Wednesday, July 10, 2013

RG2011... MENELAN SISA MAKANAN, ADAKAH BATAL PUASA?

 

July 31st, 2012 | 3:04 pm | Ibadah, Soal Jawab Agama!

Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

 

 

Soalan:

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya :

Adakah batal puasa seseorang sekiranya tertelan sisa makanan atau sesuatu yang dah ada dalam mulut? Sekian. TQ

 

***********************

 

Jawapan:

Wajib sisa-sisa makanan itu diluahkan. Jika ditelan dengan sengaja, akan batal puasa. Jika tertelan tanpa sengaja, tidaklah batal puasa. Begitu juga, jika sisa itu amat sedikit di mana ia telah bercampur dengan air liur dan sukar untuk dipisahkan dari air liur, jika tertelan bersama air liur dimaafkan (yakni tidak batal puasa) sebagaimana menelan air liur itu sendiri tidak membatalkan puasa.

 

Itu adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Imam as-Syafi’ie). Adapun menurut Mazhab Hanafi; batal puasa jika sisa itu besarnya melebihi sebiji kacang putih. Jika kurang darinya, menelannya tidaklah membatalkan puasa sekalipun dengan sengaja, namun makruh hukumnya.

 

Wallahu a’lam.

 

 

Rujukan:

1.  Rahmatul-Ummah, Syeikh Abi ‘Abdillah as-Syafi’ie, hlm. 92, 2. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 436.

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment