PENDAHULUAN
Penulisan kertas kerja program dan laporan aktivitimerupakan dua perkara penting yang perlu dikuasai oleh semua orang tanpa mengira jawatan seseorang. Hal ini demikian kerana setiap pekerja perlu menulis kertas kerja program dan laporan aktiviti pada bila-bila masa yang diperlukan. Oleh itu, kemahiran dalam menulis kertas kerja program dan laporan aktiviti sangat penting dikuasai bagi meningkatkan kredibiliti dalam kerjaya.
Teringat saya pada seorang rakan sejawat yang rasa panik apabila diminta menulis kertas kerja program terlebih dahulu sebelum sesuatu program dilaksanakan. Hal ini demikian kerana beliau tidak tahu cara atau kaedah menulis kertas kerja program. Begitu juga apabila ada rakan sejawat yang tertanya-tanya tentang cara menulis laporan aktiviti selepas aktiviti atau program yang dirancang dijalankan.
Oleh itu, saya terpanggil untuk menulis buku ini bagi berkongsi pengetahuan saya dalam menulis kertas kerja program dan laporan aktiviti. Terdapat tiga bab dalam buku ini, iaitu:
Bab 1 – Pengenalan
Bab 2 – Kertas Kerja Program
Bab 3 – Laporan Aktiviti
Dalam Bab 1, anda akan diberikan penerangan sebab buku ini ditulis. Hal ini penting agar buku ini dapat membantu anda dalam meningkatkan pemahaman dari segi penulisan kertas kerja program dan laporan aktiviti.
Bab 2 pula akan menyentuh tentang kertas kerja program. Dalam bahagian ini, pembaca akan diperkenalkan perkara yang perlu ada dalam kertas kerja program, format penulisannya dan contoh-contoh kertas kerja program untuk rujukan pembaca. Dalam beberapa contoh kertas kerja program ini juga dimasukkan beberapa contoh surat yang perlu disertakan atau dibuat untuk menjayakan aktiviti yang dirancangkan sebagai panduan.
Bab 3 pula memuatkan perkara yang perlu ada dalam sesebuah laporan aktiviti yang baik dan kepentingan penulisan laporan aktiviti. Dalam bahagian
ini, diperturunkan beberapa contoh laporan aktiviti untuk rujukan pembaca.
Penutup bagi keseluruhan buku ini menjelaskan harapan penulis berkaitan dengan buku ini.
BAB 1
PENGENALAN
Banyak antara kita yang beranggapan bahawa sesiapa juga boleh menulis kertas kerja program dan membuat laporan aktiviti. Namun, apabila diminta untuk membuat salah satu daripada perkara berikut, pelbagai alasan diberi dan jika dibuat pasti ada sahaja perkara yang tidak dimasukkan. Hal ini terjadi kerana kita tidak melengkapkan diri kita dengan pengetahuan dalam menulis kertas kerja program dan laporan aktiviti.
Mahukah anda membuat kertas kerja program atau laporan aktiviti yang diminta berulang kali? Pasti itu sesuatu yang membebankan. Sanggupkah anda membuang masa menghadap komputer riba berjam-jam lamanya membuat kerja tersebut? Pasti anda tidak sanggup, bukan? Oleh itu, kita perlu melengkapkan diri kita dengan pengetahuan dalam penulisan dua perkara ini untuk memudahkan kerja kita.
1.1 Mengapakah buku ini ditulis?
Buku ini ditulis atas keperihatinan bahawa ada antara kita yang tidak tahu menulis kertas kerja program sehingga sesuatu program yang sangat baik untuk dilaksanakan tidak dapat dilaksanakan kerana penghasilan kertas kerja program yang mengambil masa yang lama. Ada juga yang meminta rakan sejawat memberikan contoh kertas kerja program yang telah dibuat dan diolah semula. Keadaan ini menjadi suatu fenomena biasa di tempat kerja.
Setelah program dilaksanakan, laporan tentang program yang telah dilaksanakan tidak dibuat. Hal ini gara-gara tidak mengetahui cara untuk menulis laporan aktiviti yang lengkap. Ada yang beranggapan bahawa menulis laporan aktiviti ini hanya membuang masa kerana tidak mengetahui kepentingan menulis laporan selepas sesuatu aktiviti atau program dijalankan.
Oleh itu, sebagai penulis, saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang cara penulisan kertas kerja program dan laporan aktiviti agar segala kerja kita berjalan dengan lancar. Besar harapan saya agar buku ini dapat membantu anda menguasai dua penulisan ini.
1.2 Untuk siapakah buku ini ditulis?
Sebenarnya buku ini ditulis untuk semua orang tanpa mengira pekerjaan ataupun pangkat. Mengapakah saya mengatakan begitu? Hal ini demikian kerana walaupun contoh kertas kerja program dan laporan aktiviti yang diketengahkan melibatkan aktiviti sekolah dan kelihatan sesuai untuk rujukan para guru ataupun bakal guru, namun semua contoh kertas kerja program dan laporan aktiviti ini boleh diolah dan menjadi bahan rujukan dan panduan kepada semua pihak sama ada pekerja swasta atau kerajaan dalam menyediakan kertas kerja program dan laporan aktiviti. Tambahan pula, buku ini bukan sahaja menyenaraikan contoh kertas kerja program dan laporan aktiviti tetapi juga penerangan dan tip mudah untuk membantu anda menulis kedua-dua dokumen tersebut.
Jadi, tidak keterlaluan jika saya menyatakan bahawa buku ini perlu menjadi salah satu buku yang harus berada di rak buku koleksi peribadi anda kerana saya percaya pada suatu hari nanti anda amat memerlukan buku ini untuk dijadikan rujukan.
KANDUNGAN BUKU
PENDAHULUAN
BAB 1: PENGENALAN
1.1 Mengapakah buku ini ditulis?
1.2 Untuk siapakah buku ini ditulis?
BAB 2: KERTAS KERJA PROGRAM
Pendahuluan
2.1 Apakah kertas kerja program?
2.2 Siapakah yang biasa menulis kertas kerja program?
2.3 Apakah yang perlu ada dalam kertas kerja program?
2.4 Proses penulisan kertas kerja program
2.5 Format kertas kerja program
2.6 Contoh kertas kerja program
1. KERTAS KERJA PROGRAM KEM BAHASA SPM
2. KERTAS KERJA PENYERTAAN PROGRAM KARNIVAL SENI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) DAN ANUGERAH SLAD (SKIM LENCANA ANTIDADAH)
3. KERTAS KERJA PROGRAM GALAKAN MEMBACA BAGI PROGRAM NILAM
4. KERTAS KERJA PROGRAM KEM MENGGAPAI BINTANG
5. KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
6. KERTAS KERJA PROGRAM KEM PERMATA KASIH SPM
7. KERTAS KERJA PROGRAM HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM
8. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMAN PERTANIAN BUKIT CAHAYA SERI ALAM, SHAH ALAM
9. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RUMAH PENGASIH KUALA LUMPUR
10. KERTAS KERJA PROGRAM HARI KANTIN
11. KERTAS KERJA PROGRAM NAIK TARAF BILIK SUMBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
12. KERTAS KERJA PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN
13. KERTAS KERJA PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU
14. KERTAS KERJA PROGRAM IHYA’ RAMADAN
15. KERTAS KERJA PROGRAM JAMUAN AKHIR TAHUN
BAB 3: LAPORAN AKTIVITI
Pendahuluan
3.1 Apakah laporan aktiviti?
3.2 Siapakah yang biasa menulis laporan aktiviti?
3.3 Apakah yang perlu ada dalam laporan aktiviti?
3.4 Proses penulisan laporan aktiviti
3.5 Format laporan aktiviti
3.6 Contoh laporan aktiviti
1. LAPORAN AKTIVITI BENGKEL PERMATA KASIH SPM
2. LAPORAN AKTIVITI PROGRAM MENGGAPAI BINTANG
3. LAPORAN KESELURUHAN KEM BAHASA
4. LAPORAN KEM BAHASA ANJURAN BERSAMA PANITIA BAHASA MELAYU DENGAN PANITIA BAHASA INGGERIS
5. LAPORAN PROGRAM NILAM SESI PAGI 2014
6. LAPORAN PROGRAM SEMINAR KECEMERLANGAN PELAJAR PMR
7. LAPORAN SEMINAR SINAR HARAPAN PMR
8. LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN SLAD/KESELAMATAN JALAN RAYA
PENUTUP
Artikel ini dipetik dari buku KOMPILASI KERTAS KERJA PROGRAM DAN LAPORAN AKTIVITI. Maklumat lanjut tentang buku ini boleh didapati di www.perintis.com.my. Anda juga boleh menghubungi Cik Nor untuk maklumat lanjut berkenaan buku ini di talian 03-90195303.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment