Wednesday, July 10, 2013

RG2011... PANDUAN PUASA - SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA

 

July 24th, 2011 | 8:38 pm | Ibadah

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

 

 

Apa maksud syarat-syarat wajib puasa?

 

ISLAM meletakkan syarat-syarat yang menjadikan seseorang itu wajib berpuasa, yakni jika sempurna syarat-syarat yang dimaksudkan itu pada seseorang wajiblah atasnya berpuasa, tidak harus ia meninggalkannya. Namun jika tidak sempurna (yakni ada di antara syarat-syarat yang dimaksudkan itu tidak terdapat padanya), tidaklah diwajibkan ia berpuasa.

 

Apa dia syarat-syarat wajib puasa tersebut?

 

1. Baligh; iaitu sampai umur seseorang itu dibebani dengan kewajipan Syarak. Tidak wajib puasa ke atas kanak-kanak yang belum baligh, namun digalakkan berpuasa jika telah mumayyiz.

 

Tanda-tanda baligh ialah; a) Keluar mani apabila telah berumur 9 tahun; sama ada ketika tidur (yakni bermimpi) atau ketika jaga (dengan berjimak, khayal atau sebagainya). b) Kedatangan haid; tanda khusus bagi wanita. c) Mengandung; tanda khusus bagi wanita. d) Berumur 15 tahun; apabila seseorang itu sampai umurnya 15 tahun, otomatik ia dianggap telah baligh walaupun belum berlaku tanda-tanda tadi (yakni keluar mani, kedatangan haid dan mengandung). (Mughni al-Muhtaj, bab al-Hajr, 2/227).

 

2. Berakal; tidak wajib puasa ke atas orang gila atau tidak siuman.

 

3. Tidak ada keuzuran; iaitu kelonggaran yang ditetapkan syarak yang menggugurkan kewajipan puasa dari seseorang.

Keuzuran ini ada dua jenis; a) Keuzuran yang menegah dari sahnya puasa b) Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa.

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment