IniKalilah™ | |
- GEMPAR!!! Gambar Penemuan Bangkai Buaya Gergasi Di Kuala Selangor
- Terkini Isu Semasa Mesir 25/07/2013
- TERGEMPAR!!! Sidang Media Bersama Asyraf Muslim [Saksikan...]
- GEMPAR!!! Penyebar Gambar Murid Makan Di Bilik Persalinan Akan Disiasat
- PANAS!! Bukan Semua Syiah Sesat? [Baca lah..]
- [SAKSIKAN...] Siapa Anak Jantan?
- Kes Dhamendran: Inspektor Dakwa Jadi 'Kambing Hitam' [Saksikan...]
- Pecah Berita!! Penulis Blog Seks Dibenarkan Ikat Jamin RM30,000 Tiap Seorang
- GEMPAR!!! Pengikut Syiah Semakin Berani [Saksikan...]
- BONGKAR!!! Rahsia Sujud Di Dalam Solat
- TERGEMPAR!!! Kereta Terbang Rempuh Rumah [Saksikanlah...]
| GEMPAR!!! Gambar Penemuan Bangkai Buaya Gergasi Di Kuala Selangor Posted: 25 Jul 2013 08:01 AM PDT Assalamualaikum dan salam Ramadhan.. PETANG tadi IniKalilah di gemparkan dengan penemuan seekor bangkai buaya di Kampung, Bukit Belimbing, Sungai Batang Berjuntai Kuala Selangor... Awas kepada kaki-kaki pancing udang di kawasan tersebut... Buaya gergasi di Bukit Belimbing, Kuala Selangor.. sedang dinaikkan petang tadi. |
| Terkini Isu Semasa Mesir 25/07/2013 Posted: 25 Jul 2013 07:36 AM PDT |
| TERGEMPAR!!! Sidang Media Bersama Asyraf Muslim [Saksikan...] Posted: 25 Jul 2013 05:28 AM PDT "SAYA tahu dia (Dayana) terluka," demikian reaksi pelakon, Ashraf Muslim ketika diminta mengulas tentang kontroversi yang melibatkan dirinya dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman. "Semoga segala penjelasan saya ini... Saya minta semua dapat membantu saya dan mungkin ada salah silap, saya minta maaf. "Saya harapkan apa yang saya beritahu ini tidak mengaibkan orang lain," ujar Ashraf ketika mengadakan sidang media khas di ibu kota, hari ini. Ashraf mengadakan sidang media berkenaan bagi menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perkahwinan keduanya dengan Wan Sakinah Ahmad Shaburi. Berikut adalah sesi soal jawab Ashraf bersama pihak media. MEDIA : Kenapa baru sekarang Ashraf mahu menjelaskan kepada media? ASHRAF:Saya lihat, apabila saya terlalu berdiam diri, terlalu banyak spekulasi dan cerita-cerita tak baik saya dengar. Banyak perkara yang boleh menjatuhkan, memalukan, menghina saya, menghina isteri-isteri saya, menghina keluarga saya boleh berlaku. Ini menyebabkan saya agak terkilan dan saya rasa ini masanya untuk saya beritahu kepada orang di sekeliling saya. MEDIA : Bagaimana hubungan Ashraf dengan isteri (Dayana)? ASHRAF:OK. Alhamdulillah. Saya dan Dayana OK tak ada masalah. Dengan Sakinah juga tak ada masalah. Cuma, iyalah, apabila...saya tak nak apa yang berlaku di luar sana, orang mengata menyebabkan kerosakan dan hubungan kami menjadi tak baik. Saya juga tak nak disebabkan orang luar juga, hubungan antara keluarga dengan bapa mertua dan orang sekeliling dengan keluarga saya menjadi tak baik. Dalam keadaan sekarang ini alhamdulillah. Saya baru hantar ibu dan bapa mertua saya (ibu bapa Dayana) ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah. MEDIA : Jadi, hubungan dengan keluarga mertua tak ada masalah? ASHRAF:Tak ada masalah sebenarnya cuma ada yang marah. Memanglah kita tak boleh nak halang orang marah kan? Macam-macamlah yang diperkatakan tetapi macam mana pun mereka keluarga mertua saya. Ini mengambil masa. MEDIA : Pagi tadi Asyraf dikatakan ke mahkamah. Betul? ASHRAF:Saya rasa itu berita tak betul. Sebab pagi tadi, saya pergi menghantar keluarga mertua saya ke lapangan terbang. MEDIA : Bagaimana hubungan Dayana dengan Sakinah? ASHRAF:Sekarang mereka(Dayana dan Sakinah) sedang keluar sama-sama. MEDIA : Adakah hubungan mereka baik? ASHRAF:Dalam proses. Kena berbaiklah. Ini memanglah, dalam peringkat permulaan memang cakap tak sukalah apalah tapi ini tugas saya. Saya sebagai ketua keluarga kena jagalah semua sekali. Dari sudut isteri-isteri saya, keluarga mertua, keluarga saya semua. Jadi, kalau ada orang luar yang buat kucar-kacir yang mencucuk sana sini, itu yang tak betul. Tetapi alhamdulillah sekarang ini mereka OK. MEDIA : Sebelum ini Ashraf dakwa ada media yang memfitnah dengan mengatakan Ashraf berpoligami. Tapi ternyata benar Ashraf berpoligami. Apa komen? ASHRAF: Yang dikatakan fitnah itu, sebab kenyataan itu (disiar media) bukan datang dari saya, Sakinah atau Dayana. Tidak ada. Tetapi saya tidak menafikan. Saya cuma mengatakan perkara itu tidak datang kami. Macam mana kenyataan itu boleh keluar. Kalau diikutkan etika kewartawanan, ia tidak boleh. Setahu saya lah tapi tak apa, perkara itu dah lepas. Saya minta maaf banyak-banyak. Kalau boleh nak rahsiakan perkara ini tetapi disebabkan orang dah tahu, nak elak-elak pun dah tak boleh juga. Jadi, sekarang nak kena betulkan balik. SH. |
| GEMPAR!!! Penyebar Gambar Murid Makan Di Bilik Persalinan Akan Disiasat Posted: 25 Jul 2013 05:05 AM PDT Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan memberi amaran untuk mengenakan tindakan mengikut Akta Hasutan ke atas individu yang menyebar gambar menunjukkan murid bukan Islam makan di bilik persalinan SK Seri Pristana. Thaiveegan dalam satu laporan Utusan Online berkata, penyebaran gambar berkenaan "boleh menimbulkan isu provokatif dan perbalahan kaum". "Polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan kepada pihak yang menyebarkan maklumat berbaur hasutan di laman sosial berkenaan isu yang membabitkan sekolah berkenaan," katanya seperti dipetik laman tersebut. Gambar yang berlegar di Facebook itu dilaporkan mencetus kontroversi di kalangan pengguna Internet Beberapa keping gambar di Facebook yang didakwa memaparkan murid bukan Muslim makan di kawasan bilik air di sebuah sekolah sewaktu bulan puasa mencetuskan kontroversi di kalangan pengguna Internet pada hari Selasa lalu. Gambar itu dikesan dimuatkan oleh ibu bapa kepada pelajar sekolah terbabit, yang terletak berhampiran Sungai Buloh. Ia menunjukkan pelajar duduk di meja makan yang terletak dalam kawasan bilik persalinan sekolah tersebut. Timbalan menteri pendidikan II P Kamalanathan yang meninjau kawasan tersebut keesokan harinya bagaimanapun berkata, tindakan berkenaan tidak melibatkan soal agama atau kaum. Kamalanathan yang berkata, ia hanya melibatkan lokasi kantin sementara tersebut, yang digunakan sejak Mac tahun ini. Laporan awal mendakwa hanya pelajar bukan Islam dipaksa makan di kantin sementara tersebut pada bulan Ramadan. Katanya, ia berlaku memandangkan kerja-kerja menaiktaraf kantin tersebut bermula antara seminggu hingga dua minggu lalu. Kamalanathan juga berkata Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut juga maklum mengenai kantin sementara tersebut sejak Mac kerana ia dibincangkan dalam satu mesyuarat sebelum ia dilaksanakan. Malaysiakini |
| PANAS!! Bukan Semua Syiah Sesat? [Baca lah..] Posted: 25 Jul 2013 02:05 AM PDT Bukan semua pengikut Syiah boleh diperangi, malah ada di kalangan mereka pada kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sesat secara keseluruhannya, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau menegaskan perihal ibadah golongan Zaidiah yang terletak di bawah pecahan Syiah diterima kerana tidak berbeza dengan pegangan mazhab Shafie. Mufti Perak itu juga mendedahkan terdapat kira-kira 70 mazhab yang terangkum dalam fahaman Syiah. "Kita tidak menolak ada fahaman Syiah ini yang dianggap terkeluar dari Islam. Ini kerana ajaran Syiah yang hangat diperkata memang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sanggup mengkafirkan rakan seagama," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Jika isu itu terus diperbesarkan di Malaysia, katanya, tidak mustahil negara juga bakal berdepan kemelut perang saudara, malah mungkin mengheret kaum lain yang tidak terlibat dalam isu itu. "Sebelum kejatuhan Presiden Mesir Mohamed Morsi, diskriminasi kaum berlaku kepada penganut Kristian dan Syiah di sana. Empat orang berfahaman Syiah dibunuh dengan kejam dalam insiden itu," katanya. Ahli akademik itu menganggap serangan terhadap Syiah di negara ini disebabkan pengaruh golongan Salafi yang membenci golongan berkenaan walaupun mereka tidak mencetuskan huru-hara dalam negara. Katanya, antara sebab kerajaan Kedah menggunakan pendekatan mengharamkan Syiah di negeri itu kerana bimbang provokasi tercetus antara pengikut Syiah dan ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri berkenaan. "Kerajaan Kedah ambil pendekatan itu kerana kebanyakan penduduknya bukan berpendidikan tinggi. Maka dikhuatiri jika ada pihak yang cuba mulakan provokasi, pergaduhan sesama Islam boleh tercetus. "Ini berlainan situasinya seperti di Kuala Lumpur, ketegangan mungkin dapat dielak jika dua kumpulan berkenaan saling mengawal sensitiviti dan emosi masing-masing," katanya. Berdasarkan sejarah, pensyarah itu berkata pengembangan Syiah di Nusantara agresif pada abad ke-20 di Pasai dan Perlak, malah merebak ke Istana Siam pada abad ke-17 berikutan wujudnya pemakaman di Pattaya. Jika kerajaan telus untuk menyelesaikan isu Syiah, katanya, ketua mereka atau lebih dikenali sebagai 'Usuli' perlu didekati dan pendekatan musyawarah dilakukan. "Jika kerajaan terus mengancam Syiah menggunakan pendekatan menangkap atau beri kaunseling langsung, ditakuti mereka akan berpura-pura dalam penampilan dan akidah bagi mengelak diri diancam atau dikenal pasti. "Lebih mengejutkan, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Mei lalu menggesa umat Islam seluruh dunia tanpa mengira fahaman Sunni atau Syiah supaya berdamai, berhenti berbalah dan berbunuhan sesama sendiri. "Awal minggu ini, Dr Mahathir menggesa negeri yang belum mewarta fatwa anti Syiah, patut berbuat demikian dengan mengambil kira bahawa fahaman itu hanya membawa kesan negatif dan memecah belah ummah," katanya. Selasa lalu, agensi berita nasional, Bernama melaporkan kerajaan Terengganu akan mematuhi pewartaan fatwa anti-Syiah walaupun negeri itu bebas dari pengaruh fahaman atau ajaran itu. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata laporan mendapati isu Syiah di negeri itu di peringkat terkawal. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Salleh Man, berkata fatwa pengharaman Syiah di negeri itu sudah diumum sejak beberapa tahun lalu. - 25 Julai, 2013. TMI. |
| [SAKSIKAN...] Siapa Anak Jantan? Posted: 25 Jul 2013 12:54 AM PDT Cabaran Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR: Jangan Cuba Lari Dari Isu Kegagalan SPR Di Bawah Tanggungjawab Mereka Share & like page Rafizi Ramli Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang kononnya mencabar saya mengulangi ucapan di dalam Dewan Rakyat dengan menyebut secara khusus nama mereka membayangkan bagaimana partisannya dan berat sebelahnya kedua-dua mereka ini. Malah, perkataan-perkataan yang digunakan seperti "anak jantan", "menipu" dan lain-lain tidak menunjukkan sikap profesional mereka yang kini berkokok lebih bising dari ahli-ahli politik. Saya telah ulang pendedahan mengenai pembekal dakwat kekal dan amalan perolehan yang meragukan di luar dewan. Saya telah mempersoalkan peranan dan keterlibatan pimpinan SPR di dalam proses ini yang menghakis sepenuhnya keyakinan rakyat kepada kredibiliti dan kebebasan SPR. Sebagai pimpinan tertinggi SPR, kedua-dua mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada kesemua perkara ini – dari kegagalan dakwat kekal sehinggalah kepada perlantikan pembekal melalui rundingan terus yang membolot kontrak-kontrak pembekalan tetapi gagal melaksanakannya dengan baik. Kenyataan di luar dewan yang telah saya buat adalah mencukupi untuk mereka mengambil tindakan undang-undang. Tidak timbul soal mengikut kehendak kedua-dua mereka yang cuba mengelak dari persoalan sebenar dengan menimbulkan perkara cabar mencabar, "siapa lebih anak jantan" seperti yang dimainkan oleh kedua-dua mereka sekarang. Isu sebenarnya adalah kegagalan kedua-dua mereka mengendalikan pilihanraya dengan adil, bebas dan telus. Ini dibuktikan dengan pelbagai laporan dan dakwaan terhadap mereka, terutamanya kegagalan pelaksanaan dakwat kekal. Apabila diselidiki, didapati bahawa kegagalan dakwat kekal itu berpunca dari kontrak pembekalan yang diberikan secara terus kepada individu tertentu yang turut membolot beberapa kontrak pembekalan lain. Sebagai pimpinan tertinggi SPR, mereka perlu bertanggungjawab di atas kegagalan ini. Jika mereka benar-benar menjalankan tugas dengan baik, sudah tentu mereka boleh menjawab persoalan-persoalan berikut yang menurunkan lagi keyakinan rakyat terhadap SPR: 1. Kenapa syarikat-syarikat milik Mohamed Salleh Mohamed Alli dipilih secara rundingan terus untuk menjadi pembekal barang-barang pilihanraya SPR termasuk dakwat kekal? 2. Apakah penglibatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dalam urusan perolehan dan pembekalan bahan-bahan pilihanraya, terutamanya dakwat kekal yang menjadi penambahbaikan utama yang diwar-warkan oleh SPR dalam PRU13? Apakah benar kedua-dua mereka lepas tangan sepenuhnya dalam hal ehwal pembekalan sedangkan ia adalah aspek paling utama pelaksanaan dakwat kekal yang diwar-warkan mereka? 3. Apakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak terlibat langsung di dalam sebarang perbincangan mengenai dakwat kekal, termasuk demonstrasi, kandungan kimia, kaedah pelaksanaan dan lain-lain? 4. Semasa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR menjawab pelbagai pertanyaan media mengenai dakwat kekal, apakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak berbincang langsung mengenai perkara ini dengan pegawai-pegawai lain? Mustahil Pengerusi dan Timbalan Pengerusi menjawab media tanpa pengetahuan dan maklumat awal mengenai pelaksanaan dakwat kekal termasuklah hal ehwal logistiknya seperti pembekalan dan lain-lain? 5. Kenapa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR beriya-iya mahu melindungi dan menyembunyikan identiti pembekal dakwat kekal sedangkan pembekal ini telah merosakkan kredibiliti SPR di mata rakyat? Tugas kedua-dua mereka adalah untuk menjawab perkara-perkara ini, bukannya berlagak dengan cabar-mencabar. Jika pendedahan saya itu salah, kenyataan saya di luar dewan sudah cukup untuk mereka mengambil tindakan undang-undang. Namun, kedua-dua mereka kini bersembunyi di sebalik isu cabar-mencabar kerana tidak berani untuk menjawab kelima-lima soalan yang berlegar di fikiran rakyat kini. Hakikat bahawa mereka lebih lantang cabar mencabar dari membersihkan nama SPR dengan menjawab soalan-soalan ini membayangkan ada perkara yang tidak telus yang mahu disembunyikan. |
| Kes Dhamendran: Inspektor Dakwa Jadi 'Kambing Hitam' [Saksikan...] Posted: 24 Jul 2013 10:27 PM PDT Suspek keempat kematian dalam tahanan N Dhamendran, Inspektor S Hare Krishnan, mendakwa tidak bersalah tetapi diheret ke dalam kes itu bagi 'melindungi pihak-pihak tertentu.' Ia didedahkan dalam satu laporan polis Hare Krishnan pada 1 Jun, sembilan hari selepas kematian Dhamendran pada 21 Mei 21, dua minggu sebelum inspektor polis itu menyembunyikan diri. Mengikut Malaysiakini, laporan itu menyebut Hare Krishnan tidak berada di lokap di Dang Wangi pada hari Darmendran meninggal dunia. Dhamendran 31, ditemui mati di dalam lokap polis 10 hari selepas ditahan reman berhubung kes cubaan membunuh melibatkan senjata api. Hare Krishnan juga mendakwa menerima arahan pegawai atasan pada 21 Mei untuk 'melepaskan dan menangkap semula' Darmendran ketika mangsa makan tengah hari di sebuah restoran di Cheras. Ia didakwa berlaku selepas menemui seorang mangsa kes tembak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Beliau kemudian mengarahkan anggota bawahannya untuk berbuat demikian tetapi mendapati penangkapan semula Dhamendran dibuat menggunakan butiran pengenalannya tanpa persetujuannya. Inspektor itu berkata, ada arahan untuk memasukkan namanya dalam diari lokap, sesuatu yang didakwanya dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenarannya. Dia mendakwa semua catatan dirinya dalam diari lokap tidak benar dan dilakukan untuk mengaitkannya bagi melindungi pihak tertentu. Mengikut Hare Krishnan, dia tidak pernah 'menyentuh atau memukul' Dharmendran pada hari itu, dan mendakwa dia tahu siapa yang 'memukulnya dan siapa yang berada di sana dan siapa yang tahu tentang hal itu.' Malaysiakini turut melaporkan polis mengesahkan laporan polis oleh Hare Krishnan itu. Hare Krishnan masih dalam persembunyian dan polis memapar gambarnya Selasa lalu bagi mendapatkan bantuan orang ramai dalam mengesannya. Polis mendakwa Hare Krishnan gagal datang bertugas sejak 15 Jun. Tiga suspek lain Jaffri Jaafar, 44; Mohd Nahar Abd Rahman, 45; dan Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Dhamendran pada 5 Jun. – 25 Julai, 2013. TMI. |
| Pecah Berita!! Penulis Blog Seks Dibenarkan Ikat Jamin RM30,000 Tiap Seorang Posted: 24 Jul 2013 10:05 PM PDT Penulis blog seks Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini dibenarkan ikat jamin sejumlah RM30,000 tiap seorang dengan dua penjamin oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan. Alvin dan Vivian masing-masing menghadapi tiga tuduhan di Mahkamah Sesyen. Hakim Datuk Mohd Azman Husin, yang membenarkan ikatjamin itu bagaimanapun mengenakan tiga syarat ketat, termasuk menahan pasport mereka. Mahkamah juga melarang kedua-duanya daripada memuat naik bahan-bahan atau mempunyai akses kepada peranti rangkaian pintar untuk memuat naik bahan-bahan yang sensitiviti di segi agama dan kaum. Pada 18 Julai lalu, Alvin Tan dan Vivian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka. Mereka kemudiannya memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen tidak membenarkan mereka diikat jamin terhadap tuduhan tersebut. Hari ini, mahkamah yang mendengarkan permohonan mereka itu, membenarkan dan kedua-duanya diikat jamin. malaysiakini. |
| GEMPAR!!! Pengikut Syiah Semakin Berani [Saksikan...] Posted: 24 Jul 2013 08:35 PM PDT SHAH ALAM – Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 telah menarik balik kebenaran mengamalkan mazhab Syiah aliran Al–Zaidiyah dan Jaafariah di Malaysia, menjadikan semua amalan Syiah tidak diterima di negara ini. Fatwa itu menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam. Penyebaran apa-apa ajaran selain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Penerbitan, penyiaran dan penyebaran sebarang buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan. Walaupun penegasan itu telah dibuat dan terdapat beberapa negeri sudah mewartakan bahawa ajaran Syiah haram, tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat banyak laman-laman web dan sosial mengenai ajaran itu disebarkan secara terang-terangan. Beberapa laman sosial dengan berani mengakui diri mereka pengikut ajaran Syiah dan memburuk-burukkan mazhab lain. Sebagai contoh, sebuah laman sosial yang menggelarkan diri mereka 'I'm Proud To Be Syiah' mendakwa laman sosial itu milik mazhab Syiah Imamiyah di Malaysia. Penubuhan laman sosial itu bertujuan menjawab persoalan yang dibangkitkan pengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Tidak kurang juga beberapa laman web khas untuk pengikut Syiah ditubuhkan kononnya untuk menjawab segala kemusykilan berhubung fahaman itu. |
| BONGKAR!!! Rahsia Sujud Di Dalam Solat Posted: 24 Jul 2013 06:54 PM PDT Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:- Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O'leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll. Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD? Sebenarnya:- 1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH) 2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH) Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:, Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud. "Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu" ,(HR Muslim) Firman Allah SWT yang bermaksud:- " Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" (Surah Al-Ankabut ayat:45) Dari Sudut Tasawuf Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan "rasa menghina dirinya" seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa"Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan". Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-"Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)". (Hadis Riwayat Imam Tabrani). Firman Allah SWT yang bermaksud:- " Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri" (Surah As-Sajadah ayat 15). Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu. Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat. Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, "Subhana Rabbial- A'la wa-Bihamdih". kredit: ZaFiZa |
| TERGEMPAR!!! Kereta Terbang Rempuh Rumah [Saksikanlah...] Posted: 24 Jul 2013 05:51 PM PDT KEMAMAN – "Semasa kereta terbang, saya peluk dua anak erat-erat," kata seorang guru, Junainah Yusof, 43, yang melalui detik mendebarkan apabila kereta yang dipandunya terbang dan merempuh sebuah rumah ketika pulang dari sekolah petang kelmarin. Kejadian berlaku ketika mangsa sedang melalui selekoh di laluan berbukit dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang di Felda Neram 1 untuk pulang ke rumah mereka. Bagaimanapun, nasib menyebelahi mangsa tiga beranak kerana mereka tidak mengalami kecederaan parah meskipun kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki terbalik dan remuk teruk. Junainah berkata, ketika menaiki bukit dan mahu membelok di selekoh terdapat sebuah motosikal di hadapannya membuatkannya cuba mengelak daripada terlanggar motosikal terbabit hingga kenderaan itu hilang kawalan lalu meluncur laju dan terbang merempuh sebuah rumah berdekatan. "Saya waktu itu hanya fikirkan anak-anak sebab itu saya peluk anak sambil berdoa agar kami selamat. Kami keluar dengan merangkak ikut cermin kerana kereta terbalik. "Syukur kepada ALLAH SWT kerana kami semua masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan," katanya kepada Sinar Harian. Gara-gara kejadian itu, Junainah yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Felda Neram 1 ini mengalami lebam di beberapa bahagian serta mengalami sakit-sakit badan sementara dua anaknya, Mohd Faris Nabil Sadri, 9, dan Nur Alya Fakihah, 7, mengalami lebam di lengan. Katanya, sehari sebelum kejadian berlaku, kereta yang dinaikinya itu baru sahaja selesai diservis (selenggara). SH. |
| You are subscribed to email updates from IniKalilah™ - Isu Hangat, Isu Semasa dan Terkini Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (20) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.












No comments:
Post a Comment