Tuesday, February 4, 2014

RG2011... Budak Kampung

 



Kampung Cekok

Budak Kampung



Ganjaran menolong Mukmin dalam kesusahan

Posted: 03 Feb 2014 10:50 PM PST

Daripada Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW, sabdanya yang bermaksud,
"Sesiapa yang melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan orang yang tengah dilanda kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah satu kaum berkumpul di satu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisi-Nya dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya,". (Riwayat Muslim dan al Tirmizi).

Kita hendaklah selalu menolong saudara Mukmin di atas muka bumi ini dengan cara membantu dan melepaskan kesusahan urusan dunia daripada hidup mereka. Ganjarannya, Allah akan melepaskan salah satu kesusahan kita nanti pada hari kiamat.
�
Hendaklah kita sering mengunjungi masjid dan rumah Allah untuk menghadiri kelas pengajian dan majlis ilmu dan mengajak saudara lain untuk sama-sama mempelajari kitab Allah dan sunah.
Kita hendaklah selalu menolong saudara Mukmin di atas muka bumi ini dengan cara membantu dan melepaskan kesusahan urusan dunia daripada hidup mereka"
�
Sesiapa yang malas beramal, kurang atau lambat amalannya maka Allah tidak akan mempercepatkan urusan mengangkat darjatnya.
�

* Sumber dipetik dari Buku Hadis 40 Imam Nawawi

Tempat Sujud Malaikat Jibril Disebelah Kanan Pintu Kaabah

Posted: 03 Feb 2014 10:45 PM PST

Lebih kurang satu depa ke sebelah kanan pintu Kaabah terdapat satu susunan marmar coklat kemerahan tanda untuk mengabadikan lokasi Jibril a.s. semasa mengimamkan RasuluLlah s.a.w selepas turunnya perintah solat dalam peristiwa Isra' Mikraj.
�
Jibril a.s. turun sebanyak 10 kali yakni lima kali diawal waktu dan lima lagi di akhir waktu untuk mengajar sempadan masa solat. Ia sebagai perincian kepada keterangan firman Allah didalam kitab Al-Quran yang mengkehendakki kita solat diwaktu malam, siang dan fajar. Penegasan ini sesuai dengan solat sebagai tiang agama yakni Rukun Islam yg kedua selepas Shahadah.
�
Lazim Imam Masjidil Haraam mengambil barakah lokasi ini semasa mengimamkan jemaah solat waktu. Ada Duyufur_Rahman yg menceritakan semerbaknya tempat sujudnya Jibril a.s. ketika solat disitu.
�
Alangkah bertuahnya dan amat beruntung tetamu Allah itu.
�

Celoteh : Jatuh talak tiga kerana wifi

Posted: 03 Feb 2014 07:39 PM PST

SELALU disebut orang, wanita lebih setia berbanding lelaki. Betulkah? Sama seperti dalam banyak hal yang lain, walaupun mungkin benar wanita lebih setia dalam� percintaan tetapi pastinya bukan seratus peratus. Cuma daripada pemerhatian rambang, wanita sering dianggap lebih setia.
�
Tengoklah pada kawan-kawan kita, saudara mara kita, berapa ramai wanita yang terus hidup sendiri, tidak cari pengganti selepas kematian suami. Tidak. Saya tidaklah sampai mengatakan mereka yang berkahwin lagi itu sebagai tidak setia. Itu soal jodoh dan juga ada sebab-sebab yang lain.
�
Islam dan budaya kita pun tidak menghalang sesiapa juga untuk berkahwin kali kedua, ketiga atau ke berapa sekalipun setelah habis tempoh iddahnya. Ini sekadar perbandingan mudah dalam konteks setia cinta antara lelaki dengan wanita.
�
Dan kita lihatlah pula bagaimana lelaki yang berhadapan situasi serupa. Berapa ramai yang kekal hidup menyendiri selepas kematian isteri atas alasan tidak sanggup untuk menduakan si dia yang sudah pergi dan hati menolak kehadiran orang baru untuk bergelar pengganti.
�
Banyak yang saya jumpa untuk tempoh seminggu atau dua tiga minggu pertama, sedih hibanya tidak terkata. Lepas sebulan, akan disebut-sebut, kawan-kawan di surau , di pejabat sudah bertanya, "bila nak cari pengganti?"
�
Beberapa hari kemudian, keluarlah status baru: "hidup mesti diteruskan ..." Masuk bulan kedua, bukan setakat status Facebook, status diri pun sudah baru, 'kalau dah jodoh ...!'
�
Itulah yang kita biasa perhatikan walaupun bukanlah� maknanya semua lelaki demikian. Pada zaman dahulu, dicipta orang perumpamaan untuk menggambarkan mereka yang cepat bertemu jodoh baru selepas kematian pasangan iaitu 'tanah kubur masih lagi merah ...'
�
Itu zaman dahulu. Zaman sekarang lain pula. Seiring dengan perkembangan teknologi, diciptakan pula perumpamaan baru. Untuk menggambarkan betapa wanita lebih setia berbanding lelaki, hati mereka diumpamakan seperti wifi. Wifi seperti yang kita tahu� hanya boleh diakses oleh� yang� memiliki kata laluan atau password sahaja.
�
Ini khusus kepada yang diiktiraf sebagai pasangan sahaja, sama ada suami atau kekasih yang sejati.
�
Manakala hati lelaki pula, kononnya diumpamakan dengan aplikasi 'bluetooth'. 'Bluetooth' seperti yang kita tahu apabila berdekatan,� akan 'connect' sebaliknya tatkala berjauhan, ia akan 'try to search a new device' atau cuba mencari pasangan baru.
�

Betulkah begitu?� Seperti yang saya nyatakan di atas tadi, penilaian terhadap hal-hal yang semacam ini tidak akan ada yang seratus peratus betul atau seratus peratus sama. Ianya adalah pada diri masing-masing. Sendiri tanya, sendiri juga yang kena jawab!
�
Ada pun berkaitan dengan wifi,� satu lagi kisah yang walaupun bunyinya sekadar olok-olokan tetapi elok juga dijadikan peringatan.
�
Dikisahkan daripada seorang peguam yang menyampaikan cerita ini kepada saya bahawa seorang suami yang panas baran menerima SMS daripada bekas jirannya yang baru berpindah.
�
Dalam SMS itu, pemuda bekas jirannya itu meminta maaf kerana katanya selama mereka tinggal berdekatan, dia sudah beberapa kali curi guna 'wife' lelaki itu.
�
"Saya minta maaf sebab saya tahu saya berdosa kepada tuan kerana guna 'wife' tuan tanpa kebenaran," demikian pengakuan pemuda berkenaan.
�
Lelaki itu pula yang tanpa usul periksa balik ke rumah terus mengamuk lalu menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus.
�
Tidak lama kemudian, dia terima satu lagi SMS daripada bekas jirannya itu: "Minta maaf tuan, bukan wife tapi wifi. Salah ejaan."
�
Ya, cerita ini mungkin sekadar rekaan walaupun ada juga komen rakan-rakan yang mengaku pernah dengar cerita yang hampir sama atau seumpamanya bahawa hal yang seperti itu pernah berlaku secara realiti. Apa pun bagi saya, ia baik untuk kita jadikan peringatan.
�
Orang yang panas baran mudah hilang pertimbangan dan dalam keadaan hilang pertimbangan apa-apa yang tidak logik, tidak munasabah pun boleh berlaku tatkala kerasukan. Jadi waspadalah.
�
Berdoa pada ALLAH minta perlindungan daripada hasutan syaitan pada setiap masa kita. Jangan sampai nasi jadi bubur apa lagi yang berkaitan dengan talak.
�

* Oleh MUHAMAD MAT YAKIM, Sinar Harian, 31 Januari 2014


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (6)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment