Tuesday, February 4, 2014

RG2011... Fw: Bot operasi milik tentera meletup

 



Jerai - Bot operasi milik tentera meletup ketika diselenggara

kedahlanie.info
 
2 menggelupur atas lantai tubuh terbakar

Jerai: "Saya nampak depa (mereka) menggelupur atas lantai dengan seluruh tubuh terbakar dan melecur," kata Adnan Khalid, 50, saksi kejadian letupan di sebuah bengkel membaik pulih bot di sini, semalam.

Adnan yang juga pengawal keselamatan di bengkel yang terletak di Perkampungan KEDA Sungai Udang di sini, adalah antara individu pertama tiba di lokasi sejurus sebuah bot operasi milik tentera yang sedang diselenggara meletup, kira-kira jam 11.30 pagi.

Kejadian itu menyebabkan dua pekerja, Mohd Shamsul Asfanizal Omar, 24, dan Nik Mohd Shafik Nik Mat, 19, yang juga pelajar praktikal di bengkel berkenaan, parah dengan hampir 100 peratus badan masing-masing melecur akibat terbakar.

Tiba-tiba meletup

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa sedang memeriksa kebocoran tangki bot jenis Assault bernilai hampir setengah juta itu yang sedang dalam proses penyelenggaraan, sebelum tiba-tiba meletup dan terbakar.

Adnan berkata, sebaik terdengar letupan, dia bergegas ke bengkel dan mendapati kedua-dua mangsa menggelupur kesakitan dengan tubuh masing-masing yang melecur akibat terbakar, dipenuhi asap.

"Saya tidak dapat bayangkan kesakitan dialami mereka yang ketika itu dilihat hanya mampu menggelupur kesakitan. Ketika itu, saya nampak dengan jelas tulang kaki seorang mangsa... ia cukup menyakitkan," katanya.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Yan di sini, sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.

Tinjauan di lokasi mendapati penduduk setempat mendengar letupan itu yang cukup kuat.

Panggilan kecemasan

Bagaimanapun, mereka tidak menyangka ia membabitkan letupan bot, sebaliknya hanya mengandaikan ia bunyi mercun sempena Tahun Baharu Cina.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Sobri Man, berkata pihaknya yang menerima panggilan kecemasan jam 11.58 pagi, bergegas ke lokasi sebelum tiba dua minit kemudian.

"Sebaik tiba, kedua-dua mangsa sudah dihantar ke hospital dan kami menjalankan operasi pemadaman," katanya.

Sementara itu, pekerja bengkel yang enggan dikenali, berkata letupan kemungkinan berpunca daripada gas yang terkumpul dalam tangki bot berkenaan.
Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih disiasat.

Sehingga kini, jumlah kerugian dianggar mencecah RM800,000 termasuk nilai bot jenis Assault yang hangus terbakar.
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment