas PRK sekiranya Pas memenangi kerusi Dun Kuala Besut.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jika ia menjadi kenyataan, perkara itu beri harapan baru buat rakyat di Kuala Besut.
Katanya, apabila wujud keseimbangan kerusi selepas PRK
"Rakyat menanti senario selepas PRK Kuala Besut jika jumlah kerusi sama banyak.
"Malah Pas akan memastikan kerusi Kuala Besut menjadi milik Pas kali ini," katanya.
Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat berkata, Pas Pahang ditugaskan di unit peti undi (UPU) Kampung Nangka dan seramai 100 jentera akan diturunkan untuk membantu kempen.
"Kita akan hantar jentera kempen sebanyak tiga peringkat sehinggalah menjelang hari pengundian.
"Saya lihat proses kempen berjalan lancar tanpa gangguan dan fokus diberi kepada isu setempat seperti kemiskinan berbanding isu nasional," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Bekas tentera didenda RM1,000
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 16, 2013
Tertuduh, Mohd Hafizal Abd Aziz, 31, mengaku salah didakwa memberikan kepada dirinya sendiri dadah jenis metamphetamine di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.
Kesalahan dilakukan pada jam 1 petang, 22 Mac tahun lalu.
Pada prosiding semalam, tertuduh merayu supaya hukumannya dikurangkan berikutan sudah insaf dengan kesalahan dilakukan.
Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nur Liyana Mad Zukri bagaimanapun memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
Denda diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad dan turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal jelas denda.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Anak mati, duit lesap
Oleh: HIDAYAH HAIROM
Tarikh: July 16, 2013
Cheong Sai Moi, 81, pada mulanya dia tidak menyedari hal itu sehinggalah ditegur jirannya yang melihat buku penyata yang baru diperoleh daripada keluarga bekas menantunya, pada Mei lalu.
Menurutnya, semuanya bermula pada 2010, apabila mendiang, Wong Sun Khuan, disahkan mengidap jangkitan paru-paru, dan tinggal bersamanya setelah sekian lama menetap bersama bekas mertua biarpun telah berpisah dengan isteri sejak 13 tahun lalu.
"Apabila dapat tahu dia sakit, dia balik tinggal dengan saya sejak Mei 2010 sehinggalah dia meninggal dunia pada 8 April 2011, dalam masa sama, banyak barang peribadinya yang masih ditinggal di rumah mertua. Pada hari kematian anak saya, bekas adik iparnya datang dan meminta kunci almari Wong Sun Khuan (berada di rumah mertua) yang ada pada saya, termasuk mengambil semua dokumen mendiang.
"Namun selepas seminggu, apabila saya minta semua barang kepunyaan mendiang, bekas keluarga mertuanya termasuk bekas isterinya beritahu saya semua barang mendiang telah dibuang. Tetapi saya bertegas supaya dikembalikan dokumen penting seperti
"Ketika menerima buku bank itu, saya pergi ke bank dan dimaklumkan terdapat baki sebanyak RM294 yang perlu diuruskan sebelum akaun ditutup, tanpa menyedari terdapat transaksi pengeluaran pada 1 Julai 2011, sehinggalah diberitahu jiran yang melihat buku akaun itu ketika saya berbual dengannya," katanya pada sidang media, bersama Ketua Biro Perkhidmatan Dan Aduan Awam Parti Gerakan Rakyat Malaysia Nasional (Gerakan), Wilson Lau Hoi Keong, di Menara PGRM, Jalan Cheras, di sini, semalam.
Berikutan itu, Sai Moi mengesyaki berlaku sesuatu yang tidak kena berhubung transaksi berkenaan memandangkan akaun mendiang anaknya itu adalah akaun tunggal bukannya dikongsi, mendorongnya membuat aduan kepada Biro Aduan Parti Gerakan, serta laporan polis.
"Saya syak ianya dilakukan pihak ketiga, jadi saya buat laporan polis agar siasatan dijalankan jika terdapat unsur penipuan dan pemalsuan dokumen," katanya.
Sementara itu,
Katanya, bagaimanapun, siasatan lanjut perlu dijalankan dan pihaknya akan menulis
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Gangguan bekalan air berjadual di KL, Petaling
Oleh:
Tarikh: July 16, 2013
KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Petaling dan ibu negara akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula dari 29 hingga 31 Julai ini akibat kerja-kerja pihak ketiga.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata sebanyak 3,800 akaun di Petaling akan terjejas yang meliputi keseluruhan kawasan USJ 1, Subang Jaya.
Gangguan akan bermula pada pukul 10 malam pada 29 Julai hingga 3 pagi pada keesokan harinya, kata kenyataan itu hari ini.
Di ibu negara pula, gangguan akan bermula pada pukul 10 malam pada 30 Julai hingga 3.30 pagi keesokan harinya.
Kawasan yang terjejas yang melibatkan 5,336 akaun ialah Segambut Dalam, Segambut Tengah, Segambut Bahagia, Taman SPPK Segambut, sepanjang Jalan Segambut, Taman Segambut, Taman Bukit Segambut, Taman Indah Murni, Segambut; Jalan Segambut, Taman Segambut Aman, Kompleks Kediaman Kakitangan Kerajaan Jalan Duta, Changkat Kiara Baru, Changkat Kiara Suria, Prima Duta, Duta Ria dan Solaris Mont Kiara.
Syabas menasihati pengguna agar menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan dan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan> dan dihantar ke 39222 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Maklumat juga boleh didapati dari laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Misteri kenderaan terbakar
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 16, 2013
RANTAU PANJANG – Tidur seorang warga emas dari Berek Pak Tua Long dekat sini, dikejutkan dengan bunyi kuat dari sebuah kenderaan pacuan empat roda yang hangus terbakar kira-kira 20 meter dari rumahnya, petang kelmarin.
Ismail Che Noh, 75, berkata, ketika kejadian dia seorang diri di rumah tersebut sementara isteri, Zawiah Setapa, 60, dan ahli keluarga yang lain tiada di rumah.
Ismail berkata, terkejut dengan bunyi kuat itu, dia terus bergegas keluar dan hanya dapat melihat samar-samar sebuah kenderaan berada tidak jauh dari rumahnya.
Katanya, dia terdengar bunyi seperti orang menutup pintu kereta dengan kuat tetapi sebaik keluar tidak kelihatan sesiapa pun di samping pacuan empat roda tersebut.
Katanya lagi, dia tidak tahu apa yang berlaku sehinggalah api yang membakar kenderaan itu bertambah besar.
"Pakcik berdepan masalah penglihatan, pada mulanya tidak tahu apa yang berlaku sehinggalah api besar baru sedar kereta sedang terbakar.
"Kemudian beberapa orang penduduk datang dan salah seorang daripada mereka melaporkan kejadian kepada bomba," katanya kepada Sinar Harian, petang kelmarin.
Kata Ismail, sejak tinggal di kampung tersebut lebih 40 tahun, inilah kejadian pertama seumpamanya pernah dilihatnya dan bersyukur tidak ada kejadian buruk berlaku.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Nashuha Fahd Ahmad Mijar berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian jam 4.37 petang.
Menurutnya, bomba bersama
"Api dapat dipadamkan dalam tempoh dua minit kerugian melibatkan kenderaan jenis pacuan empat roda itu dianggarkan RM27,000.
"Punca kejadian masih lagi dalam siasatan," katanya.
Nashuha Fahd juga tidak menolak kemungkinan kenderaan tersebut terlibat dalam kegiatan penyeludupan minyak.
Bagaimanapun katanya punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Mufti: Jangan ganggu solat Tarawih
Oleh: NURULFATIHA MUAH
Tarikh: July 16, 2013
SHAH ALAM – Jabatan Mufti Selangor menyarankan supaya tazkirah Ramadan diadakan dalam dua waktu ditetapkan sama ada selepas solat Maghrib yang berakhir sebelum Isyak atau setelah solat Tarawih selesai ditunaikan.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, saranan itu dibuat bagi menjaga keharmonian jemaah yang hadir ke masjid atau surau untuk menunaikan solat sunat tersebut dalam suasana lebih kondusif.
Katanya, setakat ini, aduan berhubung masa tazkirah Ramadan itu tidak diterima, namun pihaknya mengambil langkah awal bagi mengelakkan pertikaian di antara jemaah yang konsisten untuk beribadah di masjid untuk mendapatkan keistimewaan Ramadan.
"Keistimewaan Ramadan ini janganlah diganggu sesuatu yang mungkin boleh menjejaskan keharmonian jemaah. Jemaah yang datang berbeza keadaannya.
"Sekiranya tazkirah di tengah-tengah Tarawih, ini akan mengganggu konsentrasi jemaah. Keharmonian masyarakat yang datang itu mungkin berbelah bagi, akhirnya orang datang bukan dalam keadaan seronok nak beribadah, tetapi memikirkan tentang (perkara) yang akan berlaku selepas Terawih," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.
Mohd Tamyes berkata, penyelarasan waktu tazkirah itu tidak akan menjejaskan kehadiran jemaah memandangkan mereka yang berminat menghadirinya akan sanggup menunggu program berkenaan walaupun lewat dimulakan.
"Jemaah yang ke masjid itu bersedia mencari keistimewaan Ramadan dengan tawaran istimewa, iaitu mendapat rahmat ALLAH pada 10 hari pertama Ramadan, mendapat keampunan ALLAH pada 10 hari kedua dan pelepasan daripada api neraka untuk 10 malam terakhir.
"Ini telah pun dijelaskan oleh penceramah sebelum Ramadan tentang keistimewaannya. Maknanya untuk (tazkirah) Ramadan ini hanya sebagai 'touch up'. Justeru, pentadbir masjid atau surau disaran adakan tazkirah Ramadan pada waktu ditetapkan," katanya.
Mengulas mengenai penetapan rakaat solat Tarawih di masjid dan surau seluruh Selangor, Mohd Tamyes berkata, sebaik-baik solat Tarawih adalah ditunaikan sebanyak 20 rakaat berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini.
"Garis panduan itu dah lama (ada), terpulang kepada surau dan masjid," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Arwah nak 'tunggu' di Chicha
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 16, 2013
BACHOK – Mangsa kemalangan maut lewat malam Sabtu lalu dikatakan tidak sempat 'makan colek' dan berbuka puasa bersama rakannya seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Mohd Shafiq Suhaimi, 19, meninggal dunia akibat cedera para di kepala selepas terlibat dalam kemalangan kira- kira jam 11.30 malam di Chicha, Kubang Kerian.
Sebelum kejadian, mangsa bersama empat lagi rakannya, Mohd Hafiz Mohd Arifin, 19; Mohd Azim Mohamed, 19; Mohad Faizal Adam Adha, 19; Mohd Amirul Asyraf Abdullah, 19, dalam perjalanan dari Wakaf Stan ke Kota Bharu untuk 'makan colek'.
Makan colek sebelum pulang ke Pulau Pinang
Rakannya, Mohd Hafiz berkata, sebelum itu mereka berkumpul di jalan belakang istana Kubang Kerian sebelum ke Kota Bharu.
"Kami ingat nak makan colek bersama ke tempat yang agak jauh sikit sebab keesokan harinya (Ahad) dia dah nak balik ke Institusi Teknikal Jepun Malaysia (JMT) di Pulau
"Selepas lampu isyarat di Kubang Kerian, kami terus menghala ke Kota Bharu untuk singgah di Pasir Hor ke rumah Mohd Faizal. Sebaliknya dia ke kiri menghala ke Kampung Chicha," katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Hafiz berkata, selepas tiba di rumah Mohd Faizal di Pasir Hor, mereka
Beberapa minit kemudian, mangsa menelefon seorang lagi rakan mereka, Mohd Azim Mohamed, 19, memberitahu dia berada di Kampung Chicha.
"Saya tak tahu macam mana dia boleh menghala ke situ sebab dia berada paling belakang antara kami.
"Bila dia telefon Azim, dia hanya beritahu dia tunggu di Chicha. Lepas tu dia terus letak telefon," katanya.
Mohd Hafiz berkata, arwah seorang yang tidak lokek untuk membantu rakan dan bukan seorang yang mudah berkecil hati dengan gurauan rakan-rakan.
"Malam tu arwah tak banyak cakap. Masa berkumpul di belakang istana, dia cuma tepuk atas topi saya dua tiga kali.
"Hari tu kebetulannya ulang tahun kelahiran saya. Saya syak mereka ada rancangan untuk kenakan saya. Saya tak sangka kejutan ulang tahun kelahiran saya berakhir dengan kehilangan dia salah seorang rakan sejak kami di sekolah menengah teknik lagi," katanya.
Dimaklumkan abang Mohd Azim
Bagi rakan karibnya, Mohd Azim berkata, mereka hanya mengetahui kejadian itu 10 minit selepas tiba di rumah Mohd Faizal, apabila abangnya, Mohd Hanif, 24, menghubunginya untuk memberitahu arwah terlibat dalam kemalangan.
"Kebetulan abang saya lalu di situ dan tengok arwah terlibat dalam kemalangan. Kalau abang tak telefon beritahu, kami memang tak tahu sebab lepas tu dia tak dapat dihubungi.
"Mulanya saya ingatkan dia hanya terlibat dalam kemalangan kecil saja, tetapi tak sangka bila dia kata nak tunggu di situ, rupanya memang ajal dia di situ," kata Mohd Azim yang menuntut di kolej yang sama bersama arwah.
Rancang buka puasa bersama
Mohd Azim berkata, sepatutnya mereka berlima berbuka puasa bersama-sama sebelum arwah pulang ke Pulau Pinang keesokan hari.
"Kami rapat sejak tingkatan empat di sekolah. Kami rancang nak berbuka bersama sebelum pulang ke kampus.
"Di JMT, saya dah semester empat, dia semester ketiga. Tiga minggu lepas dia sempat hadir majlis perkahwinan Mohd Faizal," katanya.
Mayat arwah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia sebelum dibawa pulang keluarganya jam 3.30 pagi.
Jenazahnya disemadikan pada jam 12 tengah hari di Tanah Perkuburan Beris Kubur Besar. Arwah adalah anak kedua daripada sembilan beradik. Bapanya, Suhaimi Husin, 50, dan ibunya, Zaiton Roni, 46, seorang guru di Sekolah Kebangsaan Mentera.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Kereta 'terbang' masuk kebun
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 16, 2013
KUALA KURAU - Jemaah yang ingin menunaikan solat terawih gempar apabila menyaksikan sebuah kereta 'terbang' sebelum merempuh kebun pisang terletak berhadapan Masjid Batu Tujuh, di sini, malam kelmarin.
Saksi kejadian, Osman Mat Yeop, 26, berkata, dalam kejadian jam 9.15 malam, dia sedang mengambil wuduk untuk menyertai solat terawih sebelum terdengar bunyi geseran tayar kenderaan yang terbabas di hadapan masjid.
Menurutnya, dia segera meninjau keadaan hadapan masjid dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna hijau 'terbang' melintasi sebuah longkang konkrit, sebelum terbabas di dalam kebun pisang itu.
"Apabila melihat sahaja kejadian itu, saya terus bergegas ke lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan.
"Mujur pemandu kereta itu hanya mengalami kecederaan ringan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Parit Buntar dengan bantuan orang ramai serta beberapa jemaah," katanya sewaktu ditemui media di lokasi kejadian, malam kelmarin.
Osman berkata, sebelum dikejarkan ke hospital, pemandu lelaki berusia lingkungan 30-an sempat memaklumkan punca kenderaannya terbebas kerana
Jelasnya, sebelum ini terdapat beberapa kemalangan berlaku di lokasi sama dan berpunca daripada keadaan jalan raya yang gelap.
"Beberapa bulan lalu, beberapa kemalangan kecil berlaku di sini dan ada juga kereta yang terhumban ke dalam longkang konkrit yang baru siap dibina.
"Saya berharap supaya pihak berkenaan dapat menambah bilangan lampu jalan di sekitar kawasan ini dan keadaan itu mungkin akan bertambah buruk jika tiada tindakan drastik diambil," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Bebas tuduhan rogol
Oleh: ADILA SHARINNI WAHID
Tarikh: July 16, 2013
Sebaliknya, dia dihukum penjara 10 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan yang boleh membawa kematian kepada mangsa sama.
Tan Guan Seng, 30, didakwa merogol mangsa yang berusia 17 tahun 11 bulan di kawasan semak Kampung Lundang, Machang, pada jam 2.10 petang, 12 Ogos 2003.
Dia bagaimanapun bebas tuduhan itu selepas berjaya menimbulkan keraguan munasabah serta ketiadaan keterangan konklusif yang dapat mengaitkannya dengan perbuatan rogol itu.
Hakim, Mohd Yusuff Yunus bagaimanapun memutuskan untuk memenjarakan tertuduh selepas pengakuannya menarik tudung mangsa hingga terjerut dan menolak remaja itu jatuh ke tanah, konsisten dengan kecederaan dialami.
Dia yang diwakili peguam, Ahmad Nizam Mohamed terdahulu merayu supaya hukumannya dikurangkan mengambil kira usia tertuduh yang baru mencecah 19 tahun ketika kejadian.
"Tertuduh tiada rekod lampau tetapi usia muda menyebabkan dia terpengaruh dengan nafsu yang tidak menentu sehingga melakukan jenayah kepada mangsa," kata Ahmad Nizam.
Mohd Yusuff dalam keputusan itu turut membenarkan penangguhan perlaksanaan hukuman seperti dimohon tertuduh dengan syarat rayuan segera difailkan dan jamin dikenakan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin.
Dia kemudian menjelaskan jaminan itu.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Peniaga runcit, anak ditembak
Oleh: ROSDALILAH ZAHARI
Tarikh: July 16, 2013
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa berusia 51 tahun bersama anak lelakinya, 13 tahun, cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan salah seorang daripada dua perompak yang memecah masuk kediaman mereka.
Mangsa mengalami cedera diperut sementara anaknya mengalami kecedraan di paha sebelah kanan apabila peluru yang mengenai bapanya tembus sebelum mengenainya yang ketika itu berada di belakang mangsa.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa yang juga peniaga kedai runcit sedang berehat bersama isteri dan dua anaknya di ruang tamu sebelum didatangi kumpulan penjenayah itu.
Menurutnya, kumpulan penjenayah terbabit yang menaiki kereta jenis Proton Perdana memberhentikan kenderaan di hadapan rumah mangsa sebelum dua daripada mereka bertindak masuk ke rumah mangsa yang tidak berkunci.
"Salah seorang suspek telah merampas telefon bimbit isteri mangsa dan kunci pacuan empat roda jenis Toyota Hilux serta menghidupkan enjin kenderaan tersebut.
"Mangsa yang menyedari kenderaannya
"Malah, peluru itu turut mengenai peha kanan anak lelaki mangsa yang berada di sebelahnya. Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek berjaya melarikan diri dan merampas beberapa barangan berharga daripada rumah tersebut," katanya.
Sempat larikan Hilux
Selepas gagal mendapatkan kenderaan di rumah tersebut, kumpulan penjenayah terbabit tidak berputus asa dan mencuba nasib ke atas mangsa lain.
Paramasivam berkata, kumpulan penjenayah yang sama bertindak menyerang pemilik kilang besi yang sedang berada di dalam kenderaan jenis Toyota Hilux di hadapan kilangnya di Jalan Kampar, Langkap kira-kira jam 9 malam.
"Dua lelaki suspek yang bersenjatakan parang dan bertopeng keluar dari kenderaan mereka naiki meletakkan parang di leher mangsa serta melarikan beberapa barangan berharga milik mangsa yang berusia 31 tahun itu.
"Antara barangan yang dilarikan suspek adalah telefon bimbit jenama Nokia dan Samsung, wang tunai berjumlah RM6,000, rantai leher, cincin dan loket emas.
"Mereka turut menarik mangsa keluar daripada kenderaan dan melarikan kenderaannya. Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Seorang berjaya ditahan
Dalam perkembangan berkaitan, Paramasivam berkata, selepas mendapat laporan daripada kejadian rompakan di Kampar, Pasukan Cantas digerakkan dalam Ops Tutup yang dijalankan di Tanjung Malim, Tapah, Kampar, Perak Tengah dan Manjung.
"Pada jam 11.30 malam, kenderaan Proton Perdana suspek telah dikesan di Ladang Tapah dan cuba lari ke Kampar namun berpatah balik kerana terdapat sekatan jalan raya di Balai Air Kuning.
"Anggota peronda kami mengejar suspek yang menaiki Proton Perdana sebelum kenderaan tersebut tiba-tiba melanggar sebuah kereta lain yang dinaiki empat sekeluarga.
"Bagaimanapun, kenderaan Toyota Hilux yang dipercayai dinaiki dua suspek berjaya melarikan diri menuju ke
"Akibat kemalangan itu, empat sekeluarga terbabit mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tapah.
"Manakala, suspek berusia 33 tahun itu patah kaki dan dirawat di salah sebuah hospital di sini," katanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, suspek yang berasal dari Taman Orkid, Teluk Intan, mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan kecurian.
"Selain itu, kereta Proton Perdana yang digunakan suspek adalah kenderaan curi yang hilang di Bukit Puchong, Selangor pada awal tahun ini.
"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan kami telah menemui, wang tunai berjumlah RM1,100, topi, topeng muka, sarung tangan, buku cek Maybank, buku simpanan Tabung Haji, MyKad anak mangsa dan telefon bimbit.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman mati.
"Setakat ini, kami telah mengenal pasti dua suspek yang turut terbabit dalam kes berkenaan yang dipercayai berasal dari kawasan Hilir Perak," katanya yang memaklumkan mangsa dan anak lelaki yang terkena tembakan dalam kejadian pertama dilaporkan stabil.
Dalam perkembangan berkaitan, Paramasivam berkata, kumpulan penjenayah terbabit dipercayai aktif dalam kegiatan samun bersenjata dan mencuri kenderaan pacuan empat roda di beberapa daerah sekitar negeri ini.
Beliau berkata, kumpulan yang bergerak aktif sejak awal tahun ini dipercayai sudah melakukan lebih 10 kes curi kenderaan di Perak.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Makmal sains UiTM Shah Alam terbakar
Oleh:
Tarikh: July 15, 2013
SHAH ALAM - Sebuah bangunan setingkat yang menempatkan beberapa makmal sains di kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini terbakar petang tadi.
Difahamkan ketika kejadian pukul 4.15 petang itu, seramai tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal sedang menjalankan ujikaji di dalam salah sebuah makmal berkenaan.
Bagaimanapun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri apabila menyedari api mula merebak yang dipercayai berpunca dari sebuah bilik makmal yang terletak di bahagian tengah bangunan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Khairi Daud berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.26 petang sebelum menggegaskan kira-kira 30 anggota beserta lima jentera ke lokasi kejadian.
Setibanya mereka tempat kejadian, kelihatan asap hitam naik berkepul-kepul dengan api sedang marak membakar bangunan, katanya.
"Pasukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada merebak dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.20 malam," katanya ketika dihubungi.
Mohd Khairi berkata selain disebabkan struktur bangunan lama, api dipercayai merebak dengan pantas akibat bahan kimia yang terdapat di dalam bangunan makmal.
Beliau berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami. – Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Mesin ATM dan minuman di USM dipecah
Oleh:
Tarikh: July 15, 2013
Yang turut menjadi sasaran ialah dua buah mesin vendor minuman yang wang syiling di dalamnya telah dilarikan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata terdapat kesan kopak dan umpilan pada bahagian bawah mesin ATM itu.
Beliau berkata kejadian disedari berlaku pada pukul 4.56 pagi apabila pihaknya mendapat panggilan dari syarikat penggera yang berpangkalan di KualaLumpur bahawa alat penggera di mesin ATM itu berbunyi.
Mesin-mesin berkenaan terletak berhampiran pintu masuk Sungai Dua.
Naib Canselor USM, Prof Datuk Omar Osman berkata pihaknya memandang serius kejadian itu dan akan menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kampus.
"Saya percaya ia kerja orang luar. Terdapat kesan cap jari pada pagar di belakang masjid (berhampiran pintu masuk) dan duit syiling bertaburan di laluan yang kita percaya digunakan penjenayah," katanya.
USM mempunyai empat pintu masuk Minden, Batu Uban dan Sungai Dua yang ditutup pada tengah malam dan dibuka semula pada pukul 6 pagi sementara pintu di sebelah Bukit Gambir dibuka 24 jam. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Polis
Oleh:
Tarikh: July 15, 2013
LABUAN - Polis
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sabah Supt Saiman Kasran berkata perniagaan online dijalankan syarikat berasaskan laman web popular itu dilaporkan telah menipu banyak pembeli.
Katanya ini mengakibatkan kebanyakan mereka ditipu ribuan ringgit sejak tahun lepas, tanpa menerima produk dan bayaran balik.
"Walaupun jumlah kes masih belum mencapai tahap amat membimbangkan, tetapi kami sedang memburu mereka yang terlibat dalam penipuan ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Perniagaan online oleh syarikat itu telah menarik ribuan pembeli menerusi promosi menarik produk mereka termasuk hartanah, perkakasan elektrik, kereta dan kerja.
Modus operandinya ialah menjual dan membeli produk secara online melibatkan pembeli secara online.
Sementara itu, seorang pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai "Rosli Yussof' berkata beliau menempah dua pasang baju secara online seperti diiklankan syarikat itu dan dijanjikan dihantar dalam dua minggu.
"Tetapi selepas dua ke tiga minggu, tidak menerima apa-apa. Seorang rakan, sementara itu kerugian hampir RM10,000 dalam dua transaksi pernigaan secara online," dakwanya. – Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Bekas eksekutif hadapi tuduhan gubah wang haram
Oleh:
Tarikh: July 15, 2013
SHAH ALAM - Seorang bekas eksekutif akaun sebuah syarikat pembungkusan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 23 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, lima tahun lepas.
V Mohan, 39, dari Klang dekat sini, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.
Tertuduh didakwa atas 23 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima wang berjumlah RM350,000 daripada bekas majikannya, Clearpack (M) Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat Cryovac Resources yang mana tertuduh adalah pemilik tunggal.
Daripada jumlah itu tertuduh juga didakwa mengeluarkan RM279,499.10 daripada akaun Cryovac dan memindahkan RM238,000 ke akaun dua buah syarikat iaitu Ramadai Trading dan Optimum Zone.
Mohan didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di dua buah bank iaitu AmBank (M) Bhd Cawangan Seksyen 15 di sini dan Alliance Bank Malaysia Bhd cawangan Bandar Bukit Tinggi, Klang, antara 25 Jan 2008 dan 2 Disember 2008.
Pertuduhan mengikut Subseksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram & Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Roslina Idris mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM200,000 serta seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.
Peguam V.Kumaresan yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan yang dicadangkan atas alasan anak guamnya kini tidak bekerja tetap dan perlu menanggung isteri, seorang anak dan ibu bapa.
Beliau berkata anak guamnya juga perlu membayar pinjaman perumahan sebanyak RM3,000 sebulan dan kereta sebanyak RM1,400 sebulan.
Aslam kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM150,000 serta seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 20 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Tertuduh membayar wang jaminan. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Raja Azmi nikah 15 September
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 15, 2013
PENERBIT filem, Raja Azmi Raja Sulaiman selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya, Mohd Eddie Ghazali, di kediamannya yang terletak di Ampang, hari ini.
Raja Azmi menerima tiga dulang hantaran berbalas
Kedua-dua pihak diwakili oleh anak masing-masing iaitu Muhammad Daniel Mohd Eddie, 21 dan Puteri Suraya Jailani, 28.
Hasil perbincangan, majlis pernikahan Raja Azmi dan Eddie ditentukan pada 15 September ini dengan hantaran senaskah al-Quran.
Cincin disarung ke jari Raja Azmi oleh ibu Eddie.
Sebelum ini, Raja Azmi telah bercerai dengan bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek setelah 28 tahun berkahwin.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Aset 14 anggota Ikhwanul Muslimin dibeku
Oleh:
Tarikh: July 16, 2013
KAHERAH - MESIR. Pendakwa raya Mesir, kelmarin mengarahkan pembekuan aset milik 14 anggota gerakan Ikhwanul Muslimin menjelang kunjungan wakil Amerika Syarikat (AS), Bill Burns selama tiga hari ke negara itu.
AFP difahamkan, tindakan itu adalah sebahagian daripada proses siasatan diarahkan pendakwa raya, Hisham Barakat melibatkan sembilan pemimpin gerakan termasuk Presiden Mohammed Mursi dan Mursyidul Am, Mohamed Badie.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri sementara, Hazem el-Beblawi melantik bekas Duta Mesir ke
Pemimpin liberal, Mohamed ElBaradei, 71, pula dilaporkan turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Presiden sementara.
Sebelum ini, Ikhwanul Muslimin berkeras untuk tidak menyertai kerajaan baru pimpinan Hazem yang didakwa akan memulihkan keselamatan dan melancarkan proses pentadbiran bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Parlimen dan Presiden pada tahun depan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Netanyahu ancam serang
Oleh:
Tarikh: July 16, 2013
TEL AVIV -
"Teheran kini semakin dekat untuk membina senjata nuklear. Mereka perlu diberi peringatan supaya tidak meneruskan program itu," kata Netanyahu dalam temu bual di CBS News, kelmarin.
Dipetik Al-Jazeera, Netanyahu berkata, rejim Zionis berkemungkinan terpaksa mengambil tindakan bagi menghentikan program kontroversi
"
Laporan menyebut, Netanyahu mendakwa Teheran kini sedang membina alat centrifuge (alat berfungsi untuk meningkatkan keupayaan pengayaan uranium) yang lebih pantas hanya dalam tempoh beberapa minggu sahaja.
Sejak dua tahun lalu,
Teheran terpaksa menghadapi sekatan antarabangsa pula tetap menegaskan, program nuklear itu adalah bersifat mesra alam dan kemanusiaan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
18 maut, 34 cedera rusuhan antara penyokong tinju
Oleh:
Tarikh: July 15, 2013
Rusuhan itu bermula dengan kejadian saling ejek mengejek antara penyokong kedua-dua peserta tinju, serta perbuatan melempar objek oleh beberapa penonton mabuk ke tengah kumpulan para penyokong itu.
Jurucakap polis Nabire berkata mereka yang meninggal dunia dalam kejadian itu terdiri daripada 11 wanita dan tujuh lelaki.
Insiden itu berlaku pada pertandingan akhir kejuaraan tinju amatur Bupati Cup antara Alvius Rumkorem dari Sasana Persada dan Yulianus Pigome dari Sasana Mawa, di Kompleks Sukan
Kesudahan pertandingan itu menyaksikan Alvius muncul juara dengan kiraan mata, namun penyokong Yulianus memprotes terhadap keputusan itu sehingga timbul kejadian ejek mengejek serta perbuatan lempar kerusi.
Kekacauan kemudian berlaku sehingga memaksa kira-kira 1,000 penonton dalam kompleks sukan itu berebut untuk keluar dengan cara tolak menolak antara satu sama lain, sehingga ada yang terkorban nyawa dan ada yang cedera.
Lebih 1,500 penonton menyaksikan pertandingan akhir tinju itu malam tadi sedangkan stadium yang menjadi gelanggang pertandingan itu hanya mampu menampung antara 800 hingga 900 penonton.
Stadium Kota Lama Nabire itu hanya mempunyai satu pintu keluar dan masuk. - Bernama
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


























































No comments:
Post a Comment