Ini apa cerita, orang POKOK SENA sampai kena makan nasik basi dah nie.. boboi pie mana??
kedahlanie.info
Nasi basi kerap jadi santapan
Som (tengah) kini mengharapkan sumbangan orang ramai bagi meneruskan kehidupan bersama suaminya, Saad dan anaknya Azizawati (kanan) di rumah mereka di Kampung Masjid Tanjung Musang, Pokok Sena.
POKOK SENA - "Nasi basi yang dibasuh semula selalu menjadi santapan kami untuk mengalas perut," demikian luahan Som Md Diah, 67, dari Kampung Masjid, Tanjung Musang, Mukim Jabi dekat sini.
Menurutnya, dia sekeluarga pernah tidak menjamah nasi seharian dan makan hanya berlaukkan air garam serta cili berkuahkan kicap.
Rentetan kehidupan daif dialaminya bersama suami, Saad Md Isa, 75, dan anaknya Azizawati, 40, terpaksa mengharapkan sumbangan dari orang ramai bagi menghabiskan sisa hidup mereka kerana tiada pendapatan tetap.
Menurut Som, mereka terpaksa mengharapkan sumbangan dari orang ramai kerana suaminya sudah tidak mampu bekerja lagi selepas lumpuh dua tahun lalu dan kini terlantar.Menurutnya, dia sekeluarga pernah tidak menjamah nasi seharian dan makan hanya berlaukkan air garam serta cili berkuahkan kicap.
Rentetan kehidupan daif dialaminya bersama suami, Saad Md Isa, 75, dan anaknya Azizawati, 40, terpaksa mengharapkan sumbangan dari orang ramai bagi menghabiskan sisa hidup mereka kerana tiada pendapatan tetap.
"Selepas suami tidak dapat bekerja di kilang kayu, saya terpaksa mengambil peranan suami dengan bekerja mengambil upah menanam padi serta bekerja di kilang kayu.
"Namun tidak lama kemudian kesihatan saya terjejas kerana menghidap penyakit kencing manis hingga ibu jari terpaksa dipotong," katanya.
Kini, katanya, dia tidak mampu bekerja lagi dan mengharapkan sumbangan dari orang ramai bagi mendapatkan sesuap nasi apatah lagi terpaksa menjaga seorang anak perempuan yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).
"Dahulu semasa sihat saya sanggup bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki tetapi kini sudah tidak berupaya lagi," katanya.
Menurut Som, dia pernah ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memohon bantuan tetapi kakitangan memaklumkan dia harus ke hospital untuk mendapat pengesahan anaknya itu OKU.
"Bagaimana saya nak pergi ulang alik ke hospital dan JKM selalu kerana selain dari masalah pengangkutan saya juga tidak mempunyai wang untuk ke sana.
"Oleh kerana terlalu susah serta banyak karenah sehingga sekarang saya tidak lagi pernah ke JKM untuk mendapat bantuan.
"Saya merayu kalau ada pihak yang simpati dengan keluarga kami ini dapat kiranya menghulurkan sumbangan membantu meringankan penderitaan kami," katanya.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment