Thursday, September 19, 2013

RG2011... Kosmo di TH 200913

 

 

 

 

 

 

Diskaun 20 peratus pinjaman PTPTN tidak dilanjutkan selepas 30 September

19/09/2013 10:26pm



IPOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak bercadang melanjutkan tempoh pemberian diskaun 20 peratus ke atas pembiayaan yang diberi kepada peminjam selepas tarikh akhir 30 September ini.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, bagi memberi peluang kepada peminjam menikmati diskaun itu, PTPTN akan melanjutkan tempoh operasi perkhidmatan kaunter di semua pejabat PTPTN negeri, Pusat Sehenti di KL Sentral dan perkhidmatan Hotline agensi itu selama 10 hari mulai Sabtu ini.

"PTPTN menyeru supaya para peminjam yang masih belum melaksanakan bayaran balik supaya mengambil peluang untuk menikmati pemberian diskaun 20 peratus, kerana kita tidak berhasrat melanjutkan tawaran ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di pejabat PTPTN Perak di sini hari ini.

Katanya, mulai 21 hingga 30 Sept ini, kaunter PTPTN di ibu pejabat, pejabat negeri dan Pusat Sehenti di KL Sentral akan beroperasi seawal 8.30 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja manakala bagi hari cuti hujung minggu dan cuti umum operasi bermula 9 pagi sehingga 6 petang.

Tambah beliau, waktu operasi perkhidmatan Hotline PTPTN di talian 03-2080 445 pula diselaraskan bermula 8 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja dan dari 9 pagi hingga 6 petang pada cuti hujung minggu dan cuti umum.

"Kita melihat perkembangan mutakhir dengan ramai peminjam berkunjung ke pejabat kita di seluruh negara, namun mengambil kira permintaan ramai yang menghadapi kesukaran berbuat demikian kerana kekangan masa dan bekerja, kita bersetuju melanjutkan operasi kita termasuk hujung minggu dan cuti umum supaya mereka dapat berurusan dengan PTPTN," ujarnya. - Bernama



Artikel Penuh: 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_33.htm#ixzz2fLipfN7V 
Hakcipta terpelihara 

 

Ujian fizikal dan BMI pegawai beruniform untuk jaga imej jabatan - Pengerusi SPA

19/09/2013 9:09pm



PUTRAJAYA - Syarat mewajibkan ujian fizikal dan Indeks Jisim Badan (BMI) untuk kenaikan pangkat pegawai beruniform harus diterima secara positif kerana ia mencerminkan imej keseluruhan jabatan, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Tan Sri Mahmood Adam berkata, SPA bukan sahaja memberi peluang kepada calon kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) tetapi pada masa sama memberi pertimbangan sewajarnya untuk semua calon.

"Ujian fizikal untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred N41 telah berlangsung dari 8 September hingga hari ini (19 September) melibatkan 18 pusat ujian di seluruh negara.

"Sejumlah 40,125 permohonan diterima dalam urusan pengambilan Pegawai Penguatkuasa Gred N41 bagi mengisi 16 kekosongan jawatan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan 22 jawatan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.

Mahmood berkata daripada jumlah keseluruhan permohonan itu, hanya 12,129 calon layak mengikuti tapisan untuk dipanggil menghadiri ujian fizikal dan pancaindera (ujian mengenalpasti sama ada calon rabun warna dan pendengaran). - Bernama



Artikel Penuh: 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_32.htm#ixzz2fLixjrbc 
Hakcipta terpelihara 

 

Lebih 80 peratus lepasan IKBN dapat kerja setiap tahun

19/09/2013 8:06pm



BACHOK - Sebanyak 82 peratus daripada lebih 11,000 pelajar lepasan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) mendapat pekerjaan setiap tahun, termasuk dalam industri petroleum.

Ketua Pengarah (Bahagian Pembangunan Kemahiran) Kementerian Belia dan Sukan, Saari Salleh berkata, pelajar ini merupakan tenaga terlatih selepas menjalani pelbagai kursus kemahiran jangka pendek, selama enam bulan di institusi berkenaan.

"Mereka ini mampu mengisi keperluan tenaga mahir dalam pelbagai bidang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gerbang Kerjaya IKBN Bachok di sini, hari ini.

Pada majlis itu, lima syarikat korporat turut menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan IKBN Bachok bagi menyediakan peluang pekerjaan dan latihan lanjutan kepada pelajar, selepas menamatkan kursus mereka.

Saari berkata, lulusan IKBN berkenaan turut bersedia menerima cabaran bekerja di pelantar minyak dan di atas kapal dagang.

"Malah ada yang berjaya mempertingkatkan kelulusan mereka hingga ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dan mampu memperoleh pendapatan bulanan antara RM10,000 dan RM15,000 sebulan," katanya.

Justeru, katanya bagi memastikan kesemua IKBN mencapai tahap kecemerlangan yang diharapkan, institusi diharap dapat menyediakan indek kecemerlangan pelajar, sebagai penanda aras pencapaian pelajar. - Bernama



Artikel Penuh: 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_29.htm#ixzz2fLj4AYtW 
Hakcipta terpelihara 

Muhyiddin nafi kedatangan Obama ke Malaysia untuk memeterai TPPA

19/09/2013 8:05pm



BANGI - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia Oktober ini untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Terdapat pihak yang mendakwa kedatangan Obama ke Kuala Lumpur bulan hadapan adalah untuk memeterai perjanjian TPPA, dan perkara ini tidak akan berlaku," katanya pada sesi dialog sempena Majlis Ramah Mesra bersama warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

Beliau berkata, kerajaan memerlukan masa memandangkan masih banyak pihak yang ingin mengemukakan pandangan mereka mengenai TPPA, dan tidak boleh diketepikan.

Muhyiddin berkata, tidak ada satu tempoh jangka masa tertentu bagi kerajaan untuk membuat keputusan membabitkan perjanjian tersebut.

"Proses rundingan masih berjalan, dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sentiasa melakukan pertemuan dengan pelbagai pihak," katanya.

Timbalan Perdana Menteri menambah, ini termasuk pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang menyatakan TTPA tidak menguntungkan Malaysia.

"Kita ambil pandangan tersebut sebagai sesuatu yang penting, dan kerajaan juga mementingkan apa sahaja yang akan memberi keuntungan kepada Malaysia," katanya. - Bernama



Artikel Penuh: 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_28.htm#ixzz2fLj8vVqs 
Hakcipta terpelihara 

 

Tiada projek sulit beri taraf warganegara kepada rakyat asing di Sabah - Najib

19/09/2013 6:53pm



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tiada projek sulit oleh kerajaan berhubung pemberian taraf kewarganegaraan kepada warganegara asing di negara ini.

Malah, tegas beliau kewarganegaraan diberikan mengikut proses undang-undang negara dan Perlembagaan Persekutuan, dan negara-negara lain juga menawarkan proses kewarganegaraan mengikut syarat masing-masing.

"(Perdana Menteri keempat) Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjawab dengan terang dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) bahawa tidak ada ada apa-apa projek sulit yang kita (kerajaan) lakukan.

"Apapun yang jadi (dapat taraf) warganegara negara ini mengikut proses undang-undang negara berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan. Tetapi kalau nak kata satu projek sulit, itu tidak benar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan tahunan Middle Temple 2013 di sini hari ini.

Najib berkata demikian bagi menjawab soalan berhubung keterangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini bahawa kerajaan di bawah pimpinannya (Najib) mengetahui mengenai pemberian taraf kewarganegaraan itu. - Bernama



Artikel Penuh: 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_21.htm#ixzz2fLjZlYWL 
Hakcipta terpelihara 

 

Persatuan Kontraktor mahu kerajaan kaji semula tempoh pengambilan pekerja asing

19/09/2013 6:29pm



JOHOR BAHRU - Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor (PKMMNJ) meminta kerajaan mengkaji semula tempoh kelulusan permohonan mendapatkan pekerja asing yang sekarang ini mengambil masa sehingga empat bulan.

Pengerusinya, Mahmood Amir berkata, kebanyakan anggota persatuan itu mengadu bahawa tempoh itu terlalu lama menyebabkan projek-projek mereka lambat siap.

Memberikan contoh beliau berkata, prosedur pengambilan pekerja asing memerlukan mereka mengiklan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan di akhbar untuk tempoh 60 hari sebelum boleh menyerahkan borang permohonan pengambilan pekerja asing.

"Selepas itu, mereka perlu menunggu paling kurang sebulan setengah sebelum pekerja asing sampai bagi memulakan projek mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mencadangkan agar kerajaan mengurangkan tempoh masa iklan kerja di akhbar itu kepada dua minggu sehaja kerana menurutnya, "Kalaupun kami meletakkan iklan itu untuk tempoh setahun, tidak ada penduduk tempatan yang akan datang untuk bekerja,". - Bernama



Artikel Penuh: 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz2fLjrvEwc 
Hakcipta terpelihara 

 

Seorang maut, dua cedera selepas jentolak jatuh cerun

19/09/2013 3:55pm



KUCHING - Seorang pekerja kuari Paku di Bau dekat sini maut manakala dua lagi cedera apabila jentolak yang dinaiki mereka terbalik dan terjunam ke dalam cerun sedalam kira-kira 15 meter.

Pekerja yang maut dikenali sebagai Thomas Johin, 41, yang memandu jentolak itu manakala dua yang cedera ialah Cassey Suhen, 24, dan Sebastian Sanjit Singh, 44.

"Cassey cedera parah manakala Sebastian yang sempat terjun daripada jentolak itu sebelum ia terbalik, hanya cedera ringan, kata Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintenda Mohd. Sabri Zainol.

Kedua-dua pekerja yang cedera itu dihantar ke hospital berhampiran untuk

rawatan, katanya kepada Bernama di sini.

Mohd. Sabri berkata, kemalangan pada 8.45 pagi itu dikatakan berpunca apabila jentolak berkenaan diundur secara tidak sengaja dan hilang kawalan. - Bernama



Artikel Penuh: 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz2fLk3aoYM 
Hakcipta terpelihara 

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment