Monday, February 3, 2014

RG2011... Fw: Budak maut dihempap TV

 



Budak maut dihempap TV ketika hendak rakam gambar

 

BUTTERWORTH: Kegembiraan keluarga untuk merakamkan gambar kenangan ketika meraikan Tahun Baru Cina berakhir tragedi apabila anak tunggal pasangan itu maut apabila televisyen

menghempapnya dalam kejadian di Taman Chai Leng, Perai, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Baharom Abu berkata dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, keluarga berkenaan sedang bersiap-siap merakamkan gambar kanak-kanak perempuan itu, Chew Hui Zhen, tiga tahun, sebelum dihempap televisyen 29 inci.

"Televisyen jenis lama iaitu saiz besar dan berat itu diletak di atas sebuah rak yang tingginya tidak sampai satu meter dan dipercayai kanak-kanak berkenaan berdiri di hadapan rak itu untuk mengambil gambar sebelum ia (rak) condong dan televisyen itu jatuh atasnya.

"Akibat kejadian berkenaan, mangsa parah dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut, bagaimanapun kanak-kanak itu mati ketika menerima rawatan pada 10.30 malam tadi.

"Kita dimaklumkan kejadian itu oleh pihak hospital dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baharom berkata, polis menyiasat kejadian itu sebagai mati mengejut kerana laporan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Katanya, pihaknya belum mengambil keterangan daripada ibu dan bapa kanak-kanak itu kerana mereka masih dalam keadaan sedih dan trauma.

"Ketika kejadian beberapa anggota keluarga bapa kanak-kanak itu turut berada di rumah berkenaan dan mereka sedang meraikan sambutan Tahun Baru Cina," katanya.

Sementara itu, usaha pihak media untuk menemu bual ibu bapa kanak-kanak itu, Chew Hock Soon, 26, dan Phoruethai Sae Lee, 25, di bilik mayat HSJ gagal selepas mereka enggan ditemubual.

Bapa kanak-kanak itu bekerja sebagai tukang paip manakala ibunya warga Thailand dan tidak bekerja. - Bernama

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment