Akhirnya Pusat Tahfiz Amal diarah tutup, tapi bila tutup anak yatim tu nak dok mana pulak..!?
Posted by Kedah LaniePusat Tahfiz Amal diarah tutup
ALOR SETAR - Pusat Tahfiz Amal di Km 17, Jalan Kuala Kedah-Yan telah diarah menghentikan operasi melalui notis arahan tutup oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) pada 10 Februari lalu.
Timbalan Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jaik, Mohd Fadil Ab Rahman berkata pihaknya akan melakukan pemantauan susulan bagi memastikan pengurusan sekolah mematuhi arahan notis tutup itu.
"Mengenai notis tutup ini juga kita sudah laporkan kepada pihak polis dan kita nanti apa tindakan yang boleh kita ambil jika mereka enggan mematuhi notis berkenaan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata notis itu telah ditandatangani Pengarah Jaik, Datuk Noh Dahya yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12(1) Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 1988.
"Notis berkuat kuasa serta-merta itu dikeluarkan Jaik sebagai susulan kepada notis bertarikh 1 Januari 2007, selepas Jaik mendapati pusat berkenaan masih menjalankan operasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran," katanya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini mengesahkan pusat tahfiz tersebut bernaung di bawah ajaran Azhar Wahab atau ajaran Al-Mansur yang difatwakan sesat.
Difahamkan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 membincangkan mengenai ajaran Azhar Wahab dan memutuskan ia bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada Islam.
Isu mengenai pusat itu yang memperalatkan pelajar mengutip derma menjadi tumpuan apabila beberapa laman web termasuk Facebook mendedahkan beberapa keping gambar individu yang didakwa sebagai pengetuanya sedang berhibur dan hidup mewah hasil kutipan derma yang dilakukan para pelajar. - Bernama
GAMBAR PENGETUA "PUSAT TAHFIZ AMAL" BERPOYA-POYA SAMPAI LUPA DUNIA HASIL KERAHAN TENAGA ANAK-ANAK MURIDNYA KINI TERSEBAR LUAS DI ALAM MAYA!!!
omakkau.blogspot.Posted by OMAK KAU!!
Kisah bergambar seorang mengaku Pengetua sebuah "Pusat Tahfiz Amal" yang joli sakan sampai lupa dunia dengan menggunakan kutipan wang dari kerahan tenaga secara paksa anak-anak muridnya kini tersebar luas di alam maya.
Kisah ini sudah lama di perkata dan persoalkan namun tiada nampak suatu tindakan yang menyakinkan untuk menyekat dan memberhentikan kegiatan jijik dan mendera kanak-kanak ini dilakukan pihak yang berwajib.
Mohon pihak yang diberi amanah dan tanggung jawab, sila bingkas bangkit dengan pantas untuk ambil sesuatu tindakan undang-undang.
Kepada masyarakat umum tolong hentikan menghulurkan "derma" kerana hasilnya ialah untuk pengetuanya berjoli sana sini.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment