Wednesday, February 5, 2014

RG2011... Cara Atasi Masalah Pelat?

 

Cara Atasi Masalah Pelat?

Cara Atasi Masalah Pelat?
Individu yang pelat seringkali dikaitkan dengan lidah yang pendek. Namun, menurut Dr Alan Goni masalah pelat ini tiada kaitan dengan tebal atau pendeknya lidah seseorang. Secara umumnya, panjang lidah seseorang adalah tidak terlalu berbeza.


Sebenarnya masalah pelat ini disebabkan wujudnya perbezaan pada bahagian lidah yang dinamakanfrenulum linguae. Perbezaan ini akan menjadikan seseorang itu mengalami masalah untuk melafazkan sesuatu perkataan atau huruf yang lebih sinonim dipanggil pelat.
Perbezaan panjang dan pendek frenulum linguae inilah yang menyebabkan kesukaran seseorang itu untuk menggetarkan lidah. Selalunya kita dapat lihat kesukaran seseorang itu untuk menyebut huruf 'R' dengan getaran yang betul.
Cara Mengatasi Masalah Pelat?
Dr Alan Goni menyarankan kepada individu yang mengalami masalah ini untuk menjalani terapi pertuturan – speech therapy dengan syarat seseorang itu tidak mempunyai masalah kesihatan yang lain yang menggangu pertuturannya.
Terapi pertuturan ini merangkumi pergerakan nafas dan penyebutan huruf yang sukar untuk dilakukan tanpa bantuan pakar kerana ia melibatkan koordinasi lidah dan juga bahagian lain pada rongga mulut.
Tip Untuk Mengatasi Masalah Anak Pelat
Saya lakukan tip ini kepada anak bongsu saya yang mengalami masalah pelat. Caranya, masa kecil selalu ajuk balik perkataan pelat yang disebut. Biarkan anak untuk terus bercakap sebelum mencelah. Kemudian perbetulkan sebutan pelat tersebut dengan sebutan yang betul. Latih secara intensif mana-mana perkataan yang disebut pelat. Seterusnya berdoa kepada Allah SWT dengan membaca doa Nabi Musa [lidah Nabi Musa terbakar perbuatan firaun] juga juga potongan surah tentang Nabi Sulaiman dan Nabi Daud. -Oleh Nally Lan-
Tips paling berkesan ubat pelat, kunyah halia sebelum tidur dan biarkan dibawah lidah sehingga esok pagi -oleh HyperZ-
Jika anda mempunyai tip untuk mengatasi masalah pelat, sila kongsikan dalam ruangan komen.


RECOMMENDED To Read

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment