Friday, February 21, 2014

RG2011... Fw: Pengerusi Demo Bantah PBS Ditukar Ke Sekolah Luar Bandar

 



Pengerusi Demo Bantah PBS Ditukar Ke Sekolah Luar Bandar

bloglist-malaysia.blogspot

Penganjuran 'Himpunan222: MansuhPBS' oleh Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) menerima tamparan apabila Pengerusi Penajanya, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari, ditukarkan ke sekolah luar daerah berkuatkuasa serta-merta.

Pertukaran sekolah itu dibuat tanpa alasan kukuh.

Mohd. Izzat berkata, tindakan kementerian itu dilihat tidak profesional dalam menangani isu tersebut.

"Perjuangan SGMM adalah semata-mata demi masa depan pelajar-pelajar terutama pelajar Tingkatan 3 yang terkesan dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah disalahertikan oleh kementerian.

"Kita tidak melibatkan mana-mana parti politik dan hanya mahu dasar pendidikan negara memberi manfaat kepada para pelajar telah dianggap sebagai penentang kementerian yang akhirnya dengan sesuka hati membuat keputusan pertukaran sekolah ini," katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Beliau dan seorang lagi guru yang merupakan penyokong kuat SGMM telah menerima surat pertukaran sekolah bertarikh 17 Februari lalu.

Mohd. Izzat berkata, langkah terbaru yang dibuat oleh kementerian ini tidak akan mematahkan semangat beliau dan SGMM untuk terus berjuang sehingga PBS dimansuhkan.

"Perjuangan akan tetap diteruskan kerana masa depan generasi akan datang adalah lebih penting berbanding hukuman yang diberikan mereka.

"Tindakan mereka hanya membuka pekung sendiri dan tidak lama lagi kezaliman kementerian akan terdedah juga satu demi satu," ujarnya.

- MalaysiaGazette
 
 
 
 
----- Original Message -----
 
Sent: Thursday, February 13, 2014 12:03 AM
Subject: Fw: Guru akan adakan bantahan program penilaian pelajar

Guru akan adakan bantahan program penilaian pelajar
 
 
Kumpulan pendesak guru merancang untuk mengadakan bantahan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hujung bulan ini bagi mendesak Putrajaya menghentikan program penilaian tiga tahun pelajar.

Bantahan yang jarang diadakan dari bidang perguruan itu menunjukkan rasa tidak puas hati warga pendidik yang semakin tinggi terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA), kata jurucakap Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

Himpunan ini dirancang juga biar pun berulang kali jaminan diberikan Putrajaya bahawa SBA satu keperluan kepada pembaharuan sistem pendidikan kebangsaan dan penambahbaikan kepada sistem akan diselesaikan April ini.

Ketua kumpulan kerja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata bantahan #himpunan222kpmputrajaya akan diadakan pada 22 Februari di hadapan KPM Putrajaya.

"Kami mengadakannya pada Sabtu bagi memberi lebih banyak guru peluang menyertainya dan tidak lupa menjalankan tanggungjawab ini," katanya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Pahang.

 

----- Original Message -----
 
Sent: Thursday, February 13, 2014 11:26 PM
Subject: Fw: Tangan2 Gatal Punca Sistem Pendidikan Malaysia Carca Marba

Tangan-Tangan Gatal Punca Sistem Pendidikan Malaysia Carca Marba

lusuka.com
 

Apa yang menarik untuk difikirkan dalam artikel kali ini adalah tangan-tangan gatal yang menyebabkan sistem pendidikan Malaysia porak peranda sehingga menjadi punca kejatuhan kualiti pelajar kita dalam ujian peringkat antarabangsa.

Tangan-tangan gatal yang dimaksudkan adalah individu dan kumpulan manusia yang ghairah untuk menempa nama dengan mengemukakan cadangan pembaharuan sistem pendidikan setiap kali jawatan Menteri Pendidikan bertukar tangan.

Kemusnahan sistem pendidikan negara bermula dnegan KBSR dan KBSM. KBSR dan KBSM adalah satu sistem pendidikan yang telah digunapakai di Britain dan didapati gagal mempertingkat kualiti pembelajaran pelajar. KBSR/KBSM dihentikan di Britain sejak sekian lama.

Apabila menteri pelajaran bertukar, muncul individu yang mencadangkan agar sistem itu dimodifikasi dan disesuaikan untuk digunakan di Malaysia. Maka KBSM dan KBSR pun dilaksanakan. Selepas 10 tahun baharulah mereka mengakui bahawa sistem tersebut gagal.

Seperti mana PBS sekarang, mereka masih bertahan dengan mengatakan sistem ini terbaik dan diamalkan di negara-negara maju. Mereka masih tidak mahu mengaku bahawa sistem itu akan membawa kegagalan seterusnya selepas KBSM dan KBSR.

Apakah mereka perlu membazirkan masa para guru selama 10 tahun lagi untuk berubah kepada dasar atau sistem yang lebih relevan dengan situasi di Malaysia?

Jika benar sekalipun Sistem PBS digunakan di negara maju, mungkin bagus untuk negara mereka tetapi tidak untuk Malaysia. Kerajaan Malaysia sebenarnya tidak peka terhadap keperluan asas bagi melaksanakan sistem berkenaan. Dengan segala kekurangan yang kita ada, si bodoh berlagak pandai di Malaysia mengarahkan implimentasi sistem tersebut dalam pendidikan negara.

Dengan nisbah guru dengan pelajar yang besar iaitu 1:30 hingga 1: 40 yang dialami guru di Malaysia sekarang tidak memungkinkan PBS dilaksanakan. Di negara maju nisbah guru dengan pelajar yang tertinggi adalah 1: 17. Ditambah burukkan lagi dengan prasarana daif cap ayam yang dibekalkan kepada Kementerian Pendidikan.

Di negara maju mereka melaksanakannya tanpa meletakkan beban ke atas para guru seperti yang dilaksanakan di Malaysia. Prasarana adalah penting dalam melaksanakan apa juga sistem pendidikan. Dengan keadaan daif serba kekurangan, PBS hanya satu beban tanpa faedah kepada para pelajar dan guru.

Gua sebenarnya terperanjat apabila sahabat menyatakan semua pelajar wajib diluluskan di peringkat 'band 1'. Guru perlu berusaha by hook or by crook bagi meluluskan pelajar berkenaan. Bentuk ujian perlu dipermudahkan bagi membolehkan pelajar tersebut lulus.

Smart teachers tak akan buat benda bodoh macam ini. Mereka akhirnya menipu data(berdasarkan maklumat dari guru yang menulis artikel di Harakahdaily tahun lalu). Terus bagi lulus senang cerita. Tak perlu buat soalan berulang kali untuk meluluskan seserang/sekelompok pelajar.

Apa tujuan penetapan 'wajib diluluskan' tersebut? Adakah ini satu usaha untuk menipu data kualiti pelajaran negara dalam rekod PBB?

Jadi apakah kebaikan sebenar PBS yang dipertahankan sangat oleh KPM sehingga menggabaikan segala permasalahan yang dihadapi Penjawat Awam yang dinaunginya?

Jika hanya untuk menyusahkan para guru dan pelajar elok dimansuhkan sahaja.


Keputusan untuk mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh oleh Putrajaya sekadar penyedap hati, kata Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM). 
Jurucakap kumpulan guru tersebut, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, berkata rancangan untuk berdemonstrasi tetap akan diteruskan mengikut jadual, tanpa menghiraukan janji Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
"Bagi SGMM, kita akan tetap meneruskan rancangan untuk mengadakan perhimpunan pada 22 Februari, seperti yang sudah dirancang. 
"Kita juga mempergiat kempen mendesak kerajaan memansuhkannya, bukan dikaji lagi," katanya kepada The Malaysian Insider. 
Kumpulan pendesak guru tersebut merancang untuk mengadakan bantahan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 22 Februari untuk mendesak Putrajaya menghentikan program penilaian tiga tahun pelajar. 
SGMM mendakwa sistem PBS menambah beban kepada guru dan tidak memberikan manfaat kepada mereka. 
"Kita juga tidak mahu menteri mengeluarkan kenyataan demikian hanya untuk membatalkan hasrat kami berhimpun, bukannya memandang isu yang sebenar iaitu tentang sistem PBS.
"Pesan kami jangan jadikan ia langkah penyedap hati demi menghentikan perhimpunan," katanya. 
Bantahan daripada bidang perguruan amat jarang diadakan dan perhimpunan kali ini menunjukkan warga pendidik semakin tidak berpuas hati terhadap sistem PBS. 
Perhimpunan guru itu dikatakan akan tetap diadakan walaupun Putrajaya sudah berulang kali memberikan kaminan bahawa PBS adalah keperluan kepada pembaharuan sistem pendidikan kebangsaan dan penambahbaikan kepada sistem akan diselesaikan April ini. 
Mohd Nor Izzat berkata, pihaknya tidak menjangkakan ramai guru akan turut serta dalam perhimpunan itu kerana wujudnya sikap birokrasi kerajaan sehingga menyebabkan kebanyakan guru tidak berani menyatakan pandangan mereka. 
"Seperti yang diketahui, guru seperti kami terikat dengan satu sistem birokrasi yang dilahirkan oleh kerajaan Malaysia daripada kementerian. 
"Maknanya kebanyakan guru takut dan kami tidak letak harapan yang tinggi untuk ramai guru datang pada perhimpunan bantahan itu. Saya letak sasaran lebih daripada 10 guru sahaja, itu pun sudah cukup baik sebagai simbolik," katanya. 
PBS dilaksanakan pada 2011 bermula dengan murid tingkatan satu, dan menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan melahirkan murid cemerlang dalam pelbagai segi, berbanding berorientasikan peperiksaan. 
Menerusi sistem ini, tiada peperiksaan akhir tahun dan setiap hari guru dikehendaki menilai pelajar berdasarkan enam tahap, bermula daripada aras pemahaman sehingga tahap tauladan. 
Data kemudiannya direkodkan ke dalam sistem komputer berpusat.
Selepas ia dilaksanakan, pelbagai kritikan dibuat oleh tokoh pendidik, termasuk bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Aziz. 
Ungku Aziz berpendapat, jika tiada tangan gatal yang mengusik dan merombak sistem pendidikan Malaysia sesuka hati, beliau yakin pendidikan negara tidak akan menjadi carca-marba seperti yang berlaku sekarang. 
Putrajaya selepas ditekan mengumumkan untuk mengkaji semula sistem PBS secara menyeluruh. – The Malaysian Insider.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment