Kes Perceraian Termahal Di Di Dunia
Bekas ratu cantik Malaysia mungkin menerima penyelesaian perceraian termahal di Britain selepas dia berpisah daripada suaminya.Pauline Chai, 66, yang tinggal di sebuah rumah di atas tapak seluas 1,000 ekar di Hertfordshire menuntut separuh daripada kekayaan bekas suaminya, Khoo Kay Peng.
Khoo adalah seorang daripada ahli perniagaan terkaya di Malaysia.Kes tuntutan itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi London semalam tetapi Khoo, 74, mahu ia didengar di Malaysia kerana dikatakan dapat memberi kelebihan kepadanya.Media melaporkan, Pauline menuntut sejumlah £500 juta (RM2.4 bilion) daripada harta dimiliki Khoo.
Jika kes berkenaan terus dibicarakan di Britain, Khoo mungkin terpaksa melepaskan 50 peratus daripada kekayaannya kepada Pauline, manakala perbicaraan di Malaysia mungkin tidak memerlukan dia membuat bayaran setinggi itu. Peguam Khoo berkata, membenarkan kes itu didengar di Britain akan memperluaskan peluang negara itu menjadi "ibu negara perceraian di dunia." Khoo - Pengerusi Malaysian United Industries - memiliki hartanah di England, Kuala Lumpur dan Australia.
Dia juga memiliki 40 peratus pegangan dalam syarikat Laura Ashley yang kini mencatat jualan £286 juta (RM1.4 bilion) setahun.Selain itu, Khoo adalah Pengarah Corus Hotels Limited yang memiliki 10 hotel termasuk Hotel Corus Hyde Park.Pasangan itu berkahwin pada 1970 dan mempunyai lima anak.
Mereka membeli sebuah rumah dan tanah di Hertfordshire pada 1998 yang dikatakan dilengkapi sebuah taman haiwan serta dua tasik buatan bernilai £60,000 (RM286,600) setiap satu.
Pauline memfailkan petisyen perceraian itu di London pada Februari lalu atas alasan "perlakuan tidak munasabah." Perceraian paling mahal di dunia sebelum ini berlaku pada 2008 apabila Beverley Charman diberikan £48 juta (RM229.3 juta) setelah rumah tangganya bersama John Charman - seorang ahli perniagaan insurans - berakhir.
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment