PROTON-
- 01/24/2014
- ChedetChedet
1. Perasaan rendah diri (inferiority complex) rakyat Malaysia sukar dikikis.
2. Pengenalan slogan “Malaysia Boleh” berjaya sedikit sebanyak meningkatkan kepercayaan rakyat Malaysia akan kebolehan mereka. Tetapi masih ramai yang anggap orang lain terutama yang berkulit putih serba boleh sehingga tidak percaya ada apa-apa kelemahan pada mereka.
3. Dalam bidang pembuatan kereta, British sudah tidak berupaya lagi. Jenama seperti Morris, Singer, Standard, Austin, sudah megaku kalah dan tidak dikeluarkan lagi. Kereta mewah British yang ada seperti Rolls Royce, Bentley dimiliki dan dibuat oleh orang Jerman. Jaguar dan Rover dimiliki oleh Tata, India.
4. Di Amerika Syarikat, Detroit, bandar otomobil yang dahulu mengeluarkan berjuta-juta kereta sekarang sudah bankrap dan tidak lagi mengeluarkan apa-apa kereta. Semua kilang ditutup dan pekerja berpindah ke tempat lain.
5. Kita akui Jepun dan Korea sudah jadi pengeluar kereta berkualiti.
6. Tetapi hanya 30 tahun dahulu kereta Jepun dikatakan dibuat dari tin Milo, dan kualitinya amat rendah. Kereta Korea juga tidak dapat dijual di Malaysia dan di pasaran dunia kerana kualiti rendah.
7. Sekarang China mengeluarkan kereta dan kita import kereta mereka. Tetapi tak ramai orang Malaysia membeli kereta China. Satu hari kita semua akan beli kereta China kerana ia tidak diperbuat oleh orang Malaysia.
8. Proton berusia 28 tahun. Tetapi kereta pertamanya laris di jual dan hingga kini masih dilihat di jalan-jalan. Memanglah kualiti kurang baik pada mula tetapi pengeluaran Saga pertama diteruskan hampir 15 tahun kerana permintaan daripada rakyat Malaysia.
9. Ada kala kecacatan terdapat seperti cermin tingkap tidak dapat dibuka atau ditutup. Proton dapat sistem cermin otomatik dari pembekal asing. Hari ini masalah ini tidak ada lagi. Lain-lain kecacatan juga sudah diperbaiki. Perkara seperti ini berlaku juga kepada jenama Jepun hingga terpaksa ditarik balik ratusan ribu. Sesiapa pun di Malaysia tidak berhenti membeli jenama Jepun ini. Sebabnya kerana buatan bukan Malaysia.
10. Jangan perkecil kebolehan jurutera dan pekerja Malaysia – terutama Melayu. Mereka berkebolehan. Jika dipimpin oleh pengurusan cekap, hasil keluaran mereka amat baik. Tetapi kadang-kadang pengurusan tidak begitu cekap dan banyaklah masalah yang memberi nama buruk kepada Proton.
11. Sila cuba kereta Proton terkini, Preve dan Suprima S. Alatan yang dipasang lebih baik dan berfungsi juga lebih baik dari Proton dahulu, bahkan jenama lain.
12. Tentulah harga dinaikkan sedikit tetapi masih lebih murah dari jenama lain.
13. Kikislah kepercayaan bahawa kita, terutamanya Melayu adalah bangsa yang jahil dan tidak berkebolehan. Kita boleh. Yang menyebabkan kita kadang-kadang kurang berjaya bukan kerana tidak boleh, tetapi kerana tidak mahu. Sikap pelanggan yang tidak yakin akan kebolehan kita juga melemahkan semangat pekerja kita.
14. Manusia mana pun yang mendapat kemahiran akan jadi cekap. Kalau tidak diberi peluang mendapat kemahiran, yang pintar pun tidak dapat membukti kepakaran mereka.
15. Belaku adillah kepada barangan dan pekerja kita.
P/s: Sebagai Rakyat malaysia,sudah tentulah kita berbanga dengan produk Seperti Proton ini, dan kita akan lebih berbangga sekiranya Kerajaan Menghapuskan Duti Eksais yang dikenakan kpd Proton dan juga Segala cukai2 import lebih dari 100% yang dikenakan ketas kereta import,barulah kita "berbangga" dalam erti kata sebenar,bukan bangga yang terpaksa..Bila semua itu sudah dilaksana,tulislah balik dengan hilite point No.8 diatas,sekiranya point itu masih lagi boleh diguna,itu akan bererti "Kebanggaan Sebenar"
Tetapi,jikalau (sbg Contoh) segala sayur sayuran lain dinaikkan harga sehingga 100% dari harga asal,kemudian disuruh orang menanam sayur kangkung saja sbg ganti dan harga sayur kangkung itu dijadikan sedikit murah dari harga asparagus serta dilabel kangkung itu sebagai 'Kangkung Malaysia', lalu jualanya mencapai BOx Office saperti Filem The Wolf of Wall street Felem anaknya Rosmah,Apakah rakyat harus berbangga dengan kangkung itu? Common..be fair..Old Man.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment